Showing posts with label malaysian cohort. Show all posts
Showing posts with label malaysian cohort. Show all posts

Thursday, October 18

Jawatan Kosong Di Malaysian Cohort Oktober 2012


Projek The Malaysian Cohort yang berurusetia di Institut Perubatan Molekul UKM (UMBI) merupakan satu projek penyelidikan kebangsaan yang telah diluluskan oleh Kabinet dan ditaja sepenuhnya oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Kami menjemput anda WARGANEGARA MALAYSIA, BERUMUR 18 TAHUN DAN KE ATAS yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:-

1. PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT/ SETIAUSAHA PEJABAT N27

Tarikh Iklan : 15 Oktober 2012 hingga 27 Oktober 2012

Kekosongan : 1

Taraf jawatan : Kontrak

Syarat Lantikan :
  • Diploma Sains Kesetiausahaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;(Gaji permulaan : RM1,361.14); atau
  • Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat daripada UiTM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan (Gaji permulaan : RM1,661.95); dan
  • Lulus Bahasa Melayu/ Bahasa Malaysia (termasuk ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan

Syarat Tambahan :
  • Berperwatakan dan berketrampilan menarik
  • Boleh menulis dan bertutur dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeri dengan baik
  • Berpengetahuan dan berpengalaman dalam bidang berkaitan
  • Bersedia menerima arahan kerja lebih masa sekiranya diperlukan

Deskripsi Tugas :

Antara tugasannya ialah

a) Pengurusan Surat-Menyurat/Fail/Emel rasmi Ketua

b) Pengurusan Mesyuarat (aktiviti sebelum , semasa dan selepas mesyuarat)

c) Pentadbiran Pejabat
Urusan diari/kalendar dan mengawal selia jadual Ketua
Urusan pencarian maklumat (tempahan hotel, tiket kapalterbang dan tempahan kenderaan untuk perjalanan)

d) Pengurusan Kewangan

e) Perhubungan Awam
Mengendalikan panggilan telefon Ketua
Melayani tetamu Ketua

f) Bersedia menjalankan lain-lain tugasan seperti yang diarahkan oleh Ketua dari semasa ke semasa

Nota : Kakitangan berjaya akan dibayar gaji pokok sahaja terlebih dahulu. Pembayaran elaun-elaun di bawah hanya dibuat selepas minimum 3 bulan berkhidmat
ITP : RM180.00
ITKA : RM160.00
BSH : RM300.00
Elaun Pembantu Khas : RM190.00

Sila layari www.mycohort.gov.my ATAU datang sendiri ke pejabat kami untuk mendapatkan borang permohonan.

Borang permohonan yang lengkap diisi perlu dikemukakan bersama dengan 1 keping gambar berukuran pasport, 1 salinan Kad Pengenalan, 1 salinan Sijil Kelahiran, salinan sijil-sijil akademik dan lain-lain dokumen berkaitan berserta resume lengkap melalui e-mel kepada afifah_aa@yahoo.com atau secara pos ke alamat berikut:

Sekretariat The Malaysian Cohort
Institut Perubatan Molekul UKM (UMBI)
Tingkat 7, Blok Klinikal
Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia
Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak
56000 Cheras, Kuala Lumpur
(u.p Bahagian Pentadbiran/ perjawatan)

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pn. Afifah di talian 03-91710415/ faks 03-91710397

** Calon yang layak selepas tapisan sahaja yang akan dipanggil menghadiri temuduga

Borang Permohonan sila klik sini

sumber iklan : http://mycohort.gov.my/web/vacancies/215.html

Friday, June 22

Jawatan Kosong Di Malaysian Cohort

Projek The Malaysian Cohort yang berurusetia di Institut Perubatan Molekul UKM (UMBI) merupakan satu projek penyelidikan kebangsaan yang telah diluluskan oleh Kabinet dan ditaja sepenuhnya oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Kami menjemput anda WARGANEGARA MALAYSIA, BERUMUR 18 TAHUN DAN KE ATAS yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

