Tuesday, November 1

skema dan contoh soalan peperiksaan pegawai anti dadah



Peperiksaan ini bertujuan mengukur daya pemikiran serta kebolehan calon mengaplikasi maklumat yang diperolehi melalui latihan akademik, bacaan dan pengalaman. Calon-calon yang menduduki peperiksaan adalah dari pelbagai jurusan. Maka, soalan-soalan yang dikemukakan meliputi pelbagai bidang dan mempunyai skop yang luas. Matlamat peperiksaan ini adalah untuk mengukur kematangan pemikiran calon agar sesuai dengan kualiti serta potensi seorang Pegawai Antidadah, Gred S41.

Peperiksaan ini melibatkan bahagian I dan II. Bahagian I melibatkan dua kertas sahaja, iaitu, Sahsiah Diri dan Minat. Manakala Bahagian II melibatkan lima kertas berasingan. Setiap kertas adalah penting untuk prestasi mengukur calon. Calon-calon perlu menunjukkan prestasi yang baik bagi ke semua kertas. Jika prestasi yang sangat baik dipamerkan pada satu atau dua kertas sahaja, maka prestasi keseluruhan calon kurang memuaskan. Namun, jika calon mendapat markah yang menggalakkan bagi setiap kertas, maka prestasi keseluruhan dianggap baik.

Oleh itu, calon-calon dinasihatkan supaya tidak memfokus kepada kertas tertentu sahaja. Kelulusan peperiksaan ini merupakan satu daripada syarat lantikan ke skim tersebut. Calon-calon yang memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia termasuk lulus ’Assessment Centre’ akan ditemu duga.


Ujian ini mengadungi dua (2) bahagian iaitu :

BAHAGIAN I – PSIKOLOGI
• Seksyen A – Sahsiah Diri• Seksyen B – Minat

BAHAGIAN II – KECENDERUNGAN

Bahagian II (Kecenderungan) dibahagikan kepada empat (4) seksyen iaitu:
(i) Seksyen A - Pengetahuan Am Mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling
(ii) Seksyen B - Daya Menyelesaikan Masalah
(iii) Seksyen C - Esei Bahasa Melayu
(iv) Seksyen D - Esei Bahasa Inggeris

1 comments:

  1. dah beberapa kali intrview tpi msih x dpt keja.. hmm.. maka jadilah sy seorang pengangur..

    ReplyDelete