Persatuan Hoki Selangor (SHA) memaklumkan, pihaknya kini membuka pendaftaran kepada mana-mana individu yang berminat mendalami bidang kejurulatihan hoki di negeri itu.
Pada mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan dan Kejurulatihan yang dipengerusikan Naib Yang Dipertua SHA, Noor Azman Surudh Ali baru-baru ini, mereka mengemas kini pangkalan data jurulatih untuk program dan promosi di peringkat sekolah, kelab seta daerah di Selangor.
“Kepada yang berminat menjadi jurulatih, mendaftar di laman rasmi, www.sha.com.my atau menghantar resume ke emel, nesan@sha.com.my . Pendaftaran adalah percuma dan tarikh tutup 15 April ini. “Mereka akan menjalani kursus di bawah SHA selama beberapa bulan dan pada masa yang sama akan didedahkan maklumat bagaimana untuk menjadi pembimbing, meliputi aspek teknikal khususnya bagi meningkatkan kemahiran pemain dalam sukan ini’” kata Setiausaha Kehormat, Kuganeson Poologasingam dalam satu kenyataan media semalam.
*Sumber dari SinarHarian
Maklumat lanjut klik sini
Showing posts with label program latihan kerjaya. Show all posts
Showing posts with label program latihan kerjaya. Show all posts
Thursday, April 4
Thursday, February 28
Info - Kursus Latihan Teknikal Mardi 2013
Kursus Latihan Teknikal Institut Penyelidikan dan kemajuan Pertanian Malaysia MARDI 2013
Maklumat lanjut borang dan senarai kursus klik siniWednesday, February 27
Info Kerjaya - Workers Technical Tranformation Program (WTTP)
Workers Technical Tranformation Program (WTTP)
WTTP adalah sebuah program latihan yang unik, yang dibawa oleh kerajaan, industri dan SHRDC, dengan tujuan memberi kompetensi dan inovatif yang bersesuaian dengan kehendak industri. Program ini akan menyediakan pelbagai latihan kemahiran (multi-skilling) kepada lepasan SPM dan akan dapat memenuhi permintaan yang tinggi terhadap keperluan tenaga kerja mahir dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan Malaysia.
KURSUS YANG DITAWARKAN
1. Industri Automasi Tahap 2
2. Industri Automasi Tahap 3
KELAYAKAN
1. Warganegara Malaysia
2. Lepasan SPM / Lepasan SKM Tahap 2
Keebihan
1. Yuran Pengajian dibiayai Sepenuhnya
2. Elaun Bulanan (RM300 + Elaun OJT RM300++)
3. Pengalaman Kerja
4. OJT di Industri dan peluang pekerjaan selepas tamat kursus
Setelah program ini tamat, pelajar akan terus diserap sebagai pekerja tetap untuk syarikat (semasa OJT) tapi berdasarkan pada performance pelajar itu sendiri
Maklumat lanjut dan Borang klik sini
Tuesday, February 26
Info Kerjaya - Kursus Sijil Perhutanan Pengawas Hutan Sesi 2013
Pengambilan Pelatih bagi Kursus Sijil Perhutanan Pengawas Hutan Sesi 2013-14, Institut Latihan Perhutanan (FORTRAIN).
Borang permohonan klik sini
Wednesday, February 20
Info kerjaya - Skim Latihan Siswazah KWSP Mac 2013
Skim Latihan Siswazah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mempelawa graduan yang berkelayakan, bermotivasi dan kompeten untuk menjadi Pelatih bagi Skim Latihan Siswazah seperti berikut:TEMPOH LATIHAN
Tempoh latihan adalah selama 12 bulan.
ELAUN & KEMUDAHAN
- Pelatih akan dibayar elaun sebanyak RM 750.00 setiap bulan.
- Perlindungan perubatan sebagai pesakit luar di klinik panel dan hospital kerajaan.
SYARAT KELAYAKAN
- Masih belum mempunyai pekerjaan tidak lebih dari 12 bulan selepas graduasi dan tidak pernah mengikuti program Skim Latihan yang dianjurkan oleh mana-mana Badan Kerajaan atau organisasi lain.
