Thursday, April 5

Jawatan Kosong Sebagai Pembantu Penyelidik Di Malaysian cohort


Projek The Malaysian Cohort yang berurusetia di Institut Perubatan Molekul UKM (UMBI) merupakan satu projek penyelidikan kebangsaan yang telah diluluskan oleh Kabinet dan ditaja sepenuhnya oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Kami menjemput anda WARGANEGARA MALAYSIA, BERUMUR 18 TAHUN DAN KE ATAS yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:-

1. PEMBANTU PENYELIDIK (1 KEKOSONGAN)

Taraf jawatan : Kontrak

Tarikh iklan : 3 April 2012 hingga 8 April 2012 (Ahad)


Syarat-syarat :
i. Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang sains atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
ii. Kepujian dalam subjek Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Syarat Tambahan :
i. Calon yang memiliki Ijazah Sarjana ATAU Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang epidemiologi dan statistik perubatan atau statistik akan diberi keutamaan.
Gaji : RM1,600- ijazah
Gaji : RM1,800- ijazah sarjana
Gaji : RM2,200- doktor falsafah
ii. Berpengalaman dalam menganalisa data menggunakan perisian seperti SPSS atau STATA.
iii. Mempunyai latar belakang biostatistik atau statistik perubatan.
iv. Boleh bekerja secara individu dan berkumpulan serta menjalankan lain-lain tugasan seperti yang diarahkan oleh Ketua Projek dari semasa ke semasa
v. Bersedia menerima arahan kerja lebih masa sekiranya diperlukan
vi. Fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris
Calon-calon yang berminat dan berkelayakan dikehendaki menghantar resume lengkap ke alamat emel berikut the_malaysian_cohort@yahoo.com.my

ATAU secara pos atau serahan tangan ke alamat berikut :-

Sekretariat Projek The Malaysian Cohort
Institut Perubatan Molekul UKM (UMBI)
Tingkat 7, Blok Klinikal, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia
Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak
56000 Cheras, Kuala Lumpur
(u.p Bahagian Pentadbiran/ perjawatan)
Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi 03-91710415/ Faks : 03-91710397

** Hanya calon yang layak selepas saringan sahaja yang akan dipanggil menghadiri temuduga dan kemasukan adalah SEGERA **

0 comments:

Post a Comment