Showing posts with label Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. Show all posts

Monday, December 10

Jawatan Kosong Di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Disember 2012


Kraftangan Malaysia mempelawa warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 54 tahun semasa iklan ditutup serta berkelayakan dan bermotivasi tinggi untuk mengisi jawatan berikut di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia : -

1. JURUTERA (AWAM / MEKANIKAL)
2. JURUTEKNIK (AWAM / MEKANIKAL)
3. PEMBANTU AKAUNTAN

CARA MEMOHON:

Permohononan hendaklah dibuat menggunakan Borang UPSM/BKP/2007 yang boleh diperolehi di Ibu Pejabat Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia atau dimuat turun daripada laman web http://www.kraftangan.gov.my

Borang yang lengkap diisi hendaklah dihantar dan disertakan bersama-sama dengan salinan kad pengenalan, sijil kelahiran, salinan sijil persekolahan, sijil berhenti sekolah dan sijil-sijil berkaitan yang telah DISAHKAN. Permohonan lewat tidak akan dipertimbangkan

Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan mestilah melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan menyertakan salinan Kenyataan Perkhidmatan dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan terkini.

ALAMAT DAN TARIKH TUTUP PERMOHONAN:

Sila nyatakan nama jawatan yang dipohon pada sebelah kiri sampul surat. Permohonan hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya pada 24 DISEMBER 2012 (ISNIN) dan dialamatkan kepada:

KETUA PENGARAH
PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA
SEKSYEN 63,
JALAN CONLAY,
50450 KUALA LUMPUR
(u.p : Unit Pengurusan Sumber Manusia)

CATATAN AM

Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (06) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

Muat turun IKLAN JAWATAN KOSONG
Muat turun BORANG PERMOHONAN

Monday, August 13

Jawatan Kosong Di Kraf Holdings Ogos 2012


Kraf Holdings Sdn Bhd adalah anak syarikat dimiliki sepenuhnya oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, menjalankan pengeluaran batik eksklusif, pembekalan bahan mentah kain putih dan aksesori untuk keperluan industri kraf.

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh lantikan untuk mengisi kekosongan jawatan di anak syarikat Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Kraf Holdings Sdn Bhd yang bertempat di No.1, KM 20, Jalan Ipoh-Rawang, Taman Rekreasi Templer, 48000 Rawang, Selangor Darul Ehsan:-

1. PENGURUS SYARIKAT KRAF HOLDINGS SDN. BHD

SYARAT - SYARAT PERMOHONAN

Mempunya Ijazah Sarjana Muda atau Diploma dalam salah satu bidang berikut:
(a) Pengajian Perniagaan
(b) Pemasaran
(c) Ekonomi
(d) Pengurusan; dan

Berpengalaman lebih 2 tahun menguruskan perniagaan berasaskan pengeluaran produk (keutamaan kepada produk tekstil atau batik)

Boleh berdikari, berdedikasi dan berkepimpinan

CARA MEMOHON

Sila hantarkan resume / biodata diri beserta gambar berukuran passport (tidak dipulangkan), serta gaji yang dipohon kepada:

Pengurus Besar
Kraf Holdings Sdn Bhd
d/a Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
Kompleks Kraf Kuala Lumpur
Seksyen 63, Jln Conlay
50450 KUALA LUMPUR
( u.p : Unit Pengurusan Sumber Manusia)

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Unit Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Khidmat Pengurusan di talian 03-2162 7459 Samb. 109 (Puan Ida Ruzila Ramli) dan Samb. 170 (Puan Harnaine Pusiran)

Tarikh Tutup Permohonan : 28 OGOS 2012(SELASA)

MAKLUMAN : HANYA CALON YANG TERSENARAI PENDEK SAHAJA YANG AKAN DIMAKLUMKAN UNTUK DITEMUDUGA

sumeb iklan : http://www.kraftangan.gov.my/main/content/11244

Sunday, May 27

Jawatan Kosong Di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia

Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia mempelawa semua warganegara Malaysia yang berkelayakan, bagi mengisi kekosongan jawatan di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. Semua permohonan perlu dibuat secara ’on-line’ melalui laman web www.jobsmalaysia.gov.my mulai 27 Mei - 9 Jun 2012.

1. PEREKA
2. PENGAJAR KRAF
3. JURUTEKNIK KOMPUTER
4. PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT/SETIAUSAHA PEJABAT
5. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI)
6. PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN

CARA MEMOHON DAN SYARAT PERMOHONAN
  • Semua permohonan perlu dibuat secara ’on-line’ melalui laman web www.jobsmalaysia.gov.my
  • Tarikh tutup permohonan adalah pada 9 Jun 2012 (Sabtu).
  • Calon-calon diwajibkan untuk memuat naik gambar pada borang permohonan.
  • Permohonan yang lewat, tidak lengkap atau tidak mengikut semua syarat yang dinyatakan akan ditolak;
  • Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga;
  • Calon-calon yang berjaya disenarai pendek untuk panggilan temuduga perlu membawa sekeping gambar berukuran passport, salinan kad pengenalan, sijil kelahiran, sijil-sijil persekolahan, kelulusan akademik, transkrip keputusan peperiksaan semua semester dan dokumen-dokumen lain yang telah diakui sah.
  • Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (06) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
  • Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan-Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan mestilah melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 dan hendaklah disertakan dengan Salinan Penyata Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini serta Laporan Nilaian Prestasi Tahunan terkini hendaklah dibawa bersama semasa menghadiri temuduga;
  • Pihak Pengurusan Kraftangan Malaysia tidak akan bertanggungjawab atau menanggung segala perbelanjaan berkaitan dengan temuduga.
Muat turun syarat kelayakan

