
Jadi, apa sebenarnya pemasaran Internet ni?
Pemasaran Internet merupakan satu aktiviti pemasaran produk atau perkhidmatan yang dilakukan secara atas talian atau online. Ia juga merupakan satu cara pemasaran yang berkesan.
Disebabkan pengguna Internet yang semakin ramai dan ramai dalam kalangan masyarakat kita meluangkan masa seharian mereka di Internet, ini merupakan satu peluang keemasan bagi kita untuk memasarkan produk/perkhidmatan secara online.
Tapi, bagaimana sekiranya anda tidak mempunyai produk atau perkhidmatan untuk dipasarkan di Internet? tak usah risau. Sebab anda masih lagi berpeluang untuk menceburi Internet marketing iaitu dengan mempromosikan produk orang lain. Anda tidak perlu mempunyai produk tapi masih lagi boleh menjana pendapatan di Internet. Inilah yang dinamakan sebagai Pemasaran Affiliate.
Sama ada anda ingin memasarkan produk sendiri atau produk orang lain, anda mesti terlebih dahulu mempelajari teknik bagaimana melakukan pemasaran Internet. Ini penting bagi memastikan anda tidak membuang masa, tenaga dan wang dengan cara pemasaran tidak berkesan.
Jadi, saya mencadangkan agar muat turun percuma ebook bertajuk “Rahsia Pemasaran Online” di sini: ==> http://www.rahsiapemasaranonline.com
Ikhlas,
Zairi Zaidi
rahsia pemasaran online