Friday, May 4

Jawatan Kosong Pembantu Am Pejabat Di Malaysia Cohort


Projek The Malaysian Cohort merupakan satu projek penyelidikan kebangsaan yang telah diluluskan oleh Kabinet dan ditaja sepenuhnya oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Kami menjemput anda WARGANEGARA MALAYSIA, BERUMUR 18 TAHUN DAN KE ATAS yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:-

1. PEMBANTU AM PEJABAT N1 (lebih dari 2 kekosongan)

a) Berpelajaran di peringkat sekolah rendah bantuan penuh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; DAN

b) Boleh bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N1 : P1T2 RM689.99)
** Sila sertakan juga 1 salinan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Bidang Tugas :- Bertanggungjawab membadalam mengurus barang-barang keperluan pejabat daripada stor dan sebagainya Menghantar, mengambil dan mengedar surat-surat/ dokumen-dokumen projek Membuat tugas fotostat. Bertanggungjawab dalam mengurus, mengemas dan menyusun dokumen-dokumen berkaitan serta memasukkan maklumat ke dalam sistem berkaitan Melaksanakan lain-lain tugasan seperti yang diarahkan oleh Ketua Projek atau Ketua Bahagian dari semasa ke semasa

Tarikh Iklan : 2 Mei 2012 (Rabu) hingga 14 Mei 2012 (Isnin)

Taraf jawatan : Kontrak
Sila layari www.mycohort.gov.my ATAU emel ke alamat berikut ATAU datang sendiri ke pejabat kami untuk mendapatkan borang permohonan dan sebarang maklumat lanjut.

Hanya borang lengkap berserta 1 keping gambar berukuran pasport, 1 salinan ic, 1 salinan Sijil Kelahiran, salinan sijil-sijil akademik dan lain-lain dokumen berkaitan sahaja akan dipertimbangkan.

sumber iklan klik sini

0 comments:

Post a Comment