Showing posts with label april 2013. Show all posts
Showing posts with label april 2013. Show all posts

Monday, April 8

Jawatan Kosong Di Pihak Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) April 2013

6:40 AM
Jawatan Kosong Di PPUM

Pihak Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) mengalu-alukan rakyat Malaysia yang mempunyai kelayakan untuk memohon jawatan-jawatan yang disenaraikan di bawah :

1. Pegawai Tadbir N41
2. Jururawat U41
3. Pegawai Dietetik U41
4. Pegawai Pemulihan Perubatan U41
5. Penolong Jurutera J29
6. Pengawal Keselamatan KP11
7. Pembantu Perawatan Kesihatan u3

Tarikh tutup permohonan pada 22 April 2013

Maklumat lanjut dan permohonan sila ke http://spj.ummc.edu.my/

Contoh soalan Exam PTD 2013

2:49 AM
Semalam saya kongsi link semakan panggilan untuk hadir Exam Peperiksaan Bertulis Pegawai Tadbir Diplomatik. Ramai yang kata tak dapat nak semak. Ada dua sebab

1. Anda memang tidak dipanggil ( tak tersenarai )
2. Sistem Down

Jadi saya rasa lebih baik anda semak semula untuk kepastian gunakan link semakan ini ya

http://www.spa.gov.my/Portal/Semak_Online/Jadual_Peperiksaan

jika sebarang masalah sila hubungi pihak SPA ya

satu perkara lagi, ramai juga yang tanya bila Rujukan Exam buka jualanya ?

ok, saya dimaklumkan Rujukan Exam PTD akan dibuka hari ini (8 April) dalam jam 7 Pagi :)

kepada yang berminat boleh dapatkan Contoh Soalan Exam PTD disini

apa apa pun saya harap jika anda dipanggil hadir exam, buat persediaan yang terbaik. yelah bukan senang nak dapat panggilan duduki exam  takkanlah bila dah dapat buat sambil lewa, ye tak ?

namun jika nama anda tidak tersenari dalam urusan ini, jangan pustus asa cuba lagi dilain masa

Sunday, April 7

Jawatan Kosong Di Sirim Berhad April 2013

8:25 PM
Warganegara Malaysia yang berkelayakan dipelawa untuk mengisi jawatan kosong di Sirim Berhad seperti berikut :

1. Juruteknik
2. Eksekutif

permohonan adalah secara online. untuk memohon sila ke http://onlinerecruitment.sirim.my/

Tarikh tutup 9 dan 12 April 2013

Jawatan kosong Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM)

4:28 PM
Job Vacancies At SUHAKAM

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) yang ditubuhkan oleh Parlimen di bawah Akta
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 merupakan sebuah institusi kebangsaan hak
asasi manusia yang dipertanggungjawab untuk memupuk kesedaran dan mempertahankan
hak asasi manusia. SUHAKAM ingin mempelawa warga Negara Malaysia yang berinovatif,
berdedikasi dan berkelayakan untuk mengisi jawatan-jawatan berikut

1. AKAUNTAN
2. PENOLONG SETIAUSAHA (IBU PEJABAT)
3. PENOLONG SETIAUSAHA (PEJABAT SARAWAK)
4. PEMBANTU TADBIR (PEJABAT SABAH DAN SARAWAK)
5. PEMANDU
6. PEMBANTU AM PEJABAT

Tarikh Tutup Permohonan : 18 April 2013

Bagi calon-calon yang berminat boleh mengemukakan surat permohonan yang mengandungi maklumat diri beserta salinan sijil-sijil akademik dan salinan Kad Pengenalan yang telah disahkan serta sekeping gambar berukuran pasport (tidak dikembalikan) sebelum atau pada 18 April 2013 kepada:

Setiausaha
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia
Unit Pengurusan Sumber Manusia
Tingkat 11, Menara TH Perdana, 1001 Jalan Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpur.

