Tuesday, October 25

Program Latihan Dan Peningkatan Graduan (GREAT) PRODUA

Sebahagian dari Tanggungjawab Korporat dalam menyokong initiatif kerajaan untuk program Skim Latihan 1 Malaysia, Perodua Sales Sdn Bhd dengan barisan kenderaan terbaru kini membuka ruang bagi individu yang dinamik dan berdaya maju untuk merebut peluang mengikuti program ‘Graduate Enhancement and Training Program’ (GREAT).

Program yang dianjurkan bertujuan untuk meningkatkan kebolehpasaran (employability) graduan untuk mendapatkan pekerjaan bagi menangani masalah pengangguran di kalangan graduan.

Tujuan Program :

Program ini adalah untuk memberi latihan, meningkatkan kemahiran dan pengalaman kerja kepada graduan yang baru menamatkan pengajian dan masih menganggur. Selain itu untuk melahirkan golongan graduan yang berkemahiran tinggi dan berdaya saing dalam pasaran pekerjaan.

Syarat-syarat kemasukan :
  • Terbuka kepada warganegara Malaysia yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda dari pelbagai disiplin yang diiktiraf dalam dan luar negara
  • Umur dari 22 ke 25 tahun
  • Memperolehi CGPA 2.8 dan ke atas
  • Masih menganggur dan belum mendapat pekerjaan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh tamat pengajian atau mempunyai pekerjaan yang tidak setaraf dengan kelulusan; dan
  • Keutamaan kepada pelajar-pelajar dari keluarga berpendapatan rendah dan luar bandar.
  • Tempoh dan struktur program : Program latihan ditawarkan adalah selama 9 bulan. Penyerapan masuk ke dalam syarikat bergantung kepada prestasi semasa latihan, kekosongan jawatan di dalam syarikat dan juga memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh syarikat. 
Closing Date : 14 November 2011

Interested candidates are invited to send-in with a comprehensive resume, certificates, stating your current and expected salary and contact telephone number with a recent passport-sized photograph to :

Human Capital Division
Perodua Sales Sdn. Bhd. (66332-U)
Locked Bag No. 226,
48009 Rawang, Selangor.
E-mail: hrpssb@perodua.com.my

sumber iklan :  http://www.perodua.com.my/careers/view/35

0 comments:

Post a Comment