Thursday, October 27

PROGRAM SKIM LATIHAN 1 MALAYSIA TNB - SL1M TNB


TNB dengan ini mempelawa semua siswazah yang menepati kriteria di bawah untuk menyertai Program SL1M-TNB.

Skim latihan yang bermatlamatkan untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan-graduan bagi mendapatkan pekerjaan di pasaran kerjaya. Program latihan ini dijalankan selama 12 bulan akan dijalankan secara kuliah dan pendedahan latihan semasa kerja dalam pelbagai fungsi perniagaan TNB.

PEMILIHAN TERBUKA:
Sekiranya anda MEMENUHI KRITERIA yang kami cari dan berminat untuk menyertai program tersebut sila hadir pada ketetapan dibawah

SASARAN
Kelayakan (IJAZAH SARJANA MUDA SAHAJA):
• Kejuruteraan Elektrik (Kuasa)
• Kejuruteraan Awam
• Sains Komputer
• Kejuruteraan Komputer
• Teknologi Maklumat
• Undang-undang
• Sumber Manusia / Pengurusan Perniagaan

SYARAT TAMBAHAN:
• PNGK: 2.50 hingga 2.99
• SPM/SPMV - kredit subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik.
• umur tidak melebihi 28 tahun.
• sanggup dilatih di mana-mana unit TNB seluruh negara.
• graduan ijazah dari dalam dan luar negara dengan CGPA 2.5 dan keatas yang tidak mendapat
pekerjaan selepas 6 bulan bergraduat; dan
• graduan yang bekerja tetapi pekerjaan nya tidak setaraf dengan kelulusan (under employed)

PUSAT PEMILIHAN:
• Tarikh: 29 Oktober, 2011 (Sabtu)
• Masa: 9.00pagi - 4.00petang
• Tempat: Pusat JobsMalaysia, Tingkat Bawah, Blok 3440, Bangunan EB 1, Jalan Teknokrat 3, 63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan

maklumat lanjut iklan SL1M TNB sila klik sini

0 comments:

Post a Comment