Showing posts with label tips kerjaya. Show all posts
Showing posts with label tips kerjaya. Show all posts

Monday, October 24

7 tips untuk jadi pekerja cemerlang


Tip Pekerja Cemerlang.
Jika anda ingin menjadi pekerja cemerlang, jadikanlah 7 tip asas ini sebagai amalan harian.

1. Muhasabah niat bekerja.
Aspek dalaman iaitu hati dan niat diperhalusi. Untuk menjadi pekerja cemerlang, niat hati kita mestilah ikhlas dan bersih. Buat muhasabah diri, kaji untuk apa kita setiap hari ke tempat kerja, adakah semata-mata hanya kerana tanpa menghiraukan kecemerlangan dalam kerjaya atau minat pada bidang kerja tu? atau keduanya sekali?Jika ingin cemerlang kita mestilah rajin dan bersungguh dalam pekerjaan kita dan bersemangat bukan bekerja main lepas tangan aje.

2. Lakukan Lebih Dari Apa Yang Perlu.

Dengan inisiatif sendiri, lakukan lebih dari apa yang perlu kita lakukan dalam bidang kerja kita. Misalnya, jika kawan sekerja masuk kerja jam 9 pagi hingga 5 petang, Kita pula masuk jam 8.30 pagi hingga 7 petang, tanpa mengharap elaun lebih masa. Timbulkan rasa seronok bekerja, sehingga tidak sedar masa berlalu.

3. Komited.

Untuk menjadi pekerja cemerlang, kita perlu komited sepenuhnya, rajin dan belajar kemahiran-kemahiran lebih dari bidang tugas yang diperlukan. Jadi proaktif dengan rajin membantu kawan-kawan lain tanpa mengharapkan sedikit pun balasan. Tapi, rajin biar kena tempatnya, nanti kita akan dipergunakan.

4. Bijak Menyelit.
Setiap tempat kerja pasti akan wujud sedikit 'politik'. Skill komunikasi interpersonal amat penting di sini. Kita perlu bijak menyesuaikan. Pekerja yang cemerlang adalah seseorang yang tahu di mana ruang yang dia boleh menyelit tanpa perlu menjadi mangsa pada politik tempat kerja.

5. Belajar Tanpa Henti.
Pekerja yang cemerlang sentiasa memajukan dirinya dan prestasi kerjanya. Selain itu, dia akan sentiasa menambah ILMU, sama ada teori, praktikal ataupun penaakulan. Dia tahu apa yang perlu dipelajari dan tahu kemahiran apa yang perlu dikuasai. Dia menumpukan usaha pada benda yang benar-benar mendatangkan hasil, bukannya nak kuasai semua ilmu dan kemahiran dalam masa singkat.

6. Hormat Semua Orang.
Hormat-menghormati merupakan satu elemen penting menjadi pekerja cemerlang. Baik mereka itu pekerja gred rendah sehinggalah pegawai atasan. Paling penting jangan sekali-kali mencari kekurangan atau kesilapan orang lain, kerana tak semua orang boleh menerimanya. Jadilah kita insan ayng sentiasa disenangi dan sentiasa ikhlas dengan semua pihak. Pekerja yang cemerlang diukur dari segi perbuatan dan pencapaiannya, bukan percakapan. Jadi banyakan bekerja dan kurang bercakap.

7. Penampilan Kemas, Segak dan Teratur.

Pekerja yang cemerlang sentiasa mempamerkan kekemasan diri pada pakaian, gaya ketika bekerja, gaya jalan, gaya ketika makan, gaya berbual dan kekemasan di ruang tempat kerjanya. Anda boleh menilai attitude kerja seseorang hanya dengan melihat meja kerjanya saja.

Akhir kata, beri komitmen pada kerja Anda sebaik mungkin dan jangan terlalu mengharap balasan dalam bentuk kerja lebih masa atau pujian semata. Ini resipi utama seorang pekerja cemerlang. Lebih banyak anda memberi, lebih banyak juga anda akan menerima. Tumpukan pada 7 tip ini dan kecemerlangan dalam kerjaya akan datang.

artikal asal : - http://ipptar.kpkk.gov.my

Wednesday, March 23

Iklan Pengambilan Peserta Kursus Dan Pengendali Program Latihan Luar Institut, Bahagian Kemahiran Dan Teknikal MARA Tahun 2011

MARA sebagai salah sebuah agensi yang bertanggungjawab mengangkat martabat bumiputera di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW) dengan ini mengalu-alukan permohonan daripada syarikat-syarikat pengendali kursus yang berdaftar dan berkelayakan untuk mengendalikan kursus-kursus luar institut di bil. 1.1 hingga 1.15 sahaja seperti berikut:-


