Showing posts with label guru. Show all posts
Showing posts with label guru. Show all posts

Monday, November 26

2,960 graduan ISMP jadi guru


Batu Pahat: Seramai 2,960 graduan Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) yang lulus temu duga Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) akan ditempatkan di seluruh negara mulai sesi persekolahan tahun depan. Seramai 7,815 lagi graduan ISMP akan dipanggil untuk ditemuduga SPP dalam tempoh terdekat.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata waran perjawatan dan penempatan kepada sejumlah 2,960 graduan ISMP yang berjaya melepasi dan lulus temu duga itu kini sedang diagihkan.

Kita harap graduan ISMP berkenaan bersedia dan menyiapkan diri untuk memulakan tugas pada sesi persekolahan tahun depan menerima jawatan mereka dengan semangat tinggi untuk mendidik anak bangsa.

Waran perjawatan dan penempatan mereka sudah diluluskan dan kini giat diagihkan kepada penerima terbabit.

Proses temu duga yang membabitkan seramai 7,815 lagi baki graduan ISMP pula akan dimulakan pada bila-bila masa dari sekarang dan ia dijangka berakhir Mac depan, katanya selepas merasmikan Program Kamu Yang Cantik anjuran pelajar Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), di Balai Raya Sungai Suloh, Senggarang, di sini, semalam.

Sebelum ini, BH melaporkan seramai 10,755 graduan ISMP mengeluh berikutan masih menganggur dan belum diserapkan sebagai guru walaupun sudah menamatkan pengajian mereka.
Ia menyebabkan Kementerian Pelajaran memanggil 5,500 graduan ISMP berkenaan termasuk 4,500 lepasan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) untuk ditemuduga secara berperingkat bagi mengisi kekosongan jawatan guru di sekolah seluruh negara.

Kementerian juga sebelum ini dilaporkan giat mengumpul rekod terkini kekosongan guru di sekolah seluruh negara daripada Jabatan Pelajaran Negeri bagi mengisi calon graduan berkenaan.

Sementara itu, Puad yang juga Ahli Parlimen Batu Pahat berkata, seramai 63 calon graduan ISMP yang gagal dalam temu duga sebelum ini, akan dipanggil semula bagi menghadiri sesi temu duga kedua

Sumber :  Berita Harian

Sunday, October 7

10,715 Berpeluang Dilantik Ke Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah


KUALA LUMPUR: Graduan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan Institut Pengajian Tinggi Awam (Pendidikan) yang menamatkan pengajian tahun ini, berpeluang dilantik ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS).

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran berkata, pelantikan itu tertakluk kepada mereka yang memenuhi syarat skim perkhidmatan PPPS, memohon kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) dan berjaya dalam temu duga kendalian SPP.

Mengikut rekod kementerian, 10,715 penuntut program pendidikan sudah dan akan menamatkan pengajian tahun ini.

Daripada jumlah itu, 2,960 graduan menamatkan pengajian sebelum 1 Julai dijadualkan untuk ditemu duga SPP, katanya dalam kenyataan semalam.

Mereka yang terlibat 2,478 daripada program J-Qaf; program TESL (368); Program Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI), Institut Pendidikan Guru Malaysia, Institut Pengajian Tinggi Awam (Pendidikan) dan Program Pelajar Cemerlang (90); Program Bahasa Perancis (14) dan 10 calon mengulang temu duga berdasarkan keperluan opsyen.

“Sementara SPP menyelesaikan urusan temu duga, kementerian akan membuat penempatan secara interim bagi kumpulan itu mulai 16 Oktober ini,” katanya sambil menambah pelantikan tetap tertakluk kepada keputusan temu duga SPP.

Muhyiddin berkata, bagi kumpulan yang akan menamatkan pengajian selepas Jun tahun ini iaitu 7,755 orang, mereka perlu mengemukakan permohonan untuk pelantikan ke jawatan PPPS gred DG41 kepada SPP supaya penjadualan temuduga dapat disegerakan.

Katanya, penempatan kumpulan itu yang lulus temuduga SPP akan dibuat pada tahun depan.
Muhyiddin berkata keputusan penempatan itu mengambil kira keperluan guru jangka panjang seperti digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

“Kepada yang dilantik sebagai pendidik, berkhidmat dengan jujur dan dedikasi,” katanya.- Bernama

Thursday, September 6

Jawatan kosong Guru Di Sekolah Sri Al Amin 2012

Jawatan Kosong Guru Di Sekolah Sri Al Amin 

IKLAN JAWATAN KOSONG BAGI SESI PENGAJIAN 2013 SEKOLAH SRI AL-AMIN BANGI (CAWANGAN NILAI)

Sekolah Sri Al-Amin Bangi (Cawangan Nilai) mempelawa calon-calon yang layak untuk memenuhi kekosongan jawatan sebagai:

SEKOLAH RENDAH SRI AL-AMIN BANGI (CAWANGAN NILAI)

  1. GURU BAHASA MELAYU (2 KEKOSONGAN)
  2. GURU BAHASA INGGERIS (2 KEKOSONGAN)
  3. GURU MATEMATIK (2 KEKOSONGAN)
  4. GURU SAINS (1 KEKOSONGAN)

Kelayakan:

  • Memiliki Ijazah atau Diploma yang berkaitan atau yang setara dengannya daripada universiti-universiti yang diiktiraf oleh kerajaan.
  • Mempunyai syakhsiah yang baik
  • Mempunyai pengalaman mengajar adalah satu kelebihan
  • Tidak merokok bagi calon lelaki
  • Warganegara Malaysia

SEKOLAH RENDAH SRI AL-AMIN BANGI (CAWANGAN NILAI)

