Showing posts with label jqaf. Show all posts
Showing posts with label jqaf. Show all posts

Friday, November 16

Persediaan Temuduga DPLI-SR j-QAF

12:19 PM

*Khas Buat Calon Temuduga DPLI-SR J-QAF 19 - 22 Nov 2012

Tahniah buat anda yang melepasi ujian MTeST dan dipanggil untuk seisi temuduga DPLI-SR j-QAF ( sblm ini dikenali sebagai kpli jqaf). Seisi temuduga merupakan saringan terakhir untuk pengambilan calon pelatih guru j-QAF. Ianya satu tahap yang cukup penting dan getir buat calon temuduga.

Sebagai calon temuduga DPLI-SR j-QAF, anda seharusnya membuat persediaan yang secukupnya sekiranya anda betul-betul ingin bergelar guru j-QAF. Berikut adalah beberapa tips ringkas untuk persediaan anda menghadiri seisi temuduga DPLI-SR j-QAF :

1-Persediaan awal
2-Buat latihan / simulasi temuduga DPLI-SR j-QAF
3-Meningkatkan aspek kemahiran komunikasi
4-Penyediaan sijil / dokumen berkaitan yang disusun mengikut turutan.
5-Amalkan doa penerang hati dan buat solat hajat.

Pelbagai lagi tips persediaan temuduga DPLI-SR j-QAF Layari http://www.kplij-qaf.com

p/s: banyak email yang diterima bertanyakan tentang "PIN", untuk masalah tersebut sila hubungi Bahagian Pendidikan Guru sila rujuk sini >> http://apps.moe.gov.my/smg/02/020002/dpli-jqaf2012/hubungi.cfm

Wednesday, November 14

Temuduga DPLI Jqaf 2012

8:28 AM

Untuk makluman, untuk temuduga kali ini, ianya berlangsung dari 19 Dis - 12 Nov 2012. Ya! Itulah
hari yang bakal berlangsungnya temuduga KPLI J-Qaf. Sedikit info buat anda... Dimaklumkan, pihak kerajaan memerlukan 13ribu guru KPLI Jqaf untuk sekolah rendah! Ya, terdapat  banyak kekosongan untuk diisikan. Ramai yang  berpotensi untuk berjaya mendapatkan jawatan ini...


Buat yang dipanggil menghadiri temuduga nanti, saya ucapkan selamat berjaya. Buatlah persiapan
sebaiknya...

Jika anda ingin menjadikan persiapan anda lebih baik, satu panduan temuduga khas untuk KPLI SR j-QAF ada di pasaran. Satu panduan lengkap yang mampu membantu calon mempersiapkan diri dalam menghadapi temuduga  kelak... PANDUAN TEMUDUGA KPLI-SR j-QAF...

 Layari http://www.kplij-qaf.com

Sunday, September 23

Permohonan Mengikuti Diploma Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (DPLI-SR) j-QAF 2013


KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU

DIPLOMA PERGURUAN LEPAS IJAZAH SEKOLAH RENDAH (DPLI-SR) j-QAF
(sebelum ini dikenali sebagai Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR) j-QAF)
MOD LATIHAN PERGURUAN BERASASKAN SEKOLAH (LPBS) AMBILAN TAHUN 2013

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Diploma Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (DPLI-SR) j-QAF Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) di Institut Pendidikan Guru (IPG), KPM.

1. NAMA PROGRAM: Diploma Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (DPLI-SR) j-QAF

2. MOD LATIHAN: Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS)

3. TEMPOH PENGAJIAN : 18 BULAN

4. SYARAT-SYARAT KELAYAKAN ASAS

Calon-calon hendaklah:

4.1 Warganegara Malaysia.

4.2 Sihat fizikal dan mental.

4.3 Berumur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari 2013 iaitu lahir pada atau selepas 1 Januari 1978.

4.4 Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Islam atau Pengajian Bahasa Arab atau al-Quran atau bidang yang berkaitan yang setaraf dengannya daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan atau luar negara yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Pemohon perlu merujuk laman sesawang JPA di alamat berikut:
http://www.interactive.jpa.gov.my/webinteraktif/frmMainIktiraf.asp

4.5 Memiliki kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM atau SPM(V) serta lulus ujian lisan atau Prinsipal Bahasa Melayu di peringkat STPM.

