Showing posts with label yayasan melaka. Show all posts
Showing posts with label yayasan melaka. Show all posts

Monday, July 9

Jawatan Kosong Di Yayasan Melaka


Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia (keutamaan diberi kepada anak Negeri Melaka) untuk mengisi kekosongan jawatan di Yayasan Melaka.

1. PENOLONG AKAUNTAN GRED W27
2. PEMBANTU UNDANG-UNDANG GRED L29
3. PENOLONG PERANCANG BANDAR GRED J 29
4. PENOLONG ARKITEK GRED J29

Pemohon hendaklah menggunakan borang permohonan yang boleh didapati di Aras 13, Pejabat Yayasan Melaka dengan percuma atau melayari laman sesawang Yayasan Melaka di alamat www.yayasanmelaka.gov.my. Semua permohonan hendaklah lengkap dengan salinan kad pengenalan, salinan diploma daripada mana-mana institut pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Kerajaan, sijil-sjil persekolahan dan lain-lain sijil berkaitan yang telah disahkan. Borang yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan. Borang yang telah lengkap hendaklah dihantar sebelum atau pada 16 Julai, 2012 dan dialamatkan kepada:-

Pengurus Besar
Yayasan Melaka
Aras 13-14, Bangunan Yayasan Melaka,
Jalan MITC, Hang Tuah Jaya,
75450 Ayer Keroh, Melaka.
(UP: Bahagian Sumber Manusia)

Maklumat lanjut jawatan sila klik sini
Borang permohonan sila klik sini

Tuesday, June 19

Jawatan Kosong Di Yayasan Melaka

Warganegara Malaysia (keutamaan anak Negeri Melaka) yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan adalah dipelawa untuk memohon jawatan di Yayasan Melaka.

1. Artis Budaya Gred B17 (Perempuan)
2. Penyanyi (Lelaki) Gred B17
3. Penyanyi (Perempuan) Gred B17
4. Ahli Muzik Gred B17

CARA MEMOHON:

Pemohon hendaklah melengkapkan borang permohonan yang boleh didapati di Pejabat Yayasan Melaka @ di laman sesawang Yayasan Melaka.

Setiap permohonan hendaklah lengkap dengan disertakan dokumen yang diperakui sah sebagai
salinan sebenar seperti berikut :-
(a) Sijil Kelahiran & Kad Pengenalan;
(b) Kelulusan Pelajaran;
(c) Kad Pengenalan Ibubapa jika sekiranya pemohon lahir di luar Negeri Melaka;
(d) Sijil Kerakyatan Negeri Melaka jika pemohon dan bapanya di luar Negeri Melaka;
(e) Lain-lain sijil dan dokumen yang berkaitan jika ada.
Permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah ditulis nama jawatan yang dipohon disudut atas
sebelah kiri sampul surat dan dialamatkan kepada :-

PENGURUS BESAR
YAYASAN MELAKA
ARAS 13-14, BANGUNAN YAYASAN MELAKA,
JALAN MITC, HANG TUAH JAYA,
75450 AYER KEROH, MELAKA
(U.P.: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 25 JUN, 2012

iklan jawatan kosong klik sini
borang jawatan kosong sila klik sini

Tuesday, November 15

JAWATAN KOSONG YAYASAN MELAKA

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia (keutamaan diberi kepada anak Negeri Melaka) untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan di Putri Holidays Sdn Bhd.

JAWATAN :
1. PENGURUS PELANCONGAN (1 KEKOSONGAN)
2. EKSEKUTIF PELANCONGAN (1 KEKOSONGAN)
3. KERANI (3 KEKOSONGAN)

SYARAT AM :
(a) warganegara Malaysia
(b) berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
(c) kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
(d) berkebolehan menggunakan komputer

Pemohon hendaklah menggunakan borang permohonan yang boleh didapati di Aras 13, Pejabat Yayasan Melaka dengan percuma atau melayari laman sesawang Yayasan Melaka di alamat www.yayasanmelaka.gov.my . Semua permohonan hendaklah lengkap dengan salinan kad pengenalan, salinan ijazah, diploma daripada mana-mana institut pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Kerajaan, sijil-sjil persekolahan dan lain-lain sijil berkaitan yang telah disahkan. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan. Permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar sebelum atau pada 23 November, 2011 dan dialamatkan kepada:-

Pengerusi
Melaka Air Sdn Bhd
d.a Yayasan Melaka
Aras 13-14, Bangunan Yayasan Melaka,
Jalan MITC, Hang Tuah Jaya,
75450 Ayer Keroh, Melaka.
(UP: Bahagian Sumber Manusia)

maklumat lanjut iklan jawatan dan borang permohonan jawatan kosong sila klik sini