Showing posts with label Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia. Show all posts

Tuesday, January 1

Jawatan Kosong Di MIROS Januari 2013


Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), sebuah agensi Badan Berkanun di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia mempelawa calon-calon yang berkelayakan dalam bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:

1. PENGAWALAN KESELAMATAN

Pemohon perlu menghantar borang permohonan jawatan kosong bersama salinan sijil-sijil yang berkaitan. Sila nyatakan jawatan yang dipohon pada bahagian atas sebelah kiri sampul surat dan hantar permohonan mengunakan perkhidmatan pos ke alamat kami seperti berikut:

Unit Pentadbiran dan Sumber Manusia,
Bahagian Khidmat Pengurusan,
Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia,
Lot 135, Jalan TKS 1, Taman Kajang Sentral,
43000 Kajang, Selangor.

Borang permohonan boleh didapati dari laman web MIROS: www.miros.gov.my

Tarikh tutup permohonan pada 10 Januari 2013.

Maklumat lanjut jawatan sila klik sini
borang permohonan jawatan sila klik sini

Sunday, August 26

Jawatan Kosong Di MIROS September 2012


Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), sebuah agensi Badan Berkanun di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia mempelawa caloncalon yang berkelayakan dalam bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:

1. Akauntan
2. Pelukis Pelan

Borang permohonan boleh didapati dari laman web MIROS: www.miros.gov.my

Borang permohonan yang lengkap diisi beserta salinan sijil-sijil akademik hendaklah dihantar melalui pos ke alamat kami seperti berikut:

Unit Pentadbiran dan Sumber Manusia,
Bahagian Khidmat Pengurusan,
Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia,
Lot 135, Jalan TKS 1, Taman Kajang Sentral,
43000 Kajang, Selangor.

Tarikh tutup permohonan pada 30 ogos dan 7 September 2012

Maklumat lanjut jawatan sila klik sini

Monday, June 4

Jawatan Kosong Di Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS)


Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), sebuah agensi Badan Berkanun di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia mempelawa calon-calon yang berkelayakan dalam bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:

1. PEGAWAI PENYELIDIK

GRED : Q41, Q43, Q47, Q51, Q53
KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN
KUMPULAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
STATUS : TETAP
JADUAL GAJI METRIK : P1 RM2145.88 – RM5553.48

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang sains yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-intitusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred Q41:P1T3); atau
  • Ijazah sarjana dalam bidang sains yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred Q41:P1T6); atau
  • Ijazah doktor falsafah (Ph.D) dalam bidang sains daripada institsi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan (Gaji permulaan ialah pada Gred Q41:P1T9); dan
  • Kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.
Pemohon yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan/Badan Berkanun/Pihak Berkuasa Tempatan atas lantikan tetap dikehendaki mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan atau saluran tertentu di jabatannya dan menyertakan Laporan Penilaian Prestasi tahun terkini.

Borang permohonan boleh didapati dari laman web MIROS: www.miros.gov.my.

Pemohon perlu menghantar borang permohonan jawatan kosong bersama salinan sijil-sijil akademik berkaitan. Sila nyatakan jawatan yang dipohon pada bahagian atas sebelah kiri sampul surat dan permohonan mestilah dihantar mengunakan perkhidmatan pos atau e-mel ataupun dengan tangan.
Borang permohonan yang telah lengkap diisi beserta salinan sijil-sijil berkaitan hendaklah dihantar ke alamat kami seperti berikut:

Unit Pentadbiran dan Sumber Manusia,
Bahagian Khidmat Pengurusan,
Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia, Lot 135, Jalan TKS 1, Taman Kajang Sentral,
43000 Kajang, Selangor.
Atau
E-mel: hr@miros.gov.my.

Tarikh tutup permohonan pada 08 Jun 2012.

Hanya permohonan yang disenarai pendek akan dipanggil untuk temuduga. Sekiranya pemohon tidak menerima maklumbalas daripada pihak MIROS selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan, permohonan tersebut dianggap TIDAK BERJAYA.

Maklumat lanjut dan Borang permohonan sila klik sini