Showing posts with label MOA. Show all posts
Showing posts with label MOA. Show all posts

Monday, September 12

KARNIVAL KERJAYA PERTANIAN 17 - 18 SEPTEMBER 2011


Lebih 8,000 peluang perkerjaan dalam sektor di bidang industri tanaman, ternakan, perikanan tangkapan, akuakultur dan pemprosesan makanan akan ditawarkan menerusi KARNIVAL KERJAYA SEKTOR PERTANIAN 2011 yang akan di adakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC ) Kuala
Lumpur pada 17-18 September 2011.

Karnival ini merupakan program pertama yang julung kali dianjurkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melalui Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC) dengan kerjasama daripada Kementerian Sumber Manusia.

Karnival ini turut menyediakan pelbagai aktiviti yang akan dijalankan bersama dengan JobsMalaysia seperti temuduga terbuka (walk-in interview), pendaftaran online pekerjaan (Jobs matching), Klinik Kerjaya saperti kaedah membuat resume dan tips menghadiri temuduga.

Graduan- Graduan SKM dan DKM serta Ijazah dalam bidang pertanian dan belia-belia lepasan UPSR, PMR dan SPM adalah merupakan sasaran utama Karnival ini. Datanglah beramai-ramai bagi merebut peluang pekerjaan, mendaftar pekerjaan serta mendapat matlumat terkini kerjaya dalam bidang pertanian. Pertanian adalah satu perniagaan, satu kemahiran dan satu kerjaya.

sumber : NATC

Friday, May 6

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN 2011 KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI (MOA)


Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia.

Jawatan : PEMBANTU AM PEJABAT GRED N1
Kementerian/ Jabatan : Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia
Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Pentadbiran dan SokonganJadual Gaji : Gred N1
P1T1 RM649.15 – P1T22 RM1506.79
P2T1 RM691.62 – P2T22 RM1583.49
P3T1 RM735.72 – P3T22 RM1661.82
Permohonan hendaklah dibuat dengan melayari laman web ‘JobsMalaysia.gov.my’
Pegawai sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Peraturan 17 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 dan pastikan Kenyataan Perkhidmatan yang kemas kini serta Laporan Penilaian Prestasi Tahunan yang terkini dikepilkan.

Tarikh tutup permohonan: 15 Mei 2011