Showing posts with label Skim Latihan Siswazah Pasaran Modal Islam (ICMGTS). Show all posts
Showing posts with label Skim Latihan Siswazah Pasaran Modal Islam (ICMGTS). Show all posts

Thursday, February 16

Skim Latihan Siswazah Pasaran Modal Islam (ICMGTS)


SIDC Mempelawa Permohonan Siswazah Bagi Pengambilan ICMGTS Ke-6 Securities Industry Development Corporation (SIDC), cabang latihan dan pendidikan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), mempelawa siswazah universiti mengemukakan permohonan bagi Skim Latihan Siswazah Pasaran Modal Islam (ICMGTS) ke-6 bermula pada 9 Mac 2012.

ICMGTS ditubuhkan bersama oleh SC dan SIDC pada tahun 2009, dengan kerjasama Bursa Malaysia dan organisasi dalam industri termasuk Persekutuan Pengurus Pelaburan Malaysia (FIMM), Persatuan Syarikat Broker Saham Malaysia (ASCM), Persatuan Perbankan Pelaburan Malaysia (MIBA) dan Persatuan Pengurus Aset Malaysia (MAAM), bagi memudahkan pembangunan modal insan bagi Pasaran Modal Islam. Skim itu bertujuan mewujudkan profesional Pasaran Modal Islam dengan pengetahuan asas dan kemahiran komunikasi yang kukuh.

Dibiayai oleh Dana Pembangunan Pasaran Modal, program tersebut mengandungi sembilan modul teknikal dan kemahiran insaniah yang diajarkan oleh pakar-pakar dan pengamal industri. Calon yang berjaya akan menerima elaun bulanan sebanyak RM2,000 sepanjang tempoh latihan selama dua bulan. Selain peluang ditemu duga oleh bakal majikan, peserta akan ditaja untuk menduduki peperiksaan pelesenan SC bagi melayakkan diri sebagai pengantara berlesen.

Sejak diwujudkan, lebih 200 siswazah telah menyertai ICMGTS bagi memajukan kerjaya mereka, 92% daripada mereka telah pun diambil bekerja dalam industri. Permintaan tinggi bagi siswazah ICMGTS menggambarkan kerelevanan program tersebut dalam meningkatkan jumlah profesional terlatih untuk memenuhi permintaan tinggi tenaga kerja dalam Pasaran Modal Islam yang cergas di Malaysia.

Semua warga Malaysia berusia 30 tahun ke bawah dan memegang ijazah yang diiktiraf dengan mendapat sekurang-kurangnya kelas kedua atas atau yang setaraf dengannya dalam bidang yang berkaitan adalah layak untuk memohon. Mereka yang berminat boleh mendapatkan maklumat terperinci program tersebut dan memuat turun borang permohonan daripada laman web SIDC di www.sidc.com.my.

Permohonan akan ditutup pada hari Isnin, 20 Februari 2012.

Maklumat lanjut dan permohonan sila klik sini