Sunday, August 28

JAWATAN KOSONG SEPTEMBER 2011 NEGERI JOHOR - PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT

Permohonan adalah dipelawa daripada rakyat Negeri Johor Darul Ta’zim atau Warga Negara Malaysia yang telah menduduki Negeri Johor tidak kurang dari tiga (3) tahun berturut-turut dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk memohon jawatan sebagaimana tersebut :-


Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang JPBDJ/PER/01 yang boleh di dapati di Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Johor atau menggunakan salinan photostat borang yang dilampirkan.

Permohonan yang lengkap diisi butirannya hendaklah disertakan gambar ukuran passport dan dikembalikan bersama dengan salinan sah dokumen-dokumen seperti berikut:
  • Sijil Kelahiran
  • Kad Pengenalan
  • Sijil Berhenti Sekolah
  • Lain-lain sijil/diploma/surat akuan berkaitan
Borang permohonan yang lengkap dipenuhi hendaklah dihantar ke alamat :
PENGARAH
JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA NEGERI JOHOR
TINGKAT 1 DAN 2, SAYAP BARAT,PARCEL C2S
KOTA ISKANDAR, 79646 JOHOR
dengan catatan “MEMOHON JAWATAN KOSONG” di penjuru sebelah kiri sampul surat.

Tarikh Tutup permohonan : jam 12.00 tengahari, 14 September 2011.

sumber : portal rasmi kerajaan negeri johor

0 comments:

Post a Comment