Showing posts with label iklan temuduga. Show all posts
Showing posts with label iklan temuduga. Show all posts
Wednesday, March 13
Temuduga Terbuka Tabung Haji Mac 2013
Seiring dengan visi dan misi TH, permohonan adalah dibuka kepada warganegara Malaysia yang beragama Islam dan berkelayakan bagi mengisi jawatan seperti berikut:-
1. Polis Bantuan TH (Konstabel) (Kontrak)
Lelaki dan Wanita - Kekosongan di TH Heavy Engineering Limbungan Fabrikasi, Pulau Indah, Selangor
Kelayakan
i. Warganegara Malaysia yang beragama Islam;
ii. Berumur di antara 18 tahun hingga 45 tahun;
iii. Calon wanita yang bujang sahaja;
iv. Memiliki sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. Calon yang mendapat Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu; dan Lulus mata pelajaran Bahasa Ingggeris serta Matematik akan diberi keutamaan.
v. Mempunyai syarat-syarat ukuran badan dan pancaindera seperti berikut:-
a. Tinggi sekurang-kurangnya 1.63m bagi lelaki dan 1.57m bagi wanita, tanpa sepatu;
b. Berat badan sekurang-kurangnya 50kg bagi lelaki dan 48kg (BMI normal antara 19 hingga 24);
c. Mempunyai ukuran lilitan dada yang biasa sekurang-kurangnya 81sm dan 86sm semasa menarik nafas (calon wanita dikecualikan daripada syarat ini);
d. Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata; DAN
e. Pengecaman warna dan pendengaran sempurna serta sihat tubuh badan.
vi. Berpengetahuan mengenai perkara-perkara asas Fardhu Ain dengan baik dan berkemahiran membaca Al-Quran dengan lancar;
vii. Bebas daripada sebarang rekod jenayah;
viii. Menguasai Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan baik dalam pertuturan dan penulisan;
viiii. Keutamaan dan Kelebihan:-
- Calon daripada bekas polis dan tentera;
- Belum berkahwin bagi yang berumur 28 tahun dan ke bawah;
- Calon yang tinggal disekitar Pulau Indah, Kelang, Subang dan Shah Alam, Selangor adalah diberi keutamaan.
Tanggungjawab
i. Menjaga keselamatan bangunan dan harta benda TH Heavy Engineering serta anggotanya;
ii. Memberi khidmat sokongan dan bantuan kepada TH Heavy Engineering supaya ia dapat memberikan perkhidmatan yang baik.
Temu duga akan diadakan pada 27 Mac 2013 (Rabu), sila hadir ke alamat berikut:
TaHa D’ Kelana
Jalan SS 6/1, Kelana Jaya
47301 PETALING JAYA
SELANGOR
Sila bawa bersama salinan asal dan fotokopi maklumat berikut:-
i. Satu (1) salinan Kad Pengenalan Malaysia (MyKad);
ii. Dokumen asal sijil-sijil akademik dan sijil penghargaan beserta salinan setiap satu;
iii. Satu (1) keping gambar terkini berukuran pasport; DAN
iv. Satu (1) salinan Resume yang lengkap.
Calon akan melalui Pemeriksaan Fizikal oleh Pegawai dari Cawangan Pusat Latihan Polis (PULAPOL) dan Ujian Saringan Fardhu Ain. Semasa sesi Pemeriksaan Fizikal, calon diminta berpakaian seperti berikut:-
Lelaki : T-shirt dan seluar pendek
Wanita : T-shirt berlengan pendek dan seluar sukan (track-suit)
Hanya calon yang melepasi Tapisan Pemeriksaan Fizikal akan layak ke Ujian Saringan Fardhu Ain. Sekiranya calon lulus Ujian Saringan Fardhu Ain tersebut, calon layak untuk ditemu duga;
Pakaian semasa sesi Ujian Saringan Fardhu Ain dan temu duga adalah seperti berikut:-
Lelaki : Kemeja berlengan panjang, berseluar slack beserta kasut.
Wanita : Baju kurung, bertudung dan berkasut sarung.
Jika calon-calon tidak dihubungi dalam tempoh ia tiga (3) bulan dari tarikh temu duga, maka permohonan mereka dianggap tidak berjaya.
Sumber iklan : http://www.tabunghaji.gov.my
Subscribe to:
Posts (Atom)
Popular Posts
-
Pengambilan 1,681 jururawat berkelulusan IPT dibuka KUALA LUMPUR 4 April - Kementerian Kesihatan akan membuat pengambilan 1,681 jurur...
-
Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia mempelawa Warganeg...
-
Adakah ada menerima surat panggilan untuk menghadiri Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik pada 13 April ini. Namun jika anda masih belum...
-
Pihak Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) mengalu-alukan rakyat Malaysia yang mempunyai kelayakan untuk memohon jawatan-jawatan yang...
-
PUTRAJAYA 8 Feb. - Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menjelaskan, faktor kelulusan, kekosongan dan enggan berpindah ke jabatan lain ada...
-
PELUANG KERJAYA DALAM PERKHIDMATAN AWAM Dalam bulan Oktober/November ini, SPA akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong peringk...
-
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melancarkan Sistem Pengurusan Pengambilan Atas Talian (SPAT) bagi pengambilan jawatan-jawatan...
-
We are looking for dynamic and highly motivated individuals to contribute to the growth of our airline. If you would like to apply for a ...
-
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan akan membuat pengambilan baru seramai 1,681 orang graduan lepasan diploma kejururawatan untuk berkhi...
-
Semalam saya kongsi link semakan panggilan untuk hadir Exam Peperiksaan Bertulis Pegawai Tadbir Diplomatik. Ramai yang kata tak dapat nak ...
