Lebih 8,000 peluang perkerjaan dalam sektor di bidang industri tanaman, ternakan, perikanan tangkapan, akuakultur dan pemprosesan makanan akan ditawarkan menerusi KARNIVAL KERJAYA SEKTOR PERTANIAN 2011 yang akan di adakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC ) Kuala
Lumpur pada 17-18 September 2011.
Karnival ini merupakan program pertama yang julung kali dianjurkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melalui Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC) dengan kerjasama daripada Kementerian Sumber Manusia.
Karnival ini turut menyediakan pelbagai aktiviti yang akan dijalankan bersama dengan JobsMalaysia seperti temuduga terbuka (walk-in interview), pendaftaran online pekerjaan (Jobs matching), Klinik Kerjaya saperti kaedah membuat resume dan tips menghadiri temuduga.
Graduan- Graduan SKM dan DKM serta Ijazah dalam bidang pertanian dan belia-belia lepasan UPSR, PMR dan SPM adalah merupakan sasaran utama Karnival ini. Datanglah beramai-ramai bagi merebut peluang pekerjaan, mendaftar pekerjaan serta mendapat matlumat terkini kerjaya dalam bidang pertanian. Pertanian adalah satu perniagaan, satu kemahiran dan satu kerjaya.
sumber : NATC