Showing posts with label juruteknik. Show all posts
Showing posts with label juruteknik. Show all posts

Wednesday, January 18

Jawatan Kosong Di TNB Januari 2012


1. Juruteknik Tingkatan Biasa (Perhubungan/Telekomunikasi)
  • Warganegara Malaysia
  • Memiliki Sijil dalam bidang Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (Perhubungan/Telekomunikasi)dari Politeknik Tempatan yang diiktiraf 
  • Minimum CGPA 3.00
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV), dengan mendapat kepujian dalam matapelajaran Bahasa Malaysia dan lulus dalam matapelajaran berikut :
    • Bahasa Inggeris
    • Matematik 
  • Tidak rabun warna dan sihat tubuh badan (tidak menghidap sebarang penyakit kronik).
  • Umur tidak melebihi 30 tahun pada tarikh tutup iklan.
  • Berkebolehan menggunakan aplikasi komputer.
  • Boleh bekerja dalam satu pasukan.
  • Sanggup untuk ditempatkan di mana-mana negeri di Semenanjung Malaysia.
  • Keutamaan adalah kepada calon lelaki.
2. Pentadbir Sistem/Juruteknik IT
  • Warganegara Malaysia
  • Memiliki Sijil dalam bidang Information Technology atau Computer Science dari Politeknik Tempatan yang diiktiraf
  • Minimum CGPA 3.00
    Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV), dengan mendapat kepujian dalam matapelajaran Bahasa Malaysia dan lulus dalam matapelajaran berikut :
    • Bahasa Inggeris
    • Matematik 
  • Tidak rabun warna dan sihat tubuh badan (tidak menghidap sebarang penyakit kronik).
  • Umur tidak melebihi 30 tahun pada tarikh tutup iklan.
  • Berkebolehan menggunakan aplikasi komputer.
  • Boleh bekerja dalam satu pasukan.
  • Sanggup untuk ditempatkan di mana-mana negeri di Semenanjung Malaysia.
  • Keutamaan adalah kepada calon lelaki.
Tarikh Tutup: 31 Jan 2012

untuk memohon sila KLIK SINI

Thursday, January 12

Jawatan Kosong Di Sirim Sebagai Juruteknik (landskap)

SIRIM Berhad merupakan sebuah anak syarikat milik penuh kerajaan yang terlibat di dalam pembangunan teknologi dan penyelidikan serta perkhidmatan kualiti. Mencari individu yang bermotivasi tinggi untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

1. JURUTEKNIK (LANDSKAP) GRED 15
(JABATAN PENGURUSAN ASET KUMPULAN)
PENEMPATAN : SHAH ALAM


Tarikh tutup 27 Januari 2012


untuk sila memohon sila KLIK SINI


Thursday, December 15

Jawatan Kosong Juruteknik Di Sirim Disember 2011


SIRIM Berhad merupakan sebuah anak syarikat milik penuh kerajaan yang terlibat di dalam pembangunan teknologi dan penyelidikan serta perkhidmatan kualiti. Kami sedang mencari individu yang bermotivasi tinggi untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

1. JURUTEKNIK / PEMBANTU PEREKA GRED 14

KELAYAKAN:
  • Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM); ATAU
  • Minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan tiga (3) tahun pengalaman kerja dalam bidang berkaitan grafik / pembungkusan / rekabentuk perindustrian / pembuatan mock-up atau model; ATAU
  • Minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan SKM (Tahap 2) dalam bidang berkaitan grafik/ pembungkusan/rekabentuk perindustrian/pembuatan mock-up atau model.
KEPERLUAN:
  • Berpengetahuan dalam bidang lukisan grafik, fotografi, pembangunan pembungkusan, percetakan pembungkusan dan label.
  • Berpengetahuan dalam bidang rekabentuk perindustrian, pembuatan model/prototaip
  • Berkemahiran dalam penggunaan sistem komputer Macintosh (2D CAD) / (3D CAD) seperti lllustrator, Photo Shop, Solidworks, 3d Max dan sebagainya untuk menghasilkan kerja serta mampu menyelenggara alatan yang digunakan.
  • Matang dan berfikiran terbuka untuk menerima teknologi dan maklumat terkini.
  • Mahir dalam menyelesaikan masalah berkaitan tugas
Calon-calon yang berminat bolehlah membuat permohonan dengan melayari laman web www.sirim.my pada atau sebelum 26 Disember 2011.