- Keutamaan adalah kepada calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Rekabentuk Multimedia, Grafik, Teknologi Maklumat (Multimedia), Sains Komputer atau mana-mana bidang lain yang berkaitan serta mempunyai kemahiran dalam reka bentuk grafik, susun atur dan visualisasi menggunakan Photoshop, Illustrator, Flash, Flash Action Script 2.0, HTML, XML, Camtasia CSS, Java Script.
SKOP LATIHAN
Membantu Pereka Kreatif, Pereka Multimedia dan Pembangun Kandungan dalam perancangan, pembangunan dan reka bentuk pengeluaran kandungan e-Pembelajaran dan bahan pengajaran melalui media digital menggunakan maklumat animasi, teks, gambar, video dan bunyi.
CARA MEMOHON
Calon yang berminat boleh mengemukakan permohonan dengan menghantar resume, salinan Ijazah Sarjana Muda beserta transkrip lengkap, salinan sijil-sijil akademik, salinan kad pengenalan, salinan sijil kelahiran dan sekeping gambar berukuran pasport pada atau sebelum 15 MAC 2013 ke alamat e-mel berikut :
skimlatihansiswazah@gmail.com
Hanya pemohon yang disenaraipendek sahaja akan dihubungi. Permohonan calon adalah dikira TIDAK BERJAYA sekiranya tidak menerima sebarang maklumbalas dari KWSP 3 BULAN dari tarikh iklan ditutup.
Sumber : http://www.kwsp.gov.my
Tuesday, December 18
Program Pendidikan Kemahiran Ketukangan TNB 2012 2013
disember 2012
info kerjaya
program latihan kerjaya
Program Pendidikan Kemahiran Ketukangan TNB
9:22 PM
Program Pendidikan Kemahiran Ketukangan (PPKK) Kemasukan 2012/2013
Maklumat Lanjut
Tenaga Nasional Berhad mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon mengikuti Program Pendidikan Kemahiran Ketukangan (PPKK). Latihan intensif dalam kelas dan latihan di tempat kerja (On Job Training) selama enam (6) bulan akan dijalankan di TNB Integrated Learning Solution Sdn Bhd - ILSAS, Bangi dan di Stesen/Jabatan TNB yang lain.
Peserta yang terpilih akan diwajibkan menandatangani satu dokumen perjanjian penajaan pengajian TNB. Semasa di TNB Integrated Learning Solution Sdn Bhd - ILSAS, peserta program akan dibayar Elaun Sara Diri sebanyak RM60.00 sebulan manakala makan/minum serta penginapan asrama disediakan. Peserta akan di bayar Elaun Sara Diri sebanyak RM25.00 sehari semasa menjalani latihan di tempat kerja (On Job Training - OJT) di stesen/jabatan TNB terpilih.
Peserta yang berjaya menamatkan program akan diberi pertimbangan ditawarkan jawatan Tukang Tingkatan Biasa “B” gred TT05 (RM1,100 – RM2,150)
Pemohon-pemohon yang disenarai pendek akan dijemput ke sesi pemilihan bagi tujuan untuk menentukan kesesuaian mereka dengan program yang dipohon.
Sekiranya permohonan tidak dijawab dalam masa 6 (enam) bulan dari tarikh tutup iklan, permohonan dianggap tidak berjaya.
Bidang Tugas
Syarat Kelayakan
1. Memiliki Sijil Kejuruteraan Elektrik / Elektrik dan Elektronik dari Politeknik/Kolej Komuniti dengan CGPA diantara 2.00 hingga 2.49 atau Sijil MLVK/SKM Tahap 2 & 3 (Elektrikal) atau Sijil Pendawaian (PW 2/PW 3/PW 4) atau Sijil Penjaga Jentera (Chargeman) AO dan A1.
2. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia atau Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia (SPM/SPVM) dengan syarat minimum lulus enam (6) mata pelajaran termasuk tiga (3) mata pelajaran berikut :
· Bahasa Melayu
· Matematik
· Sains/Fizik
3. Umur tidak melebihi 27 tahun pada 31 Disember 2012.
4. Sihat tubuh badan dan tidak rabun warna.
5. Anak-anak pekerja/pesara LLN/TNB yang memenuhi syarat syarat di atas digalakkan memohon.
6. Tawaran ini terbuka kepada calon-calon lelaki sahaja.
Tarikh Tutup: 19 Dec 2012
Maklumat lanjut dan permohonan sila klik sini
Tuesday, November 20
Showme Graduate Employability
Showme Graduate Employability Program untuk graduan lepasan IJAZAH (Pointer : 2.3 - 3.5)
anjuran Showme International College, Kuala Terengganu, Terengganu.
Tempoh Program : 6 minggu sahaja
Elaun : RM 800 (akan diberikan kepada peserta selepas tamat program)
Tiada sebarang bayaran dikenakan.
Jika berminat atau ada sebarang pertanyaan, boleh hubungi pihak pengurusan di talian 09 - 6227525 atau di laman sesawang www.showme.com.my atau menghantar RESUME di jobs@showme.com.my atau berkunjung terus ke Showme International College di Tingkat 1, Wisma KOKITAB, Jalan Sultan Ismail, 20200 Kuala Terengganu, Terengganu.
Friday, May 18
Friday, May 11
Sunday, February 26
Skim Latihan 1 Malaysia Permodalan Nasional Berhad
SL1M-PNB Investment Bridging or SL1M-PNB IB is a special program organized jointly by Permodalan Nasional Berhad (PNB) and Malaysian government aimed at enhancing employment opportunities of graduates. Through the program, participants will obtain technical and product knowledge in investment, finance, and unit trust as well as transferable skills such as analytical skill, problem solving and effective communication, thus improving their personal development and marketable.
The participants will have the opportunity to complement their learning from universities with the right technical and product knowledge thus providing them better career prospects in financial services industry. The participants will undergo 2 months intensive classroom training and 6 months industrial attachment with PNB or/and PNB Group of Companies. During the period of the program, successful candidates will be given a monthly training allowance of RM 1,000
tarikh tutup permohonan 4 mac 2012
maklumat lanjut sila klik sini
untuk memohon sila klik sini
Monday, February 20
Thursday, February 16
Skim Latihan Siswazah Pasaran Modal Islam (ICMGTS)
februari 2012
program latihan kerjaya
Skim Latihan Siswazah Pasaran Modal Islam (ICMGTS)
skim sangkutan dan latihan
6:34 AM
SIDC Mempelawa Permohonan Siswazah Bagi Pengambilan ICMGTS Ke-6 Securities Industry Development Corporation (SIDC), cabang latihan dan pendidikan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), mempelawa siswazah universiti mengemukakan permohonan bagi Skim Latihan Siswazah Pasaran Modal Islam (ICMGTS) ke-6 bermula pada 9 Mac 2012.
ICMGTS ditubuhkan bersama oleh SC dan SIDC pada tahun 2009, dengan kerjasama Bursa Malaysia dan organisasi dalam industri termasuk Persekutuan Pengurus Pelaburan Malaysia (FIMM), Persatuan Syarikat Broker Saham Malaysia (ASCM), Persatuan Perbankan Pelaburan Malaysia (MIBA) dan Persatuan Pengurus Aset Malaysia (MAAM), bagi memudahkan pembangunan modal insan bagi Pasaran Modal Islam. Skim itu bertujuan mewujudkan profesional Pasaran Modal Islam dengan pengetahuan asas dan kemahiran komunikasi yang kukuh.
Dibiayai oleh Dana Pembangunan Pasaran Modal, program tersebut mengandungi sembilan modul teknikal dan kemahiran insaniah yang diajarkan oleh pakar-pakar dan pengamal industri. Calon yang berjaya akan menerima elaun bulanan sebanyak RM2,000 sepanjang tempoh latihan selama dua bulan. Selain peluang ditemu duga oleh bakal majikan, peserta akan ditaja untuk menduduki peperiksaan pelesenan SC bagi melayakkan diri sebagai pengantara berlesen.
