Showing posts with label pemilihan awal perajurit muda. Show all posts
Showing posts with label pemilihan awal perajurit muda. Show all posts

Monday, April 1

Jadual Pemilihan Awal Perajurit Muda Lelaki / Wanita Tentera Darat 2013

Pemilihan Awal Perajurit Muda Tentera Darat DiRaja Malaysia

MAKLUMAN:

Keputusan telah dibuat bagi PEMILIHAN AKHIR PERAJURIT MUDA TENTERA DARAT.

Sila hubungi untuk semakan di talian 03-20714254 / 3807 / 4523 / 4258 - Sel Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat, Markas Tentera Darat 2, Cawangan Sumber Manusia. Kementerian Pertahanan, Jalan Padang Tembak, W.P. Kuala Lumpur.

Atau anda juga boleh melayari laman web http://army.mod.gov.my/


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tentera Darat Malaysia mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan memenuhi syarat untuk menghadiri sesi Pemilihan Awal Perajurit Muda Lelaki/Wanita TD (sebanyak 2000 jawatan Perajurit Muda Lelaki dan 200 jawatan Perajurit Muda Wanita ditawarkan). Mereka yang berjaya akan dipanggil untuk menghadiri sesi Pemilihan Akhir dan seterusnya akan menjalani Latihan Asas Ketenteraan selama 6 bulan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), Port Dickson, Negeri Sembilan. Syarat-syarat Lantikan adalah seperti berikut:

KELAYAKAN AKADEMIK

* Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan mendapat KEPUJIAN dalam Bahasa Melayu, Matematik, salah satu subjek Sains dan LULUS dalam Bahasa Inggeris.

* Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) TAHAP 2 dalam bidang ketukangan yang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan KEPUJIAN dalam Bahasa Melayu pada peringkat SPM.

* Diploma Pembantu Perubatan, Kejururawatan – sila sertakan bersama Sijil Pengakuan Pengamalan Jururawat Tahunan (APC) oleh Lembaga Jururawat Malaysia), Farmasi, Kesihatan Persekitaran, Juruteknologi Pergigian, Jururawat Pergigian, Teknologi Makmal Perubatan, Pemulihan Carakerja, Fisioterapi, Radiografi/Radioterapi, dan Sains Veterinar) dan KEPUJIAN dalam Bahasa Melayu pada peringkat SPM.

* Diploma dalam bidang Kejuruteraan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan KEPUJIAN dalam Bahasa Melayu pada peringkat SPM.

PUSAT-PUSAT PEMILIHAN Sila hadir dengan berpakaian kemas di Pusat-Pusat Pemilihan yang tercatat di bawah : Masa Pendaftaran: 0800 pagi hingga 0900 pagi

Tarikh temuduga 6- 23 April 2013
 
Jadual pemilihan, lokasi dan syarat kelayakan klik sini

Tuesday, January 15

Pengambilan Perajurit Muda TUDM 2013 (Sabah & Sarawak)

Pengambilan Parajurit Muda TUDM September 2012 

PENGAMBILAN TERKINI PERAJURIT SIRI 49/13 (15 - 21 Januari 2013) (SABAH & SARAWAK)

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) amat mengalu-alukan semangat dan minat anda bagi memasuki alam ketenteraan demi mempertahankan negara, bangsa dan agama. Kepada anda yang berminat untuk berkhidmat di dalam TUDM sebagai anggota Lain-lain Pangkat (LLP) TUDM, berikut adalah syarat dan kriteria yang diperlukan:


Syarat dan kelayakan sila klik sini

Untuk Sebarang Maklumat (Lokasi dan Tarikh Pemilihan) Sila Hubungi Bahagian Atau Sel Berikut:

MARKAS TENTERA UDARA BAHAGIAN SUMBER MANUSIA SEL KERJAYA DAN PENGAMBILAN

TEL: 03 – 26812412 / 2413 / 2414

Senarai Jawatan Kosong Januari 2013

Saturday, December 29

Pengambilan Perajuri Muda TLDM Januari 2013


Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mempelawa belia tanahair untuk berkhidmat sebagai anggota TLDM peringkat rendah (Lain-Lain Pangkat) lelaki di dalam pelbagai bidang kepakaran dan cawangan.

Sila hadir di pusat pemilihan yang tercatat seperti di Jadual Pemilihan. Waktu pendaftaran dibuka mulai pada jam 0830 pagi hingga 1000 pagi, permohonan tidak akan diterima selepas tamat waktu pendaftaran. Pemohon dikehendaki berpakaian sukan, baju ‘T’ berkolar, seluar panjang sukan, berkasut sukan dan berstokin

Sebarang perubahan tertakluk kepada keadaan semasa.Sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Markas Tentera Laut
Cawangan Pengurusan Perkhidmatan Sumber Manusia – Bantuan
Kementerian Pertahanan
Jalan Padang Tembak,
50634 KUALA LUMPUR
(Untuk Perhatian: Sel Pengambilan LLP)
Telefon: 03 – 2071 3177 / 03 – 2071 6925

Maklumat lanjut dan jadual pemilihan sila klik sini