Thursday, April 4

Jawatan Kosong Di KTMB April 2013

2:44 PM
Job vacancies at KTMB 

Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia bagi mengisi kekosongan jawatan berikut:-

1. PEMANDU LORI (GRED PK09G12)

Kelayakan
  • Memiliki kelulusan sekurang-kurangnya Penilaian Menengah Rendah;
  • Memiliki lesen memandu kelas E yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan GDL;
  • Mempunyai pengalaman memandu sekurang-kurangnya 2 tahun;
  • Berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan bermotor berkenaan;
  • Berkebolehan berkomunikasi, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu; dan
  • Bersedia untuk bertugas pada bila-bila masa sekiranya diperlukan.
Spesifikasi Tugas
  • Memastikan kenderaan syarikat berada dalam keadaan baik dan boleh digunakan;
  • Memandu mengikut peraturan pemanduan yang betul;
  • Memastikan cukai jalan sah laku; dan
  • Menjaga dan memastikan kenderaan yang dibawa dalam keadaan yang bersih.
Cara Memohon

Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis dengan menyatakan pengalaman, butir-butir peribadi beserta dengan salinan sijil-sijil persekolahan, sekeping gambar berukuran pasport beralamat sendiri (ukuran 4” x 9”) yang bersetem. Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar tidak lewat daripada 13 April 2013 ke alamat seperti berikut:-

Pengurus Besar
Pengurusan Bakat dan Pembangunan Organisasi
(Unit Perancangan Kakitangan)
Ibu Pejabat Korporat KTM Berhad
Jalan Sultan Hishamuddin
50621 Kuala Lumpur
Tel: 03-22631312 atau 03-22631433

Sumber : http://www.ktmb.com.my

0 comments:

Post a Comment