Sejak diwujudkan, lebih 200 siswazah telah menyertai ICMGTS bagi memajukan kerjaya mereka, 92% daripada mereka telah pun diambil bekerja dalam industri. Permintaan tinggi bagi siswazah ICMGTS menggambarkan kerelevanan program tersebut dalam meningkatkan jumlah profesional terlatih untuk memenuhi permintaan tinggi tenaga kerja dalam Pasaran Modal Islam yang cergas di Malaysia.
Semua warga Malaysia berusia 30 tahun ke bawah dan memegang ijazah yang diiktiraf dengan mendapat sekurang-kurangnya kelas kedua atas atau yang setaraf dengannya dalam bidang yang berkaitan adalah layak untuk memohon. Mereka yang berminat boleh mendapatkan maklumat terperinci program tersebut dan memuat turun borang permohonan daripada laman web SIDC di www.sidc.com.my.
Permohonan akan ditutup pada hari Isnin, 20 Februari 2012.
Maklumat lanjut dan permohonan sila klik sini
Wednesday, February 15
Kursus Sijil Perhutanan Institut Latihan Perhutanan (FORTRAIN) Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berminat untuk memasuki Institut Latihan Perhutanan (FORTRAIN) bagi mengikuti kursus berikut:
A. Kursus Sijil Perhutanan Renjer Hutan (Sesi Pengajian 2012 - 2014)
B. Kursus Sijil Perhutanan Pengawas Hutan (Sesi Pengajian 2012 - 2013)
Tarikh tutup permohonan ialah pada 26 Mac 2012 (Isnin).
borang permohonan sila klik sini
A. Kursus Sijil Perhutanan Renjer Hutan (Sesi Pengajian 2012 - 2014)
B. Kursus Sijil Perhutanan Pengawas Hutan (Sesi Pengajian 2012 - 2013)
Tarikh tutup permohonan ialah pada 26 Mac 2012 (Isnin).
borang permohonan sila klik sini
Wednesday, December 28
Saturday, November 26
Permohonan Kemasukan Mengikuti Program Teknologi Petroleum di INSTEP
Tarikh tutup permohonan secara online adalah pada 30 Nov 2011, jam 5.00 petang. Permohonan yang dibuat selepas tarikh dan masa tersebut di atas tidak akan diproses.
maklumat lanjut dan permohonan sila klik sini
Wednesday, November 23
PENGAMBILAN PROGRAM KHAS SUKSES ASAS KEMAHIRAN TEKNIKAL (SAKTI) INSTITUT KEMAHIRAN TINGGI PERDA (PERDA-TECH)
PROSPEK KERJAYA
Melalui laman web : www.perda-tech.edu.my
Melalui laman web : www.perda.gov.my
Pejabat Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA)
No.1, Lorong Kampung Gajah 2, Jalan Kampung Gajah,
12200 Butterworth. Tel: 04-3141100
Institut Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA-TECH), Bukit Panchor,
14300 Nibong Tebal, SPS
ATAU
Hantarkan sampul surat permohonan 11 sm x 22 sm beralamat sendiri berserta setem 60 sen kepada Pengarah Institut Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA-TECH) dan tuliskan “LATIHAN KEMAHIRAN KHAS” di sebelah kiri sampul surat anda.
tarikh tutup permohonan 16 disember 2011
Maklumat lanjut iklan Pengambilan dan borang permohonan Program Khas Sukses Asas Kemahiran Teknikal (SAKTI) PERDA-TECH sila klik sini
- KURSUS SWE - Peluang pekerjaan di industri perkapalan, gas dan petroleum, pembuatan dan pembinaan logam, loji pemasangan mesin dan jentera, peralatan logam dan kerja-kerja struktur pembinaan sebagai jurukimpal atau menjalankan perniagaan sendiri yang berkaitan kerja-kerja mengimpal.
- KURSUS SEE - Peluang pekerjaan dalam bidang Teknologi Elektrik dan industri seperti Juruteknik, Pendawai Elektrik (Wireman) dan kontraktor Elektrik.