5. KEUTAMAAN

5.1 Calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dengan PNGK 2.75 ke atas.

5.2 Calon yang memiliki ijazah yang bertepatan dengan bidang pengkhususan.

5.3 Calon yang memiliki pengalaman mengajar dalam bidang pendidikan.

5.4 Calon yang aktif dalam kegiatan kokurikulum.

5.5 Calon yang bersedia dilatih di mana-mana kampus IPG, KPM dan bersedia ditempatkan di mana-mana sekolah termasuk di kawasan pedalaman seluruh negara.

6. CALON TIDAK LAYAK MEMOHON

6.1 Calon yang telah memiliki kelayakan ikhtisas perguruan seperti Ijazah Sarjana Muda dengan Pendidikan, Diploma dengan Pendidikan, Diploma Pendidikan, Diploma Perguruan atau Sijil Perguruan.

6.2 Calon yang masih terikat dengan Kontrak Perkhidmatan Agensi Kerajaan termasuk yang sedang mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah Mod Latihan Perguruan Kursus Dalam Cuti (KDC) atau Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia.

6.3 Calon yang diisytihar bankrap.

6.4 Calon yang dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan atau dalam latihan.

6.5 Calon yang pernah mengikuti program ikhtisas di IPG, KPM tetapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan daripada program.

6.6 Calon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah atau jenayah.

7. BIDANG PENGKHUSUSAN YANG DITAWARKAN
Diploma Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (DPLI-SR) j-QAF Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS)

7.1 Bidang pengajian yang ditawarkan adalah seperti berikut :
(i) Bahasa Arab
(ii) Pendidikan Islam
(iii) Pendidikan Khas j-QAF

8. CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN

8.1 Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat : http://www.moe.gov.my mulai 26 September 2012 (Rabu) jam 9.00 pagi.

8.2 Permohonan dalam talian boleh dibuat dengan menggunakan Nombor Pengenalan Individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional di seluruh negara mulai 26 September 2012 (Rabu) dengan bayaran RM6.00 (Ringgit Malaysia Enam sahaja) melalui saluran kaunter, mesin ATM, Perbankan Internet dan Perbankan Sistem Maklumat Ringkas (SMS Banking). Pembelian nombor PIN melalui saluran mesin ATM, Perbankan Internet dan Perbankan Sistem Maklumat Ringkas (SMS Banking) adalah bagi pemohon yang mempunyai akaun dengan Bank Simpanan Nasional.

8.3 Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : http://www.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.

8.4 Calon dibenarkan mengemukakan SATU permohonan sahaja.

8.5 Calon boleh menggunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran dalam borang e-permohonan. Borang tersebut boleh dikemaskini pada bila-bila masa sahaja dan hendaklah dihantar sebelum tarikh tutup permohonan. Permohonan yang BERJAYA dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan.

8.6 Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

9. TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 3 OKTOBER 2012 (RABU), JAM : 11.59 MALAM

10. Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan permohonan :

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ARAS 3, BLOK E13, PARCEL E
KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
(u.p : Sektor Pengambilan dan Pendaftaran Latihan)
No. Telefon : 03-88841260/1230/1249/1253/1259/1280

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
Cawangan Sabah
d/a Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya
Peti Surat 10491
88805 Kota Kinabalu, Sabah.
No Telefon : 088-236804

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
Cawangan Sarawak
Jalan Kolej
93259 Kuching, Sarawak.
No Telefon : 082-258045

sumebr iklan :  http://www.moe.gov.my

Friday, September 21

Iklan Pengambilan Guru J-QAF 2013


GURUN: Pengambilan seramai 3,384 guru J-QAF (Jawi, Al-Quran, Arab danFardu Ain) untuk mengisi kekosongan di 2,054 sekolah rendah di seluruh negara akan diiklankan selama dua kali mulai Ahad ini.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata calon yang berjaya dalam temuduga akan menjalani latihan dua minggu di Institut Pendidikan Guru dan ditempatkan di sekolah-sekolah mulai 2 Januari depan.

