Showing posts with label Polis DiRaja Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Polis DiRaja Malaysia. Show all posts

Wednesday, January 23

Jawatan Kosong Polis DiRaja Malaysia (PDRM)


Permohonan bagi jawatan di dalam Polis DiRaja Malaysia (PDRM) kini boleh dibuat secara online melalui Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

jawatan :-

1. Inspektor (Lelaki/Wanita)
2. Sarjan (Lelaki/Wanita)
3. Konstabel (Lelaki/Wanita)
4. Konstabel Sokongan (Lelaki/Wanita)

Calon-calon hendaklah berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun (PMR / SPM / STPM / Diploma / Ijazah Sarjana Muda / Sarjana) dan tidak lebih daripada 35 tahun (PhD) pada tarikh pendaftaran. Sila rujuk Skim Perkhidmatan PDRM.



Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan bagi jawatan di dalam Polis DiRaja Malaysia (PDRM) juga boleh dibuat secara online melalui Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) mulai 20 Mac 2012 yang lalu. Ini adalah kerana SPA telah berkongsi kepakaran pelaksanaan aplikasi eSMSM dengan Suruhanjaya Pasukan Polis untuk permohonan jawatan.

Ia juga adalah selaras dengan hasrat SPA untuk bekerjasama dan mewujudkan amalan perkongsian pintar antara agensi kerajaan yang mempunyai kepakaran dalam bidang IT serta berkongsi pengalaman dengan agensi lain khususnya dalam bidang ICT. Untuk makluman, SPA hanyalah menguruskan urusan permohonan sahaja manakala perjawatan/urusan pengambilan adalah diuruskan oleh PDRM sendiri.

Oleh yang demikian, segala pertanyaan mengenai perjawatan/urusan pengambilan hendaklah dirujuk dengan pihak PDRM di Portal PDRM www.rmp.gov.my.

Tuesday, October 16

Temuduga Terbuka Polis Simpanan PDRM Oktober 2012

TEMUDUGA TERBUKA SUKARELAWAN POLIS KONTINJEN KEDAH : Polis Kedah akan mengadakan termuduga terbuka pengambilan anggota Sukarelawan Simpanan PDRM bagi Kontinjen Kedah mulai 19-22 Oktober 2012. Sila rujuk maklumat lanjut syarat-syarat pengamb
ilan dan pusat temuduga di banner di bawah.


Tuesday, April 3

Jawatan Kosong PDRM : Sukarelawan Simpanan Polis (SSP) Kontinjen Johor 2012


Iklan pengambilan jawatan pengambilan akan disiarkan dalam akhbar Berita Harian, News Strait Times dan Sin Chew Daily pada 3 April 2012 (Selasa). Tarikh tutup permohonan adalah pada 17 April 2012 (Selasa). Borang permohonan boleh didapati di semua Pejabat Hal Ehwal Awam Kontinjen Johor. Syarat-syarat Kelayakan boleh didapati pada ruangan Berita di Portal Polis Johor (www.polisjohor.gov.my).


maklumat lanjut sila klik sini