- KURSUS SAC - Peluang pekerjaan dalam bidang AutoCad dan industri / swasta seperti pelukis pelan di industri pembinaan, drafter dan draughtman di industri pembuatan.
- Elaun – RM250.00 sepanjang tempoh pengajian
- Penginapan asrama
- Pakaian Seragam
- Insuran kelompok
- Sekiranya Anda
- Belum berkahwin
- Sihat tubuh badan
- Berumur 17 – 30 tahun
Melalui laman web : www.perda-tech.edu.my
Melalui laman web : www.perda.gov.my
Pejabat Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA)
No.1, Lorong Kampung Gajah 2, Jalan Kampung Gajah,
12200 Butterworth. Tel: 04-3141100
Institut Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA-TECH), Bukit Panchor,
14300 Nibong Tebal, SPS
ATAU
Hantarkan sampul surat permohonan 11 sm x 22 sm beralamat sendiri berserta setem 60 sen kepada Pengarah Institut Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA-TECH) dan tuliskan “LATIHAN KEMAHIRAN KHAS” di sebelah kiri sampul surat anda.
tarikh tutup permohonan 16 disember 2011
Maklumat lanjut iklan Pengambilan dan borang permohonan Program Khas Sukses Asas Kemahiran Teknikal (SAKTI) PERDA-TECH sila klik sini
Saturday, November 12
KARNIVAL PEMUDA BN 18 - 20 NOVEMBER 2011
UTUSAN MALAYSIA
KUALA LUMPUR 27 Okt. - Atas dasar
prihatin terhadap nasib siswazah menganggur, Pemuda Barisan Nasional
(BN) sekali lagi tampil menganjurkan Karnival Kerjaya Pemuda BN 2011
atau BN Youth Job Fair.
Karnival ini bakal menawarkan lebih 30,000 peluang pekerjaan.
Pengerusi program itu, Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata, karnival tiga hari dari 18 hingga 20 November ini adalah edisi keenam dan akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.
"Karnival ini pernah diadakan di Kedah, Pahang, Melaka, Sabah dan Perak. Rentetan kejayaan sebelum ini, Pemuda BN sekali lagi tampil menganjurkannya di PWTC pada November ini dengan penyertaan lebih 600 majikan dari seluruh negara.
"Susulan penganjuran di lima negeri pada Julai lalu, sebanyak 24,000 jawatan sudah diisi," katanya pada sidang akhbar selepas majlis pra pelancaran karnival itu oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin di Menara Datuk Onn hari ini.
Justeru, Nazir Hussin yang juga Pengerusi Sekretariat Pekerja Muda BN memberitahu, pengunjung karnival kali ini dijanjikan dengan peluang pekerjaan yang berkualiti oleh syarikat termasuk Petronas, Proton, Maybank dan Airod.
Tidak ketinggalan jelasnya, karnival itu akan disertai oleh pelbagai agensi kerajaan, syarikat milik kerajaan (GLC) dan syarikat multinasional.
"Mereka yang berminat menyertai tentera, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut terlibat dalam karnival ini bagi merekrut anggota baru.
"Ini adalah karnival pekerjaan terbesar pernah diadakan di Malaysia dan saya berharap ia mampu mengurangkan kadar pengangguran kalangan siswazah dan juga lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)," katanya.
Bukan itu sahaja tambah beliau, mereka yang mahu menukar kerja juga dialu-alukan mengunjungi karnival itu.
Bagi majikan yang ingin menyertai karnival kerjaya ini bolehlah menghubungi sekretariat karnival di talian 03-41427777.
SUMBER : http://bnyouthjobfair.my
Thursday, November 10
KARNIVAL KERJAYA KEPAK 24 - 27 NOVEMBER 2011

Program KEPAK 2011 (Karnival Kerjaya, Perniagaan dan Kemahiran) adalah satu program pembangunan modal insan di bawah strategi kedua Bajet Kerajaan Negeri Johor 2011 iaitu meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah.