"Ini adalah pendekatan jangka pendek yang diputuskan kerajaan untuk mengatasi kekosongan tersebut. Mulai 2 Januari 2013 semua sekolah rendah termasuk di sekolah kebangsaan Jenis Cina dan Tamil akan ada guru J-QAF.

"....kerana isu ini sering dibangkitkan di Parlimen, pendekatan ini adalah yang terbaik," katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar Keibubapaan (Menangani Isu LGBT) di NAZA Automotif di sini, hari ini.

Pengajaran J-QAF bermula pada 2005 namun kekurangan guru di sekolah rendah turut menyebabkan pengajarannya di sekolah menengah yang dijadual bermula pada pertengahan tahun ini ditangguhkan.

Mohd Puad yang juga pengerusi Jawatankuasa Menangani Masalah Kekurangan Guru-Guru J-QAF berkata keputusan itu seiring dengan kehendak kementerian kerana ia berkaitan pendidikan moral pelajar.

Guru-guru ini akan menjalani mode Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah selama satu setengah tahun bermula dari tarikh mereka mengajar. Ini bermakna sambil mengajar mereka belajar, katanya.
Beliau berkata syarat utama ialah calon memiliki ijazah Pendidikan Islam dan umur tidak melebihi 37 tahun.

Seminar Keibubapaan itu dianjurkan oleh Yayasan Guru Malaysia Berhad bersama Majlis Permuafakatan PIBG Sekolah-Sekolah Putrajaya, dihadiri lebih 1,000 orang pengetua, guru besar dan ibu bapa.

Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Shahlan Ismail yang juga pengerusi Majlis Permuafakatan PIBG Sekolah-Sekolah Putrajaya turut membentangkan kertas kerja bertajuk 'Liberalisasi: Cabaran Masa Kini." - BERNAMA

Tuesday, December 6

Temuduga KPLI JQAF 2011 | 2012

keputusan ambilan calon Kursus Perguruan Lepasan Ijazah Sekolah Rendah (KPLIsr Jqaf) 2012 dah pun keluar. Kepada yang terlibat anda boleh semak keputusanya di http://apps1.moe.gov.my/kpli/tdjan2012/


Tahniah buat anda yang melepasi ujian MTeST dan dipanggil untuk seisi temuduga KPLI-SR j-QAF. Seisi temuduga merupakan saringan terakhir untuk pengambilan calon pelatih guru j-QAF. Ianya satu tahap yang cukup penting dan getir buat calon temuduga.

Persediaan Temuduga KPLI-SR j-QAF


Sebagai calon temuduga KPLI-SR j-QAF, anda seharusnya membuat persediaan yang secukupnya sekiranya anda betul-betul ingin bergelar guru j-QAF. Berikut adalah beberapa tips ringkas untuk persediaan anda menghadiri seisi temuduga KPLI-SR j-QAF :


1-Persediaan awal

2-Buat latihan / simulasi temuduga KPLI-SR j-QAF

3-Meningkatkan aspek kemahiran komunikasi

4-Penyediaan sijil / dokumen berkaitan yang disusun mengikut turutan.

5-Amalkan doa penerang hati dan buat solat hajat.

 
Pelbagai lagi tips persediaan temuduga KPLI-SR j-QAF untuk calon temuduga ambilan Jan 2012. Layari http://www.kplij-qaf.com