Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur 18 tahun ke atas pada tarikh iklan ditutup dipelawa untuk memohon jawatan seperti berikut :
1. PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH SAMBILAN (GURU GANTI)
Subjek : Guru Matematik
- Taraf Jawatan : Sambilan
- Gaji : RM 82.69 sehari
- Elaun Khidmat Awam (EKA) : RM 13.04 sehari
- Elaun Sara Hidup (ESH) : RM 13.04 sehari
- Warganegara Malaysia
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
- Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada Institusi-Institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakaan yang diiktiraf setaraf dengannya, atau;
- Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada Institusi-Institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya, dan
- Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
- Calon-calon yang tidak memiliki Diploma Pendidikan tetapi memiliki kelayakan seperti yang dinyatakan di atas boleh juga memohon.
Pemohon hendaklah membuat surat permohonan beserta “Resume” yang mengandungi maklumat-maklumat berikut:
- Nama jawatan yang dipohon
- Butir-butir peribadi
- No. telefon
- Butir-butir akademik
- Pengalaman kerja
- Salinan sijil-sijil persekolahan (hendaklah disahkan benar)
- Salinan kad pengenalan
- Gambar terbaru berukuran passport.
Pengetua
Maktab Rendah Sains MARA Balik Pulau
Jalan Pondok Upeh
11000 Balik Pulau
Pulau Pinang.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Sebelum atau pada : 19 Ogos 2011
sumber

0 comments:
Post a Comment