Showing posts with label peluang pekerjaan. Show all posts
Showing posts with label peluang pekerjaan. Show all posts

Friday, November 16

Syarikat Peruncitan Tawar 8,000 peluang pekerjaan


Persatuan Rangkaian Runcit Malaysia (MRCA) yang mewakili lebih 200 syarikat peruncitan terkemuka tempatan dan luar negara menawarkan lebih 8,000 peluang pekerjaan khususnya untuk golongan muda serta graduan.

Pekerjaan yang menawarkan gaji dan elaun menarik daripada jawatan jurujual sehingga peringkat pengurusan itu bagi mengisi kekosongan jawatan di lebih 10,000 rangkaian runcit ahlinya di seluruh negara.

Presidennya, Datuk Nelson Kwok, berkata MRCA dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersedia memberi latihan industri bagi mewujudkan kumpulan profesional dalam dua bidang berkenaan yang pada masa ini amat diperlukan di pasaran.


sumber : berita harian