Tuesday, April 2

Temuduga Terbuka Di PTPTN April 2013

10:36 PM
Temuduga Terbuka Jawatan Penolong Pegawai Tadbir N27 (Lantikan Sambilan) Di Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nnasional (PTPTN)

TARIKH / HARI : 03 April 2013 / Rabu
WAKTU TEMUDUGA : 09.00 pagi hingga 11.00 pagi
TEMPAT TEMUDUGA : Dewan Besar PTPTN Tingkat 3A, PTPTN Wisma Chase Perdana Off Jalan Semantan 50490 KUALA LUMPUR

Kekosongan jawatan : 12

Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Sambilan (Borang PTPTN-PSM-01/1-2005 Pin. 4) yang boleh diperolehi dari laman web PTPTN www.ptptn.gov.my

Semua permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar terbaru berukuran pasport beserta salinan sijil-sijil akademik dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan.

Dokumen-dokumen sokongan hendaklah dikepilkan dengan Borang Permohonan Jawatan Sambilan mengikut susunan berikut:-

a) Salinan Kad Pengenalan pemohon;
b) Salinan Surat Beranak pemohon;
c) Salinan Sijil Berhenti Sekolah;
d) Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
e) Salinan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) / Sijil Tinggi Agama Malaysia
(STAM) (sekiranya berkenaan) atau Salinan Diploma berserta transkrip
(sekiranya berkenaan);
f) Pengiktirafan kelayakan Diploma/Sijil daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sekiranya pemohon adalah pelajar lepasan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) (sekiranya berkenaan); dan
g) Lain-lain dokumen sokongan.

Calon-calon adalah diingatkan agar tiba awal pada hari temuduga. Segala perbelanjaan berkaitan dengan urusan temuduga ini adalah di atas pembiayaan calon-calon sendiri dan tidak akan ditanggung oleh PTPTN

Maklumat lanjut klik sini
Borang klik sini

0 comments:

Post a Comment