1. Pegawai Teknologi Maklumat F41
2. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29
3. Pembantu Penyelidik (Kelayakan Ijazah) – Diet
4. Pembantu Penyelidik (Kelayakan Ijazah) – Teknologi Maklumat
5. Pembantu Penyelidik (Kelayakan SPM)

Tarikh tutup 29 jun 2012
Maklumat Lanjut Iklan Iawatan Dan Cara Memohon Sila Klik Sini

Friday, May 4

Jawatan Kosong Pembantu Am Pejabat Di Malaysia Cohort


Projek The Malaysian Cohort merupakan satu projek penyelidikan kebangsaan yang telah diluluskan oleh Kabinet dan ditaja sepenuhnya oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Kami menjemput anda WARGANEGARA MALAYSIA, BERUMUR 18 TAHUN DAN KE ATAS yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:-

1. PEMBANTU AM PEJABAT N1 (lebih dari 2 kekosongan)

a) Berpelajaran di peringkat sekolah rendah bantuan penuh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; DAN

b) Boleh bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N1 : P1T2 RM689.99)
** Sila sertakan juga 1 salinan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Bidang Tugas :- Bertanggungjawab membadalam mengurus barang-barang keperluan pejabat daripada stor dan sebagainya Menghantar, mengambil dan mengedar surat-surat/ dokumen-dokumen projek Membuat tugas fotostat. Bertanggungjawab dalam mengurus, mengemas dan menyusun dokumen-dokumen berkaitan serta memasukkan maklumat ke dalam sistem berkaitan Melaksanakan lain-lain tugasan seperti yang diarahkan oleh Ketua Projek atau Ketua Bahagian dari semasa ke semasa

Tarikh Iklan : 2 Mei 2012 (Rabu) hingga 14 Mei 2012 (Isnin)

Taraf jawatan : Kontrak
Sila layari www.mycohort.gov.my ATAU emel ke alamat berikut ATAU datang sendiri ke pejabat kami untuk mendapatkan borang permohonan dan sebarang maklumat lanjut.

Hanya borang lengkap berserta 1 keping gambar berukuran pasport, 1 salinan ic, 1 salinan Sijil Kelahiran, salinan sijil-sijil akademik dan lain-lain dokumen berkaitan sahaja akan dipertimbangkan.

sumber iklan klik sini

Thursday, April 5

Jawatan Kosong Sebagai Pembantu Penyelidik Di Malaysian cohort


Projek The Malaysian Cohort yang berurusetia di Institut Perubatan Molekul UKM (UMBI) merupakan satu projek penyelidikan kebangsaan yang telah diluluskan oleh Kabinet dan ditaja sepenuhnya oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Kami menjemput anda WARGANEGARA MALAYSIA, BERUMUR 18 TAHUN DAN KE ATAS yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:-

1. PEMBANTU PENYELIDIK (1 KEKOSONGAN)

Taraf jawatan : Kontrak

Tarikh iklan : 3 April 2012 hingga 8 April 2012 (Ahad)


Syarat-syarat :
i. Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang sains atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
ii. Kepujian dalam subjek Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Syarat Tambahan :
i. Calon yang memiliki Ijazah Sarjana ATAU Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang epidemiologi dan statistik perubatan atau statistik akan diberi keutamaan.
Gaji : RM1,600- ijazah
Gaji : RM1,800- ijazah sarjana
Gaji : RM2,200- doktor falsafah
ii. Berpengalaman dalam menganalisa data menggunakan perisian seperti SPSS atau STATA.
iii. Mempunyai latar belakang biostatistik atau statistik perubatan.
iv. Boleh bekerja secara individu dan berkumpulan serta menjalankan lain-lain tugasan seperti yang diarahkan oleh Ketua Projek dari semasa ke semasa
v. Bersedia menerima arahan kerja lebih masa sekiranya diperlukan
vi. Fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris
Calon-calon yang berminat dan berkelayakan dikehendaki menghantar resume lengkap ke alamat emel berikut the_malaysian_cohort@yahoo.com.my