  1. GURU JAWI (1 KEKOSONGAN)
  2. GURU SYARIAH (2 KEKOSONGAN)
  3. GURU BAHASA ARAB (3 KEKOSONGAN)

Kelayakan:

  • Memiliki STAM atau Diploma atau Ijazah yang berkaitan atau yang setara dengannya daripada institusi yang diiktiraf oleh kerajaan.
  • Mempunyai syakhsiah yang baik
  • Mempunyai pengalaman mengajar adalah satu kelebihan
  • Tidak merokok bagi calon lelaki
  • Warganegara Malaysia

Calon-calon yang berminat bolehlah menghantar permohonan berserta resume selewat-lewatnya pada 31hb Oktober 2012 ke:

Bahagian Sumber Manusia & Pentadbiran
Sekolah Sri Al-Amin Bangi,
Lot 8796, Batu 18, Kg Sungai Tangkas,
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.
(u.p. : Puan Sofiah Binti Hassan)

Hanya calon yang telah disenarai pendek akan dipanggil menghadiri temuduga.

sumber iklan :  http://www.alaminbangi.edu.my

Monday, September 26

Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR) j-QAF oktober 2011


Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR) j-QAF Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) di Institut Pendidikan Guru(IPG), KPM.

Nama Program : Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR) j-QAF
Mod Latihan : Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS)
Tempoh Pengajian : 1 1/2 Tahun (18 Bulan)

Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat: http://www.moe.gov.my mulai 26 September 2011 mulai jam 9.00 pagi.

Permohonan bagi Ambilan Januari 2012 ditutup pada 9 Oktober 2011 (AHAD).

maklumat lanjut sila layari http://apps.moe.gov.my/kpli/mohon_kpli_jqaf2012/iklan.html

Thursday, August 11

JAWATAN KOSONG DI MRSM (BALIK PULAU) OGOS 2011 - GURU GANTI


Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur 18 tahun ke atas pada tarikh iklan ditutup dipelawa untuk memohon jawatan seperti berikut :

1. PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH SAMBILAN (GURU GANTI)

Subjek :  Guru Matematik
  • Taraf Jawatan : Sambilan
  • Gaji : RM 82.69 sehari
  • Elaun Khidmat Awam (EKA) : RM 13.04 sehari
  • Elaun Sara Hidup (ESH) : RM 13.04 sehari
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
Kelayakan :
  • Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada Institusi-Institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakaan yang diiktiraf setaraf dengannya, atau;
  • Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada Institusi-Institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya, dan
  • Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
  • Calon-calon yang tidak memiliki Diploma Pendidikan tetapi memiliki kelayakan seperti yang dinyatakan di atas boleh juga memohon.
CARA MEMOHON

Pemohon hendaklah membuat surat permohonan beserta “Resume” yang mengandungi maklumat-maklumat berikut:
  • Nama jawatan yang dipohon
  • Butir-butir peribadi
  • No. telefon
  • Butir-butir akademik
  • Pengalaman kerja
  • Salinan sijil-sijil persekolahan (hendaklah disahkan benar)
  • Salinan kad pengenalan
  • Gambar terbaru berukuran passport.
Permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada :

Pengetua
Maktab Rendah Sains MARA Balik Pulau
Jalan Pondok Upeh
11000 Balik Pulau
Pulau Pinang.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Sebelum atau pada : 19 Ogos 2011

sumber

Wednesday, July 6

IKLAN JAWATAN KOSONG GURU SAMBILAN DI MRSM ALOR GAJAH


Calon-calon yang berminat dan berkelayakan sila buat permohonan secara bertulis dengan gambar berukuran pasport, salinan kad pengenalan, surat beranak serta sijil-sijil berkaitan yang telah DISAHKAN BENAR dan dihantar ke alamat berikut :

Pengetua,
Maktab Rendah Sains MARA Alor Gajah,
Lot 1720, Mukim Air Pa'abas,
78000 Alor Gajah, Melaka
No Telefon : 06-5520001, 06-5520010

Tarikh Tutup : 11 Julai 2011

sumber

Sunday, April 24

Rujukan, contoh soalan untuk calon ujian Medsi (DPLI) 2011

Pengumuman

Nama calon-calon peperiksaan MEdSI sudah boleh bermula pada 22 April 2011 hingga 30 april 2011
Sila semak nama anda di pautan ini : http://www.mpm.edu.my/medsiregter/

--------------------

Baru-baru ini saya ada terbaca sebuah laporan untuk calon guru yang bakal menghadapi ujian MEdSI.

Laporan tersebut diterbitkan dalam bentuk ebook yang bertajuk “Mengapa Gagal Temu duga” yang ditulis berdasarkan kajian kepada 15 kajian kes kegagalan calon KPLI, DPLI dan ISMP sepanjang temuduga pendidikan dijalankan. Anda boleh lihat di pautan ini http://www.panduandpli.com

Ia diterbitkan atas dasar tanggungjawab untuk melahirkan guru-guru yang berwibawa dan berkualiti ke arah mendidik rakyat Malaysia untuk membentu generasi yang berpendidikan dan berkepimpinan.

Panduan DPLI ini terdiri dari 5 modul iaitu :

1. Karier Perguruan di Malaysia
2. Pengenalan MEdSI
3. Contoh soalan MEdSI
4. Permohonan menduduki ujian MEdSI
5. Temuduga dan ujian kemahiran khas

Setiap modul yang ditulis merupakan informasi yang menepati kehendak peperiksaan dan temuduga MEdSI. Saya percaya anda amat memerlukan Panduan DPLI ini.

anda boleh dapatkan maklumat berkaitan Panduan DPLI di sini :
http://www.panduandpli.com