Perbadanan Stadium Malaysia sebuah badan berkanun persekutuan yang mengurus, mentadbir dan menyelenggara Kompleks Sukan Negara mempelawa individu warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dan berkelayakan untuk mengisi jawatan berikut :-
1. Penolong Pegawai Tadbir Gred N27 (Kontrak)
2. Penolong Akauntan Gred W27 (Kontrak)
3. Pembantu Teknik Lanskap Gred J29 (Kontrak)
4. Penolong Jurutera Gred J29 (Kontrak)
5. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29 (Kontrak)
6. Pembantu Tadbir - Perkeranian/Operasi Gred N17 (Kontrak)
7. Pembantu Tadbir - Kewangan Gred W17 (Kontrak)
8. Juruteknik Gred J17 (Kontrak)
9. Juruteknik Komputer Gred FT17 (Kontrak)
10. Pembantu Am Pejabat Gred N1 (Kontrak)
11. Tukang Gred K2 (Tetap)
12. Pemandu Kenderaan Bermotor Gred R3 (Kontrak)
13. Pekerja Awam Gred R1 (Tetap/Kontrak)
SYARAT-SYARAT UMUM
- Warganegara Malaysia dan calon-calon hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
- Calon – calon hendaklah mendapat kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan bagi jawatan gred W17, N17 dan N27; atau lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan bagi jawatan gred FT17, J17, J29, W27 dan F29.
- Pegawai – pegawai yang memasuki perkhidmatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari masa ke semasa.
- Borang Permohonan boleh didapati dari laman sesawang www.stadium.gov.my atau CAWANGAN SUMBER MANUSIA, BAHAGIAN PENGURUSAN DAN KEWANGAN, PERBADANAN STADIUM MALAYSIA, Aras 1, Stadium Nasional, Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil, 57700 Sri Petaling, Kuala Lumpur - DOWNLOAD BORANG
- Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan kad pengenalan, salinan sijil kelahiran, salinan sijil-sijil persekolahan, salinan kursus/aktiviti yang pernah disertai yang telah disahkan dan sekeping gambar berukuran pasport.
- Permohonan daripada pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan awam, badan berkanun, penguasa tempatan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing. Sila pastikan salinan kenyataan perkhidmatan dikemaskini/laporan penilaian prestasi tahunan terkini disertakan bersama.
- Borang permohonan yang tidak lengkap akan ditolak. Pemohon-pemohon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temu duga. Permohonan tuan/puan dianggap gagal sekiranya tidak mendapat sebarang jawapan/maklum balas dari tempoh enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup.
- Borang yang telah lengkap hendaklah ditulis nama jawatan di sebelah kiri atas sampul surat dan dikirim kepada :
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
PERBADANAN STADIUM MALAYSIA
Aras 1, Stadium Nasional
Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil
57700 Sri Petaling, Kuala Lumpur
- Sebarang pertanyaan sila hubungi Penolong Pengurus Sumber Manusia ditalian 03 – 8992 0803.
- Semua permohonan hendaklah sampai pada atau sebelum tarikh tutup permohonan pada 6 September 2011.
sumber





