ATAU secara pos atau serahan tangan ke alamat berikut :-

Sekretariat Projek The Malaysian Cohort
Institut Perubatan Molekul UKM (UMBI)
Tingkat 7, Blok Klinikal, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia
Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak
56000 Cheras, Kuala Lumpur
(u.p Bahagian Pentadbiran/ perjawatan)
Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi 03-91710415/ Faks : 03-91710397

** Hanya calon yang layak selepas saringan sahaja yang akan dipanggil menghadiri temuduga dan kemasukan adalah SEGERA **

Friday, December 2

JAWATAN KOSONG DI INSTITUT PERUBATAN MOLEKUL UKM (UMBI)


Projek The Malaysian Cohort yang berurusetia di Institut Perubatan Molekul UKM (UMBI) merupakan satu projek penyelidikan kebangsaan yang telah diluluskan oleh Kabinet dan ditaja sepenuhnya oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Kami menjemput anda WARGANEGARA MALAYSIA, BERUMUR 18 TAHUN DAN KE ATAS yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:-

1. PEMBANTU PENYELIDIK Q17 (MAKMAL & JURUTEKNIK KOMPUTER)

  • Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang belum berkahwin/ bujang dan boleh
    bekerja di lapangan atau luar Kuala Lumpur
  • Makanan, minuman, pengangkutan & penginapan ditanggung semasa bertugas di lapangan
  • Dilindungi oleh Skim Insuran Takaful Berkelompok
Taraf jawatan : Kontrak
Tarikh tutup : 9 Disember 2011 (Jumaat)

Sila layari www.mycohort.gov.my ATAU emel ke alamat berikut ATAU datang sendiri ke pejabat untuk mendapatkan borang permohonan dan sebarang maklumat lanjut.

Hanya borang lengkap berserta 1 keping gambar berukuran pasport, 1 salinan Kad Pengenalan, 1 salinan Sijil Kelahiran, salinan sijil-sijil akademik dan lain-lain dokumen berkaitan sahaja akan dipertimbangkan. Hantarkan permohonan anda ke alamat berikut:-

Sekretariat The Malaysian Cohort
Institut Perubatan Molekul UKM (UMBI)
Tingkat 7, Blok Klinikal, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia
Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak
56000 Cheras, Kuala Lumpur
(u.p Bahagian Pentadbiran/ perjawatan)
Tel : 03-91710415 Fax : 03-91710397

Emel : the_malaysian_cohort@yahoo.com.my

maklumat lanjut iklan jawatan dan borang permohonan jawatan kosong sila klik sini

Monday, October 24

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN SEBAGAI PENOLONG PEGAWAI SAINS - MALAYSIAN COHORT

Projek The Malaysian Cohort 

Kami menjemput anda WARGANEGARA MALAYSIA, BERUMUR 18 TAHUN DAN KE ATAS yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut.

1. PENOLONG PEGAWAI SAINS Taraf jawatan : Kontrak

Cara Memohon:
Hanya borang lengkap berserta 1 keping gambar berukuran pasport, 1 salinan Kad Pengenalan, 1 salinan Sijil Kelahiran, salinan sijil-sijil akademik dan lain-lain dokumen berkaitan sahaja akan dipertimbangkan. Hantarkan permohonan anda ke alamat berikut:

Sekretariat The Malaysian Cohort
Institut Perubatan Molekul UKM (UMBI)
Tingkat 7, Blok Klinikal, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia
Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak
56000 Cheras, Kuala Lumpur
(u.p Bahagian Pentadbiran/Perjawatan)

Sila lengkapkan borang permohonan yang disertakan
. Sila layari www.mycohort.gov.my ATAU emel ke alamat berikut ATAU datang sendiri ke pejabat untuk mendapatkan borang permohonan dan sebarang maklumat lanjut.

Tarikh tutup permohonan : 02 Nov 2011 (Rabu)

maklumat lanjut iklan jawatan kosong di malaysian cohort sila klik sini