mengalu-alukan calon yang berperibadi muslim/muslimah, berdedikasi dan komited untuk menjadi sebahagian dari warga Pusat Pendidikan Al Amin
Jawatan : Pegawai Tadbir & Sumber Manusia
Syarat Kelayakan:
- Diploma Sumber Manusia atau lain-lain yang berkaitan (Ijazah dikira 'overqualified).
- Pengalaman minimum 2 tahun akan diberi keutamaan.
- Kemahiran berkomunikasi yang baik, mempunyai disiplin yang tinggi dan berakhlak luhur.
- Tidak merokok dan berperibadi muslim.
- Warganegara Malaysia
- Mempunyai kenderaan sendiri dan lesen memandu/menunggang yang sah.
- Memperolehi kredit dalam Bahasa Melayu diperingkat SPM/SPMV.
Borang permohonan yang diisi awal akan terus diproses untuk temuduga (jika berjaya disenarai pendek) dan diambil bekerja jika berjaya.
Borang permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses
Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk temuduga. Sekiranya tuan/puan tidak dihubungi selewat-lewatnya sebulan selepas tarikh tutup permohonan, sila anggap permohonan anda tidak berjaya.
Jika berminat sila isi borang secara on line dengan klik di SINI.
Antara fasiliti yang PPAAB tawarkan adalah KWSP,SOCSO,Ganjaran Persaraan, Subsidi Haji/Umrah, Elaun Perubatan, Sumbangan Hospitalisasi, Bonus Tahunan, Kenaikan Gaji Tahunan, Kemudahan Pinjaman Kakitangan Tanpa Faedah, Subsidi Sarapan/Makan Tengahari/Minum Petang dan lain-lain tertakluk kepada 'Skim Perkhidmatan PPAA'.
Sumber iklan jawatan kosong http://www.al-amin.edu.my
