Showing posts with label Suruhanjaya perkhidmatan pelajaran. Show all posts
Showing posts with label Suruhanjaya perkhidmatan pelajaran. Show all posts

Thursday, February 28

Info - Urusan Pelantikan Graduan Iijazah Pendidikan Sebagai Pegawai Gred DG41

Urusan Pelantikan Graduan Iijazah Pendidikan Sebagai Pegawai Gred DG41


Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) sedang mempertimbangkan sejumlah 7,824 graduan pendidikan lulusan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tahun 2012 dan lulusan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) tahun 2012 yang bergraduat selepas Jun 2012 untuk pelantikan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG41.

Dalam mempertimbangkan pelantikan ini, SPP telah membuat keputusan bahawa sejumlah 2,791 graduan cemerlang yang memperoleh CGPA 3.5 dan ke atas, mendapat keputusan A- dalam Praktikum serta diperaku oleh IPTA dan IPGM, tidak perlu ditemu duga untuk pelantikan tetap. Mereka yang terdiri daripada 1,601 graduan IPTA dan 1,190 graduan IPGM hanya perlu menjalani sesi penilaian khas yang akan dilaksanakan oleh SPP.

Baki 5,033 daripada 7,824 graduan iaitu 2,246 graduan IPTA dan 2,787 graduan IPGM yang telah memohon jawatan PPPS Gred DG41 akan melalui urusan temuduga yang dijalankan di seluruh negara mulai 19 Februari hingga 27 Mac 2013. Semakan maklumat temu duga boleh dibuat oleh setiap graduan di Portal SPP mulai 15 Februari 2013. Butiran mengenai jadual temuduga adalah seperti yang berikut:

Maklumat lanjut dan sumber : http://www.spp.gov.my/images/stories/Dokumen/urusan%20pelantikan%20DG41.pdf

Tuesday, January 15

Iklan Jawatan Kosong Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (SPP)

jawatan kosong suruhanjaya perkhidmatan Pelajaran Malaysia 

Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon jawatan tetap secara
atas talian (online) melalui portal Jobsmalaysia di www.jobsmalaysia.gov.my.

1. Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH41
2. Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH29
3. Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) Gred N17
4. Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W17
5. Pembantu Makmal Gred C17
6. Penyelia Asrama Gred N17
7. Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N17
8. Pembantu Pengurusan Murid Gred N17.

Permohonan adalah dibuka sepanjang masa. Urusan pengambilan akan dijalankan berdasarkan maklumat kekosongan jawatan yang dikemukakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Maklumat lanjut iklan dan jawatan sila klik sini

Cara memohon :
login akaun jobsmalaysia
cari bahagian "pilih sektor pekerjaan" seperti gambar dibawah
lenkapkan maklumat


Semakan Permohonan jawatan SPP klik sini

Monday, November 12

Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG 41 Bagi Graduan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM)


Hebahan Urusan Permohonan ke Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG 41 Bagi Graduan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) yang Menamatkan Pengajian Selepas Jun 2012. Berdasarkan kenyataan YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran pada 5 Oktober 2012, graduan pendidikan keluaran Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) yang menamatkan pengajian selepas Jun 2012 hendaklah membuat permohonan untuk jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG41 di www.jobsmalaysia.gov.my mulai 9 November hingga 30 November 2012. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi kaunter pertanyaan SPP di 03-8871 7330.)

untuk memohon sila ke portal jobsmalaysia

Tuesday, November 6

Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia November 2012


Iklan Jawatan Di Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (SPP), warganegara malaysia yang berkelayakan dipelawa untuk memohon

1. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DG41
Kementerian/ Jabatan : Kementerian Pelajaran Malaysia
KumpulanPerkhidmatan : Pengurusan dan Profesional
Klasifikasi Perkhidmatan : Pendidikan

Tarikh Tutup Permohonan : 22 November 2012

Maklumat lanjut dan permohonan sila ke : http://www.jobsmalaysia.gov.my

Tuesday, March 27

Jawatan Kosong sebagai Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT)


Iklan Permohonan Jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) Gred DH41/DH29 Bidang Bakeri dan Dandanan/Kecantikan

Individu yang memiliki kelayakan ijazah sarjana muda kepujian atau diploma dalam bidang Bakeri dan Dandanan/Kecantikan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya adalah dipelawa untuk memohon jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) Gred DH41 atau Gred DH29.

Permohonan boleh dikemukakan melalui portal www.jobsmalaysia.gov.my. Tarikh tutup permohonan bagi iklan ini adalah pada 5 April 2012. Sebarang pertanyaan, sila hubungi talian 03-8871 7330.

maklumat lanjut sila klik sini