Laman Web : www.suhakam.org.my

Sekiranya tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan, permohonan dianggap tidak berjaya.

maklumat lanjut klik sini

Jawatan Kosong RISDA April 2013

2:17 PM
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut dalam perkhidmatan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)

1. Pegawai Pertanian G41
2. Pegawai Tadbir N41
3. Penolong Pegawai Tadbir N27

Permohonan hendaklah dibuat secara online sahaja melalui www.risda.gov.my/ejawatan

Tarikh tutup 17 April 2013 

Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan dan Badan-Badan Berkanun dikehendaki membawa surat pelepasan dari Ketua Jabatan masing-masing ketika menghadiri temuduga; Permohonan yang lewat, tidak lengkap atau tidak mengikut syarat di atas akan ditolak;

Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga;

Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam ( 6 ) bulan dari tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya

Maklumat lanjut klik sini

Tenuduga Terbuka Di Institut Tanah Dan Ukur (INSTUN)

10:34 AM
Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mengisi jawatan sambilan di
Institut Tanah dan Ukur Negara seperti berikut:-

1. Tukang Masak N17
2. Pembantu Am Pejabat Pramusaji N1

Permohonan hendaklah menggunakan Borang INSTUN yang boleh didapati terus di Seksyen Pengurusan Sumber Manusia INSTUN atau boleh dimuat turun melalui www.instun.gov.my .  Calon yang terpilih akan dipanggil untuk temuduga pada tarikh yang telah ditetapkan seperti berikut :

17 April 2013 (RABU)
8.00 - 8.15 PAGI (PENDAFTARAN)
BILK MESYUARAT MELUR, ARAS 4, WISMA INSTUN

Kepada yang berminat sila hantar permohonan berserta salinan kad pengenalan, salinan sijil kelahiran, salinan sijil berhenti sekolah dan salinan sijil kelulusan yang diakui sah sama ada oleh Pengetua/Guru Besar (Sekolah Kerajaan Sahaja), Penghulu atau Pegawai Kerajaan dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional (dahulunya Kumpulan A).

Hantarkan  permohonan ke alamat:

Pengarah
Institut Tanah dan Ukur Negara
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar                                 
Behrang Ulu
35950 Tanjong Malim
Perak

Tarikh tutup : 12 April 2013

Maklumat lanjut klik sini
Borang klik sini

Jawatan Kosong Majaari Services Sdn Bhd


Majaari Services Sdn. Bhd (Majaari) ditubuhkan pada Disember 2007 dan merupakan milikan penuh syarikat Kelantan Utilities Mubaarakan Holdings Sdn Bhd yang dimiliki 100% oleh Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK). Kerajaan Negeri Kelantan telah melantik Majaari untuk mengambilalih pengurusan perkhidmatan pembetungan di Negeri Kelantan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Penubuhan adalah selaras dengan kedua-dua akta yang diperkenalkan iaitu Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Industri Perkhidmatan Air (IPA) 2006.
1. EKSEKUTIF / JURUTERA PERAKUAN

Tanggungjawab:
• Bertanggungjawab keatas semua permohonan pelan sistem pembetungan.
• Membuat pengesyoran kepada Pihak Berkuasa Tempatan bagi mendapat kelulusan Sijil Kesiapan Dan Pematuhan (CCC).
• Berurusan dengan Pihak Berkuasa Tempatan yang berkaitan mengenai isu pelan sistem pembetungan.
• Membuat pemeriksaan tapak keatas sistem pembetungan yang telah mendapat kelulusan.
• Bertanggungjawab dalam urusan mesyuarat yang dianjurkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan yang berkaitan dengan permohonanan kelulusan pelan bangunan.
• Bertanggungjawab dalam penyediaan laporan kerja termasuk laporan kepada Pihak Berkuasa Tempatan.

Kelayakan :
• Mempunyai Ijazah Kejuruteraan Awam atau mana-mana Ijazah kejuruteraan dalam bidang yang berkaitan.
• Mempunyai sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman dalam bidang berkaitan.
• Boleh berdikari , berpengetahuan, dipercayai, jujur dan amanah.
• Berpengetahuan dalam bidang pembetungan adalah satu kelebihan.
• Mempunyai kemahiran dalam komputer terutama Microsoft Word/Excel, Power Point dan sebagainya.
• Mempunyai “Professional Engineer” dengan Lembaga Jurutera Malaysia (BEM) atau Institut Kejuruteraan Malaysia (IEM) adalah satu kelebihan .