Secara ringkasnya, ianya merupakan satu program pendedahan dan padanan secara turun padang yang lebih holistik dan agresif melibatkan semua agensi kerajaan dan swasta dalam usaha mempertingkatkan tahap pendapatan dan taraf hidup rakyat yang lebih bersepadu dan berkesan.
Program ini akan berlangsung di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Ledang pada 24 November - 27 November 2011 bermula jam 9 pagi sehingga 6 petang. Maklumat lanjut sila layari laman web rasmi KEPAK.
Sunday, October 30
Thursday, October 27
PROGRAM SKIM LATIHAN 1 MALAYSIA TNB - SL1M TNB

TNB dengan ini mempelawa semua siswazah yang menepati kriteria di bawah untuk menyertai Program SL1M-TNB.
Skim latihan yang bermatlamatkan untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan-graduan bagi mendapatkan pekerjaan di pasaran kerjaya. Program latihan ini dijalankan selama 12 bulan akan dijalankan secara kuliah dan pendedahan latihan semasa kerja dalam pelbagai fungsi perniagaan TNB.
PEMILIHAN TERBUKA:
Sekiranya anda MEMENUHI KRITERIA yang kami cari dan berminat untuk menyertai program tersebut sila hadir pada ketetapan dibawah
SASARAN
Kelayakan (IJAZAH SARJANA MUDA SAHAJA):
• Kejuruteraan Elektrik (Kuasa)
• Kejuruteraan Awam
• Sains Komputer
• Kejuruteraan Komputer
• Teknologi Maklumat
• Undang-undang
• Sumber Manusia / Pengurusan Perniagaan
SYARAT TAMBAHAN:
• PNGK: 2.50 hingga 2.99
• SPM/SPMV - kredit subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik.
• umur tidak melebihi 28 tahun.
• sanggup dilatih di mana-mana unit TNB seluruh negara.
• graduan ijazah dari dalam dan luar negara dengan CGPA 2.5 dan keatas yang tidak mendapat
pekerjaan selepas 6 bulan bergraduat; dan
• graduan yang bekerja tetapi pekerjaan nya tidak setaraf dengan kelulusan (under employed)
PUSAT PEMILIHAN:
• Tarikh: 29 Oktober, 2011 (Sabtu)
• Masa: 9.00pagi - 4.00petang
• Tempat: Pusat JobsMalaysia, Tingkat Bawah, Blok 3440, Bangunan EB 1, Jalan Teknokrat 3, 63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan
maklumat lanjut iklan SL1M TNB sila klik sini
Subscribe to:
Posts (Atom)
Popular Posts
-
Pengambilan 1,681 jururawat berkelulusan IPT dibuka KUALA LUMPUR 4 April - Kementerian Kesihatan akan membuat pengambilan 1,681 jurur...
-
Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia mempelawa Warganeg...
-
Adakah ada menerima surat panggilan untuk menghadiri Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik pada 13 April ini. Namun jika anda masih belum...
-
Pihak Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) mengalu-alukan rakyat Malaysia yang mempunyai kelayakan untuk memohon jawatan-jawatan yang...
-
PUTRAJAYA 8 Feb. - Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menjelaskan, faktor kelulusan, kekosongan dan enggan berpindah ke jabatan lain ada...
-
PELUANG KERJAYA DALAM PERKHIDMATAN AWAM Dalam bulan Oktober/November ini, SPA akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong peringk...
-
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melancarkan Sistem Pengurusan Pengambilan Atas Talian (SPAT) bagi pengambilan jawatan-jawatan...
-
We are looking for dynamic and highly motivated individuals to contribute to the growth of our airline. If you would like to apply for a ...
-
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan akan membuat pengambilan baru seramai 1,681 orang graduan lepasan diploma kejururawatan untuk berkhi...
-
Semalam saya kongsi link semakan panggilan untuk hadir Exam Peperiksaan Bertulis Pegawai Tadbir Diplomatik. Ramai yang kata tak dapat nak ...


.gif)
