Tarikh tutup permohonan ialah pada 28 Mac 2011
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI



SENARAI JAWATAN KOSONG 2011 TERKINI

Thursday, March 17

JAWATAN KOSONG DI ISKANDAR MALAYSIA

1 Assistant, Chef Spm/Spmv/Mce/O-Level 19/03/2011
2 Chefs Spm/Spmv/Mce/O-Level 19/03/2011
3 Chefs Spm/Spmv/Mce/O-Level 18/03/2011
4 Tea Lady Spm/Spmv/Mce/O-Level 18/03/2011
5 General Worker Primary Education 10/04/2011
6 Cleaner Pmr/Lce/Srp 18/03/2011
7 Cashier Spm/Spmv/Mce/O-Level 18/03/2011
8 Waiter Spm/Spmv/Mce/O-Level 18/03/2011
9 Chefs Pmr/Lce/Srp 09/04/2011
10 Leader, Line Spm/Spmv/Mce/O-Level 02/04/2011


MORE JOB VACANCY AT INSKANDAR MALAYSIA >>

Tuesday, March 8

RAHSIA LULUS TEMUDUGA KERJA KERAJAAN EDISI KE-4 KINI DILANCAR

Setelah lebih setahun iaitu selepas version 3, RLTKKv4 kini dilancar. Dengan pelancaran ke 4 ini yang meneruskan kesinambungan RLTKKv1, RLTKKv2, RLTKKv3 dan kini RLTKKv4! Sejak ebook ini diterbitkan pada Feb 2009, sambutan yang diterima amat menggalakkan.

RLTKKv4 -  berwajah baru, content baru (updated), lebih bermanfaat

Ramai telah mendapatkannya dan mengatakan ianya sangat bermanfaat! Dijamin membantu sesiapapun untuk menghadiritemuduga kerja kerajaan.

Bagi yang masih belum mendapatkannya, boleh dapatkannya di www.kerja-kerajaan.com

Djamin PUAS HATI:_)

SENARAI JAWATAN KOSONG 2011 TERKINI

Monday, March 7

TAWARAN MENGIKUTI KURSUS SIJIL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (TABIKA/TASKA) KEMAS TAHUN 2011/2012

Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon tawaran mengikuti Kursus Sijil
Pendidikan Awal Kanak-kanak (TABIKA/TASKA) KEMAS Tahun 2011/2012.

1. SYARAT DAN KELAYAKAN:
1.1 Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
1.2 Pemohon mestilah memiliki kelayakan akademik seperti berikut :-
(a) Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau yang diiktiraf setaraf dengannya (keutamaan kepada calon yang memiliki Diploma dalam bidang
Pendidikan Awal Kanak-kanak); dan
(b) Kepujian Bahasa Melayu dan lulus Ujian Lisan pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
2. MAKLUMAT ASAS KURSUS
2.1 Tarikh mula kursus : Julai 2011 atau tertakluk kepada perubahan
2.2 Tempat : Institut / Pusat Latihan KEMAS
2.3 Tempoh : Satu (1) hingga dua (2) bulan atau tertakluk kepada perubahan yang ditetapkan
oleh Jabatan
3. TARIKH PELANTIKAN
3.1 Calon yang lulus kursus ini sahaja layak dipertimbangkan untuk dilantik sebagai Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat (Pemaju Masyarakat TABIKA/TASKA) Gred S27 kontrak.
3.2 Tarikh pelantikan ke jawatan ini dijangka berkuat kuasa mulai tahun 2011.
4. PANDUAN MENGISI BORANG PERMOHONAN
4.1 Pemohon dikehendaki menggunakan Borang KEMAS 1 Pin. 2005.
4.2 Isikan semua maklumat dengan jelas, tepat dan lengkap mengikut butiran yang dikehendaki seperti dalam borang berkenaan
4.3 Borang ini juga boleh didapati di:
(a) Laman web www.kemas.gov.my; atau
(b) Ibu Pejabat KEMAS, Pejabat KEMAS Negeri atau Daerah/Parlimen.
5. PANDUAN MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN:
5.1 Borang permohonan KEMAS 1 Pin. 2005 yang lengkap diisi berserta dengan salinan Kad Pengenalan, sekeping gambar berukuran pasport, salinan Diploma atau lain-lain bidang yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan, salinan sijil-sijil persekolahan, salinan Sijil Lahir, salinan Sijil Berhenti Sekolah dan salinan Sijil Kegiatan Luar yang telah disahkan hendaklah dihantar ke Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri yang dipohon seperti alamat di para 4.3 (b) sebelum tarikh tutup permohonan.
5.2 Sila catatkan nama kursus yang dipohon di sebelah kiri sampul surat permohonan sama ada Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak (TABIKA) atau Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak (TASKA).
5.3 Sebarang kelewatan permohonan tidak akan dipertimbangkan.
5.4 Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dilayan.
6. TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 21 Mac 2011

7. TEMUDUGA DAN KEPUTUSAN:
7.1 Hanya calon yang layak sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga.
7.2 Hanya calon-calon yang berjaya dalam Kursus Asas Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak akan
dipertimbangkan untuk berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat
(Pemaju Masyarakat TABIKA/TASKA) Gred S27 secara kontrak di KEMAS.
7.3 Calon-calon yang tidak dihubungi selepas satu (1) tahun daripada tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya.