Berminat, sila hantarkan permohonan anda ke:-

Majaari Services Sdn Bhd
Lot 188A, Seksyen 21, Jalan Tengku Ismail,
Off Jalan Telipot, 15200
Kota Bharu, Kelantan

Atau email ke :-
admin@majaari.com.my

Tarikh tutup permohonan : 13 April 2013

sumber : http://www.majaari.com.my/Bm/home/19.html

Jawatan Kosong Di MBJB April 2013

10:22 AM

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia (rakyat Johor) yang berkelayakan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) seperti berikut :

1. Pemandu Kenderaan R3
2. Tukang K2 R11
3. Tukang K3 R9
4. Penghantar Notis N3

Permohonan hendaklah menggunakan Borang MBJB/BSM/1/2003 yang boleh didapati daripada Bahagian Sumber Manusia, Aras 4, Bangunan Majlis Bandaraya Johor Bahru ATAU pemohon boleh muat turun borang permohonan daripada laman web Majlis Bandaraya Johor Bahru di alamat www.mbjb.gov.my

Tarikh tutup permohonan ialah pada 10 April 2013

Maklumat lanjut klik sini
Borang klik sini

Semakan Panggilan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomati (PTD) 2013

1:19 AM
Adakah ada menerima surat panggilan untuk menghadiri Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik
pada 13 April ini. Namun jika anda masih belum menerima sebarang surat panggilan anda boleh buat semakan secara online di

http://www.spa.gov.my/Portal/Semak_Online/Jadual_Peperiksaan

Jika ya, Tahniah buat anda jika tidak cuba lagi ya :)

kepada yang berjaya ada dan perlukan panduan atau rujukan lengkap exam PTD sila dapatkan di http://infokerjaya.net/Contoh-Soalan-Exam-PTD.html

masalah semakan ? sila hubungi

BAHAGIAN PEPERIKSAAN
SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM (SPA)
Aras 6-10 Blok C7, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62520 Putrajaya
Tel : +603 - 8885 6000
Fax : +603 - 8888 5036


Jualan Rujukan Exam PTD akan dibuka pada 8 April 2013 jam tepat 7 pagi

Artikel berkaitan :

Pengambilan Pegawai Tadbir Diplomatik 2013

60 ribu kekosongan jawatan perkhidmatan awam

Proses Pengambilan PTD M41

Review Rujukan Exam PTD - bukan sekadar contoh soalan peperiksaan

Calon Lulus Exam PAC SPA Dipanggil Temuduga Semula

Jawatan Kosong Di Hospital Queen Elizabeth

Jawatan Kosong Di Hospital Queen Elizabeth Sabah September 2012

Unit Kawalan Infeksi dan Penyakit Berjangkit, Hospital Queen Elizabeth mempelawa warganegara Malaysia mengisi lantikan secara sambilan harian bagi membantu dalam menjayakan projek penyelidikan yang tersebut di atas.

1. PEMBANTU PENYELIDIK Q17

Jenis Perkhidmatan : Sambilan Harian
Tempoh perkhidmatan : 3 Bulan
Kekosongan : 1
Gaji : RM 54.00 sehari

Syarat lantikan

1. Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan berikut :-

a) mempunyai kelayakan SPM;
b) calon-calon yang boleh berkomunikasi dan menulis dalam Bahasa Inggeris adalah diberi keutamaan;
c) warganegara Malaysia;
d) berumur tidak kurang dari 23 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
e) mahir menggunakan perisian komputer seperti Microsoft Excel and Microsoft Word.

Calon-calon yang berminat boleh memohon dan mengisi borang permohonan yang boleh didapati di alamat di bawah:-

Pusat Penyelidikan Klinikal ( CRC )
Hospital Queen Elizabeth 1
Karung Berkunci No.2029
88560 Kota Kinabalu, Sabah

Borang permohonan boleh didapati di alamat di atas pada 3 April 2013 sehingga 9 April 2013. Selain itu, borang permohonan boleh dimuaturun pada iklan kami di laman web Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu.

