Showing posts with label KEPAK. Show all posts
Showing posts with label KEPAK. Show all posts

Tuesday, March 27

Karnival Kerjaya, Perniagaan dan Kemahiran (KEPAK 2012) di Johor Bahru


Program KEPAK 2012 (Karnival Kerjaya, Perniagaan dan Kemahiran) kembali lagi pada tahun ini. Secara ringkasnya, ianya merupakan satu program pendedahan dan padanan secara turun padang yang lebih holistik dan agresif melibatkan semua agensi kerajaan dan swasta dalam usaha mempertingkatkan tahap pendapatan dan taraf hidup rakyat yang lebih bersepadu dan berkesan.

Program ini akan berlangsung pada 29 April hingga 1 April 2012 bermula jam 10 pagi sehingga 9 malam di Persada Johor International Convention Centre, Johor Bahru . Maklumat lanjut sila layari laman web rasmi KEPAK.

Thursday, November 10

KARNIVAL KERJAYA KEPAK 24 - 27 NOVEMBER 2011


Program KEPAK 2011 (Karnival Kerjaya, Perniagaan dan Kemahiran) adalah satu program pembangunan modal insan di bawah strategi kedua Bajet Kerajaan Negeri Johor 2011 iaitu meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah.

Secara ringkasnya, ianya merupakan satu program pendedahan dan padanan secara turun padang yang lebih holistik dan agresif melibatkan semua agensi kerajaan dan swasta dalam usaha mempertingkatkan tahap pendapatan dan taraf hidup rakyat yang lebih bersepadu dan berkesan.

Program ini akan berlangsung di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Ledang pada 24 November - 27 November 2011 bermula jam 9 pagi sehingga 6 petang. Maklumat lanjut sila layari laman web rasmi KEPAK.