Sumber iklan jawatan kosong dan untuk memohon sila klik sini

Saturday, November 12

JAWATAN KOSONG SEBAGAI JURUTEKNIK IT DI KTMB


permohonan adalah dipelawa dari Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut :
  1. JURUTEKNIK
Kelayakan
  • Berumur tidak lebih 28 tahun pada tarikh iklan ditutup
  • Memiliki Sijil Teknologi Maklumat dalam bidang rangkaian / elektronik dari Politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; DAN
  • Mendapat kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) di dalam Sijil Pelajaran Malaysia.
Kriteria Pemilihan
  • Boleh berkomunikasi dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris;
  • Mempunyai pengetahuan dalam sistem rangkaian komputer serta peralatannya termasuk ‘wireless network’
  • Mempunyai pengalaman dalam penyelenggaraan sistem CCTV dan peralatannya
  • Mempunyai lesen memandu kelas D yang sah
  • Sedia bertugas di luar markas dan melebihi masa kerja termasuk hari cuti umum.
  • Bermotivasi serta boleh bekerja bersendirian.
cara Memohon

Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis dengan menyatakan pengalaman, butir-butir peribadi beserta dengan salinan sijil-sijil persekolahan, sekeping gambar berukuran pasport dan sampul surat beralamat sendiri (ukuran 4” x 9”) yang bersetem. Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar tidak lewat daripada 25 November 2011 ke alamat seperti berikut:-

Pengurus Besar
Pengurusan Bakat & Pembangunan Organisasi
Ibu Pejabat Koporat KTM Berhad
Jalan Sultan Hishamuddin
50621 K.Lumpur.

maklumat lanjut iklan jawatan kosong sila klik sini

Tuesday, September 27

JAWATAN KOSONG DI TNB SEBAGAI JURUTEKNIK OKTOBER 2011


Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berminat untuk dipertimbangkan bagi mengisi kekosongan jawatan Juruteknik Tingkatan Biasa (Mekanikal/Awam) di Bahagian Penjanaan TNB di seluruh Semenanjung Malaysia.

Cara Memohon

Calon-calon yang berminat adalah dikehendaki membuat permohonan melalui http://emadis.tnb.com.my

Sila maklum bahawa sebarang permohonan tanpa melalui URL di atas tidak akan dilayan.

Hanya pemohon yang telah disenaraipendek sahaja akan dipanggil untuk menghadiri temuduga. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh 2 bulan selepas tarikh tutup iklan, permohonan adalah dianggap tidak memenuhi syarat yang ditetapkan.

Tarikh tutup permohonan 8 Oktober 2011

maklumat lanjut jawatan kosong klik sini

Monday, June 27

JAWATAN KOSONG SEBAGAI JURUTEKNIK KOMPUTER DI ASWARA

IKLAN JAWATAN KOSONG ASWARA JULAI 2011

Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan mempunyai tahap keyakinan serta berintegriti tinggi, bersedia menghadapi cabaran untuk menyertai dunia pendidikan seni budaya dan warisan adalah dialu-alukan untuk mengisi jawatan berikut :-


CARA MEMOHON

Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Perjawatan ASWARA yang boleh diperoleh dengan memuat turun borang tersebut di laman Web ASWARA iaitu www.aswara.edu.my
Permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar ke alamat di bawah sebelum atau pada 30 JUN 2011.
Rektor
Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)
464, Jalan Tun Ismail,
50480 KUALA LUMPUR.
(u.p: Bahagian Teknologi Maklumat)
Tel : 03-2697 1777 / 03-2697 1194 / 5448 / 1163
Sumber iklan dan borang jawatan