Dokumen-dokumen yang perlu disertakan dengan borang permohonan :
  • sekeping gambar berukuran passport;
  • Salinan Kad Pengenalan, Surat Beranak, Sijil Berhenti Sekolah, sijil-sijil persekolahan, sijil SPM serta lain-lain dokumen berkaitan yang telah disahkan benar dari salinan asal ; dan
  • butiran maklumat peribadi (Resume)
Hanya calon yang terpilih sahaja akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga

Tarikh tutup permohonan 10 April 2013

Borang yang lengkap diisi bersama dokumen-dokumen yang diperlukan bolehlah dikembalikan pada alamat di atas dengan menulis jawatan yang dipohon pada bahagian kanan atas sampul surat. Sebarang kelewatan penghantaran borang permohonan tidak akan dilayan

Sebarang kemusykilan atau pertanyaan mengenai perkara tersebut di atas bolehlah terus menghubungi pegawai-pegawai yang namanya tertera di bawah :-

i. Dr. Lee Heng Gee ; 088 - 517555 no.sambungan : 7159
ii. SN Juhanah Gimbo ; 088 - 517507

sumber : http://qeh.moh.gov.my/main/

Jawatan Kosong SPA April 2013 - 80 kekosongan

Warganegara Malaysia yang berkelayakan Dipelawa untuk mengisi jawatan kosong dalam Perkhidmatan Awam Malaysia seperti berikut :

1. Pembantu Penyedia Makanan N17 - 50 kekosongan
2. Juruteknik Perubatan U19 - 4 Kekosongan
3. Pembantu Hidupan Liar G17 - 23 Kekosongan
4. Juruteknik (Awam) J17 - 3 Kekosongan

Permohonan melalui www.spa.gov.my

Tarikh tutup 21 April 2013

Maklumat lanjut klik sini

Friday, April 5

Jawatan Kosong Di Kelab Shah Alam April 2013


Kelab Shah Alam Selangor ingin menawarkan jawatan-jawatan kosong di bawah ini untuk dipenuhi oleh calon-calon yang memiliki kelayakan seperti berikut :-

KEKOSONGAN JAWATAN

•PENOLONG AKAUN
•Status Jawatan Kontrak 2 Tahun
•Lelaki Sahaja

KELAYAKAN

•Umur 18 hingga 28 tahun pada tarikh tutup iklan;
•Memiliki Diploma dalam Bidang Perakaunan sahaja

FAEDAH-FAEDAH YANG DITAWARKAN

•Caruman KWSP dan SOCSO
•Faedah perubatan
•Elaun
•Peluang peningkatan kerjaya di KSAS

SILA BAWA BERSAMA

•Kad pengenalan
•Sijil-sijil asal persekolahan
•1 salinan fotostat kad pengenalan dan sijil-sijil persekolahan
•Gambar berukuran passport
PAKAIAN
•Calon Hendaklah berpakaian Kemas dan Sopan semasa hadir temuduga
•Seluar “Jeans” dan baju T tidak dibenarkan

Calon-calon yang berminat boleh terus datang ke alamat dibawah:-

KELAB SHAH ALAM SELANGOR
No. 1A Jalan Aerobik 13/43
Persiaran Kayangan,
40704 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

Tel : 03-55100001 Ext:113 (HR Dept)

Tarikh Tutup Permohonan : 26hb APRIL 2013

Jawatan Kosong Di Universiti Malaya (UM) April 2013

jawatan kosong di universiti malaya januari 2013

1. Pengurus Penyelidik

TARAF JAWATAN: KONTRAK

PENGIKTIRAFAN KELAYAKAN:
Kelayakan akademik yang dikemukakan bagi menyokong permohonan hendaklah diiktiraf oleh Kerajaan.

PENAKLUKAN DI BAWAH SYARAT SKIM PERKHIDMATAN:
Pegawai yang memasuki perkhidmatan bagi jawatan di atas adalah tertakluk kepada syarat Skim Perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

CARA MEMOHON:

1. Calon diminta supaya mengisi borang permohonan dengan lengkap secara online dengan melayari http://e-recruitment.um.edu.my, termasuk di bahagian kelayakan akademik. Kegagalan anda berbuat demikian atau permohonan yang tidak memenuhi syarat kelayakan atau permohonan selain daripada online atau didapati mengemukakan maklumat yang tidak benar boleh menyebabkan permohonan tidak akan dipertimbangkan.

