Wednesday, October 26

PROGRAM SIJIL MODULAR KEBANGSAAN KEMASUKAN JANUARI 2012


PENGENALAN
Ia merupakan program latihan kemahiran yang berdasarkan kepada proses kerja sebenar. Terbuka kepada semua lapisan masyarakat.

SYARAT KELAYAKAN MASUK
Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon:
• Warganegara Malaysia
• Berumur 17 tahun ke atas ( Lepasan Sekolah / Lulusan Universiti / Belia / Pesara Kerajaan / Warga Emas)
• Pekerja yang sedang bekerja digalakkan memohon bagi meningkatkan kemahiran
• Lepasan SPM 2011 dan masyarakat komuniti setempat amatlah digalakkan memohon.

YURAN PENGAJIAN DAN TEMPOH PENGAJIAN
• Yuran Pengajian - RM 10.00 sebulan
• Tempoh Pengajian – 3 hingga 6 bulan

PENGAMBILAN & PERMOHONAN
Pemohonan adalah secara ONLINE melalui http://www.jpkk.edu.my atau hubungi Kolej Komuniti yang berdekatan di tempat anda.

Perhatian:

1. Untuk mengakses e-Borang, Calon perlu membeli nombor PIN di semua cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara. Sila pastikan anda membeli No. Pin mengikut kategori prmohonan yang betul.

2. Nombor Pin yang telah dibeli bagi permohonan Jun/Julai 2011 dalam Sistem permohonan ILKA masih sah digunakan untuk permohonan kemasukan Januari 2012.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Tarikh tutup permohonan ialah pada Hari Ahad, 20 November 2011.

maklumat lanjut mengenai program sila klik sini

0 comments:

Post a Comment