Tuesday, March 27

Jawatan Kosong Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia


Kraf Holdings Sdn Bhd adalah anak syarikat dimiliki sepenuhnya oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, menjalankan pengeluaran batik eksklusif, pembekalan bahan mentah kain putih dan aksesori untuk keperluan industri kraf. Syarikat mempelawa calon yang layak untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut :

1. PENGURUS
2. EKSEKUTIF KEWANGAN & PENTADBIRAN

Syarat dan kelayakan

PENGURUS EKSEKUTIF  KEWANGAN & PENTADBIRAN
  1. Mempunya Ijazah Sarjana Muda atau Diploma dalam salah satu bidang berikut:
    (a) Perakaunan
    (b) Pengajian Perniagaan
    (c) Pemasaran
    (d) Ekonomi
    (e) Pengurusan Pengeluaran

  2. Berpengalaman lebih 2 tahun bagi Ijazah dan sekurang-kurangnya 5 tahun bagi Diploma dalam menguruskan perniagaan berasaskan tekstil, batik atau lain-lain bidang kraf; dan

  3. Boleh berdikari, berdedikasi dan berkepimpinan
  1. Mempunya Ijazah Sarjana Muda atau Diploma dalam salah satu bidang berikut:
    (a) Perakaunan
    (b) Pemasaran
    (c) Ekonomi

  2. Berpengalaman lebih 2 tahun dalam urusan kewangan syarikat.

  3. Boleh berdikari, berdedikasi dan berkepimpinan

Cara Memohon

Sila hantarkan resume / biodata diri beserta gambar berukuran passport (tidak dipulangkan), serta gaji yang dipohon kepada:

Pengerusi
Kraf Holdings Sdn Bhd
d/a Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
Kompleks Kraf Kuala Lumpur
Seksyen 63, Jln Conlay
50450 KUALA LUMPUR
( u.p : Unit Pengurusan Sumber Manusia)
No. Telefon : 03 – 2162 7459 Fax : 03 – 6093 1046

Tarikh Tutup Permohonan : 15 April 2012

MAKLUMAN : HANYA CALON YANG TERSENARAI PENDEK SAHAJA YANG AKAN DIMAKLUMKAN UNTUK DITEMUDUGA

sumber iklan sila klik sini

Thursday, March 15

Jawatan Kosong Di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia : Temuduga Terbuka


Kedai Kraf SDSI dimiliki sepenuhnya oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, bertujuan untuk mempromosi produk-produk kraf SDSI kepada pengguna. Kraftangan Malaysia mempelawa warganegara Malaysia berumur 20 tahun ke atas yang berminat untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut :

1. PEMBANTU JUALAN (PEREMPUAN/LELAKI)

SYARAT DAN KELAYAKAN :
(1) Berkelulusan sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
(2) Mempunyai perwatakan yang menarik
(3) Fasih berbahasa Bahasa Melayu (kelebihan jika boleh berbahasa Inggeris)
(4) Boleh bekerja mengikut syif dan dengan penyeliaan yang minimum.

Kepada yang berminat sila hadir ke sesi temuduga seperti berikut :

TARIKH TEMUDUGA : 15 MAC 2012

TEMPAT :
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN TINGKAT 1,
BANGUNAN SERI UTAMA KOMPLEKS KRAF
KUALA LUMPUR SEKSYEN 63, JALAN CONLAY
50450 KUALA LUMPUR.

MASA : 8.00 PAGI – 10.00 PAGI

sumber iklan klik sini

Tuesday, February 21

Jawatan Kosong Di Kedai Kraf SDSI - Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia



Kedai Kraf SDSI di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Seksyen 63 Jalan Conlay, Kuala Lumpur dimiliki sepenuhnya oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, bertujuan untuk mempromosi produk-produk kraf SDSI kepada pengguna. Calon yang berminat adalah dipelawa memohon bagi mengisi kekosongan jawatan seperti berikut :
Jawatan

1. Penyelia - 1 jawatan ( lelaki / perempuan )
2. Pembantu Jualan - 4 jawatan ( perempuan )

Syarat dan Kelayakan

1 Penyelia

- Berkelulusan sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
- Kepujian dalam Bahasa Melayu dan Matematik
- Keutamaan kepada yang berpengalaman dalam menguruskan kedai / jualan
- Boleh berdikari, berdedikasi dan berkepimpinan.

2 Pembantu Jualan

- Berkelulusan sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
- Mempunyai perwatakan yang menarik
- Fasih berbahasa Bahasa Melayu (kelebihan jika boleh berbahasa Inggeris)
- Boleh bekerja mengikut syif dan dengan penyeliaan yang minimum

3. Warganegara Malaysia yang berumur 20 tahun ke atas.
4. Gaji dan Insentif serta Syarat Perkhidmatan- sila rujuk iklan
5. Kemudahan - Cuti tahunan dan pakaian seragam diberikan.

6. Cara Memohon
Pemohon perlu mengisi borang yang dimuat turun berserta gambar passport dan hendaklah dihantar melalui e-mel kepada syardi@kraftangan.gov.my / kunorasriza@kraftangan.gov.my
Hanya permohonan yang lengkap sahaja akan dipertimbangkan untuk temuduga.
Tarikh tutup permohonan adalah pada 23 Februari 2012

Muat turun iklan jawatan kosong
Muat turun borang permohonan

sumber iklan klik sini