2. Bagi calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Badan Berkanun/Pihak Berkuasa Tempatan/Swasta perlu mengisi Borang Pengesahan Ketua Jabatan - Lampiran Y (yang boleh diperolehi daripada http://e-recruitment.um.edu.my) dan menghantarnya ke alamat berikut selewat-lewatnya 19.04.2013 :

Ketua Penolong Pendaftar (Pelantikan)
Bahagian Sumber Manusia
Aras 6, Bangunan Canseleri
Jabatan Pendaftar, Universiti Malaya
50603 Kuala Lumpur

Catatan: Sila tulis nama penuh dan jawatan yang dipohon pada bahagian atas sebelah kiri sampul surat.

3. Calon yang dipanggil temuduga dikehendaki mengemukakan dokumen berikut semasa menghadiri temuduga;
(a) Resume (sila cetak dari e-recruitment)
(b) Salinan setiap sijil (yang telah disahkan) beserta sijil asal.
(c) Laporan Penilaian Prestasi dan Kenyataan Perkhidmatan (bagi pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan).

4. Tarikh tutup permohonan ialah pada 11 April 2013

Jawatan Kosong Jururawat U29 - 1681 Kekosongan

1:00 PM

Pengambilan 1,681 jururawat berkelulusan IPT dibuka

KUALA LUMPUR 4 April - Kementerian Kesihatan akan membuat pengambilan 1,681 jururawat berkelulusan institusi pengajian tinggi awam dan swasta tahun ini.

Sehubungan itu Ketua Setiausaha kementerian berkenaan, Datuk Farida Mohd. Ali berkata, graduan yang memiliki Diploma Kejururawatan dipelawa membuat permohonan.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata, permohonan boleh dibuat dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dengan mengisi borang SPA-8i secara online di http://www.spa.gov.my selewat-lewatnya 30 April ini.

Urusan temuduga dijangka dilaksanakan pada bulan Jun dan tawaran pelantikan dijangka bermula dalam pada bulan Ogos. - BERNAMA

Program Modal Insan 1Malaysia (MI1M)

1:27 AM
Modal Insan 1Malaysia (MI1M) adalah program yang memberi ruang dan peluang kepada para kumpulan calon penjawat awam untuk menjadi modal insan kelas pertama melalui penyertaan di platform yang menyediakan kumpulan tersebut untuk memperlengkapkan diri dari segi Psikologi, Aptitud, Sahsiah Dan Kompetensi diri. Ia bagi memastikan calon penjawat awam mempunyai ‘right mindset’ yang membolehkan mereka menjadi penjawat awam yang ideal, yang cemerlang, memiliki kemahiran yang bersesuaian dan berfikiran strategik.

Program Modal Insan 1Malaysia (MI1M)
Seminar Pengenalan Kepada Skill Pekerjaan Di sektor Awam
Tarikh : Sabtu 6 April 2013
Masa : 8.30 pagi hingga 4.30 Petang
Tempat :Dewan Serbaguna, Aras 6, Blok C7 kompleks C, Bangunan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuaan, Putrajaya

Thursday, April 4

Kekosongan Jawatan Di Jabatan Kerajaan Negeri Sabah


Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berasal dari Sabah yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Kerajaan Negeri Sabah seperti berikut :-

1. Jurutera Awam J41
Bilangan Kekosongan : Enam (06) Jawatan
Tempat Kekosongan: Seluruh Sabah

2. Jururawat Masyarakat Gred U19
Bilangan Kekosongan : Tiga (03)
Tempat kekosongan : 2 Jawatan di Tawau, 1 Jawatan di sembulan, Kota Kinabalu

Permohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan melayari Laman web SPANS di alamat http://www.jawatan.sabah.gov.my/.

Tarikh tutup 11 April 2013

Maklumat lanjut jawatan klik sini

Jawatan Kosong FRIM - MTDC April 2013

2:54 PM

Nature Profusion Sdn Bhd (NPSB) merupakan sebuah syarikat berkepakaran menghasilkan produk antiseptik dan disinfektan berasaskan bahan semulajadi. Syarikat ini telah mula beroperasi sejak tahun 2009 dan berkolaborasi dengan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan Malaysian technology Development Corporation (MTDC) dalam membangunkan produk-produk berteknologi tinggi dan berkualiti dalam memberi alternatif kepada pelanggan yang mencari-cari jenis produk yang berasaskan bahan semulajadi dan selamat. Jenama Ciéra® merupakan jenama produk keluaran syarikat dengan produk pertama yang dipasarkan oleh NPSB adalah Ciéra® Eco-friendly Multipurpose Disinfectant dengan 3 variasi haruman iaitu Lavender, Floral dan Pine. Kini produk NPSB sudah berada di 47 buah cawangan pasaraya/farmasi seluruh Malaysia dan akan meningkat kepada 90 cawangan pasaraya menjelang April 2013.

