Showing posts with label majlis perbandaran kangar. Show all posts
Showing posts with label majlis perbandaran kangar. Show all posts

Tuesday, December 11

Jawatan Kosong Di Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) Disember 2012


PERMOHONAN ADALAH DIPELAWA DARIPADA CALON-CALON WARGANEGARA MALAYSIA (KEUTAMAAN KEPADA WARGA SELANGOR) BERUMUR TIDAK KURANG DARI 18 TAHUN PADA TARIKH TUTUP IKLAN JAWATAN YANG BERKELAYAKAN UNTUK MENGISI KEKOSONGAN JAWATAN BERTARAF KONTRAK SEPERTI BERIKUT DI MAJLIS PERBANDARAN KAJANG

1. JURUTEKNIK AWAM ( J17 )

Borang permohonan boleh didapati secara terus di Kaunter Hasil, Tingkat 1, Majlis Perbandaran Kajang, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan berharga RM 2.00 bagi setiap borang. Pembelian melalui pos hendaklah menggunakan Wang Pos di atas nama Yang Dipertua, Majlis Perbandaran
Kajang berserta sampul surat saiz A4, beralamat sendiri dan bersetem RM 1.00 atau dimuat turun dari laman web www.mpkj.gov.my

Borang permohonan hendaklah ditandatangani dan disertakan dengan Salinan Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Sijil-sijil Persekolahan yang telah disahkan dan gambar berukuran pasport. Semua dokumen hendaklah dikepilkan ( binding ) dengan kemas bagi mengelakkan keciciran / kehilangan
dokumen. Nama jawatan yang dipohon hendaklah dicatat di sebelah kiri atas sampul surat. BORANG PERMOHONAN YANG TIDAK LENGKAP DIISI / TIDAK MEMENUHI SYARAT AKAN DITOLAK. Satu borang adalah untuk satu jawatan sahaja.

Alamat permohonan :
Yang Dipertua,
Majlis Perbandaran Kajang
Menara MPKj
Jalan Cempaka Putih Off Jalan Semenyih
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan.
(u/p: Bahagian Sumber Manusia)

Tarikh tutup permohonan 17 disember 2012

Maklumat lanjut jawatan sila klik sini
Borang permohonan sila klik sini

Tuesday, November 27

Jawatan Kosong Di Majlis Perbandaran Kangar Disember 2012


Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia (keutamaan diberikan kepada rakyat Negeri Perlis) yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan bertaraf tetap di pentadbiran Majlis Perbandaran Kangar seperti berikut:

1. Pegawai Kesihatan Persekitaran
2. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
3. Penolong Jurutera Elektrik
4. Juruteknik Elektrik
5. Juruteknik Awam
6. Juruteknik Senibina
7. Tukang K3

Pemohon hendaklah memohon jawatan yang diiklankan secara dalam talian (Online) melalui laman web rasmi Majlis Perbandaran Kangar dengan melayari http://www.mpkangar.gov.my.

Tarikh tutup permohonan jawatan kosong bagi jawatan tersebut di atas ialah pada 10 DISEMBER 2012 (Isnin), jam 5.00 petang.

Untuk memohon sila klik sini
maklumat lanjut sila klik sini