1. JUNIOR SALES EXECUTIVE – LELAKI/PEREMPUAN

Tanggunjawab Junior Sales Executive:

1. Mengunjungi setiap pasaraya – Jaya Grocer, Central Hypermarket, AEON@JUSCO, Vitacare Pharmacy, Kiara Supermarket, SJ Kota, Hock Choon Supermarket, TESCO - memastikan produk syarikat sentiasa berada di rak-rak jualan di pasaraya dengan tersusun dan berada dalam keadaan yang baik.

2. Memeriksa stor setiap pasaraya agar tidak kehabisan stok produk.

3. Bertanggungjawab untuk mencapai sasaran jualan yang ditetapkan dan mencari rangkaian baru untuk memasarkan produk syarikat.

4. Sentiasa berhubung dengan Supervisor/Buyer pasaraya berkenaan promosi produk, kehabisan stok, produk rosak, etc.

5. Bertanggungjawab untuk membuat penghantaran produk ke pasaraya/Distribution Center (DC) serta tugas-tugas seperti mengambil Pesanan Belian (PO-Purchase Order), (DO-Delivery Order) dan kutipan bayaran (Collection of Payment) daripada pasaraya.

6. Bertanggungjawab menyediakan laporan harian, mingguan dan bulanan tentang produk & jualan kepada syarikat.

7. Terlibat dalam aktiviti pameran, jualan dan promosi produk yang dikendalikan oleh syarikat.

Keperluan:

1. Sekurang-kurangnya berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil, Diploma atau Izajah dalam bidang yang berkaitan (Siswazah Baru adalah digalakkan) – latihan akan diberikan.

2. Berkemahiran menggunakan komputer (basic MS Office Word, Excel, Power Point)

3. Mempunyai pengalaman dalam bidang After-sales service adalah diutamakan.

4. Mempunyai lesen yang sah, pengangkutan sendiri (lesen D) dan boleh memandu (travel) di sekitar Malaysia.

5. Mempunyai personaliti yang mesra, berkeyakinan, suka berjumpa dengan orang, berdisiplin dan mempunyai keghairahan dan keupayaan untuk mencapai sasaran jualan yang ditetapkan.

6. Jika Islam, mestilah melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang muslim dengan baik terutamanya solat 5 waktu.

Maklumat Kerja:

1. Gaji Pokok : RM1900.00 (RM1300 (Basic) + RM600 (Elaun Perjalanan dan Pengangkutan).

2. Manfaat lain : Elaun Telefon, Tuntutan Perjalanan dan Pengangkutan untuk kerja luar, tuntutan harian semasa menjaga booth, komisyen (sales target basis, 2% daripada hasil jualan outlet), EPF, Socso dan Zakat.

3. Masa berkerja : Isnin - Jumaat, jam 8.00 pagi - 5.00 petang.

Tarikh tutup permohonan: 19 April 2013 (Jumaat)

E-melkan resume anda ke: nurhafiza@np.my
Sebarang pertanyaan, hubungi: 03-6262 5776

Sumber : http://www.frim.gov.my

Jawatan Kosong Di KTMB April 2013

2:44 PM
Job vacancies at KTMB 

Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia bagi mengisi kekosongan jawatan berikut:-

1. PEMANDU LORI (GRED PK09G12)

Kelayakan
  • Memiliki kelulusan sekurang-kurangnya Penilaian Menengah Rendah;
  • Memiliki lesen memandu kelas E yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan GDL;
  • Mempunyai pengalaman memandu sekurang-kurangnya 2 tahun;
  • Berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan bermotor berkenaan;
  • Berkebolehan berkomunikasi, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu; dan
  • Bersedia untuk bertugas pada bila-bila masa sekiranya diperlukan.
Spesifikasi Tugas
  • Memastikan kenderaan syarikat berada dalam keadaan baik dan boleh digunakan;
  • Memandu mengikut peraturan pemanduan yang betul;
  • Memastikan cukai jalan sah laku; dan
  • Menjaga dan memastikan kenderaan yang dibawa dalam keadaan yang bersih.
Cara Memohon

Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis dengan menyatakan pengalaman, butir-butir peribadi beserta dengan salinan sijil-sijil persekolahan, sekeping gambar berukuran pasport beralamat sendiri (ukuran 4” x 9”) yang bersetem. Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar tidak lewat daripada 13 April 2013 ke alamat seperti berikut:-

Pengurus Besar
Pengurusan Bakat dan Pembangunan Organisasi
(Unit Perancangan Kakitangan)
Ibu Pejabat Korporat KTM Berhad
Jalan Sultan Hishamuddin
50621 Kuala Lumpur
Tel: 03-22631312 atau 03-22631433

Sumber : http://www.ktmb.com.my

Jawatan Kosong Di Majlis Daerah Selama (MDSelama)

11:33 AM

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan kosong dan keutamaan akan diberikan kepada rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan.

1. PEMBANTU PENILAIAN
2. PEMBANTU TADBIR
3. PEMANDU KENDERAAN
4. PEKERJA AWAM

Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Rasmi ( MDS.PKDM 1/97 pindaan 2013) yang boleh diperolehi di Pejabat Majlis Daerah Selama atau melalui laman web: www.mdselama.gov.my. Permohonan boleh dihantar terus ke Pejabat Majlis Daerah Selama ataupun melalui pos dengan besertakan sampul surat beralamat sendiri ( saiz A4 ) dan bersetem RM 0.60

Permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada:-

YANG DIPERTUA,
MAJLIS DAERAH SELAMA,
34100 SELAMA
PERAK DARUL RIDZUAN.

Tarikh tutup permohonan 10 April 2013

Maklumat lanjut klik sini
Borang klik sini

Jawatan Kosong Di Majlis Daerah Pontian (MDPontian)

11:10 AM

1. Penolong Pegawai Tadbir N27
2. Penolong Arkitek Landskap J29
3. Pembantu Tadbir (Perkeranian /Operasi) N17
4. Pembantu Akauntan W17
5. Juruteknik Landskap J17
6. Pelukis Pelan J17
7. Pembantu Tadbir (Undang-Undang) L17
8. Pembantu Penilaian W17

Semua permohonan hendaklah menggunakan borang permohonan jawatan Majlis Daerah Pontian yang dikenakan bayaran RM 1.00 (Ringgit Malaysia : Satu sahaja) yang boleh didapati dengan menggunakan sampul surat berukuran 10cm x 23cm yang beralamat sendiri dan bersetem 80 sen atau mengambilnya sendiri seterusnya menghantar permohonan tersebut ke alamat:

YANG DIPERTUA,
MAJLIS DAERAH PONTIAN,
JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN,
(BAHAGIAN PENTADBIRAN),
ARAS 1,BANGUNAN BARU,
JALAN ALSAGOFF,
82000 PONTIAN,JOHOR

Sila nyatakan jawatan yang dipohon di kiri sebelah atas sampul berkenaan semasa memohon dan mengembalikan borang-borang permohonan.Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan:

kad pengenalan
sijil kelahiran
sijil-sijil persekolahan
kelulusan akademik
transkrip keputusan peperiksaan
1 keping gambar yang terbaru berukuran passport
lain-lain dokumen sokongan

Permohonan dari pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Pihak Berkuasa Tempatan /Badan Berkanun hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan,Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan) 2005,Peraturan 17.

Bagi kelayakan Ijazah / Diploma / Sijil perlu mendapatkan pengiktirafan kelayakan di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui laman web interaktif http://www.interactive.jpa.gov.my/WebInteraktif/frmsenaraipengiktirafanbaru.asp dan dilampirkan bersama borang permohonan.
Hanya calon-calon yang berkelayakan setelah ditapis dan didapati sesuai sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap sebagai tidak berjaya.

Tarikh tutup : Sebelum atau pada 12 April 2013

maklumat lanjut jawatan klik sini