SENARAI JAWATAN KOSONG 2011 TERKINI

Sunday, March 6

Adakah anda tahu hak-hak anda sebagai pekerja ?

Pernahkah anda tahu mengenai hak-hak anda sebagai pekerja ? Banyak persoalan-persoalan yang sering dibangkitkan oleh pekerja terhadap majikan, persoalan-persoalan ini sering menjadi perbalahan sehingga ada yang terpaksa dibawa kemahkamah. Dibawah ini adalah antara soalan-soalan yang seringkali dibangkitkan oleh pekerja :

  • Berapakah kadar bayaran sebenar untuk kerja lebih masa ?
  • Apakah ada had kepada bilangan jam seseorang pekerja untuk dibenarkan bekerja lebih masa dalam satu bulan ?
  • Apakah wajib bagi kontrak perkhidmatan untuk menyatakan tempoh gaji ?
  • Berapakah tempoh gaji yang sepatutnya ?
  • Bilakah gaji harus dibayar kepada pekerja-pekerja ?
  • Apakah potongan-potongan yang telah ditetapkan oleh undang-undang ?
  • Berapakah jumlah potongan gaji yang dibenarkan oleh undang-undang ?
  • Bilakah gaji perlu dibayar kepada pekerja jika berlaku penamatan kontrak perkhidmatan ?
  • Apakah jenis pekerjaan yang dilarang wanita daripada melakukannya sejajar dengan Akta ?
  • Berapakah cuti rehat untuk seorang pekerja di bawah Akta ini ?
  • Adakah tidak menjadi kesalahan dari segi undang-undang keatas majikan untuk meminta pekerjanya datang bekerja pada hari rehat ?
  • Bagaimanakah kadar bayaran kepada pekerja yang diminta untuk bekerja pada cuti rehat ?
  • Berapakah kelayakan cuti am bergaji pekerja dalam setahun?
  • Bagaimanakah kadar bayaran kepada pekerja yang diminta bekerja pada hari cuti tersebut?
  • Berapa harikah kelayakan cuti tahunan bagi seseorang pekerja ?
  • Berapakah kelayakan cuti sakit seseorang pekerja dalam setahun ?
  • Apakah keadaan yang menyebabkan pekerja tidak layak mendapat cuti sakit bergaji ?
  • Apakah keadaan yang boleh menyebabkan pekerja tersebut melanggar Kontrak Perkhidmatan ?
  • Di dalam keadaan apakah pula majikan dianggap melanggar Kontrak Perkhidmatan ?
  • Bolehkah seorang majikan itu menamatkan kerja seorang pekerja tempatan, dan kemudiannya mengambil seorang pekerja migrant bekerja ?
  • Bolehkah seorang majikan memberikan layanan berbeza kepada pekerja tempatan dan pekerja asing ?
ketahui hak-anda sebagai pekerja jangan biarkan ditindas sewenang-wenangnya . sila layari http://www.hakpekerja.com untuk mendapatkan info tentang hak anda sebagai seorang pekerja



SENARAI JAWATAN KOSONG 2011 TERKINI

Wednesday, March 2

13 TIPS UNTUK TINGKATKAN DAYA INGATAN

4:22 AM
Anda merasakan anda sudah tua kerana sikap anda yang pelupa? Anda asyik lupa di mana kali terakhir anda
meletakkan sesuatu? Orang di sekeliling selalu marahkan anda kerana lupa tarikh penting, lupa letak barang, lupa makan ubat, lupa fakta, lupa tutup kipas, lupa arah jalan, lupa nama orang dan macam-macam lagi. Sebenarnya, kita dapat meningkat daya ingatan atau mengurangkan risiko menjadi pelupa dengan mengamalkan tips-tips di bawah secara berterusan. Lebih baik jika kita mempraktikkan ketika usia masih muda supaya kelak di hari tua kita tidak menjadi terlalu  pelupa. Antaranya ialah:

Amalkan Tidur Yang Cukup
1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. Namun ada  orang yang suka tidur lewat atau mengabaikan tidur yang  cukup. Badan memerlukan rehat. Keletihan hanya akan  mengganggu maklumat / data yang telah disimpan oleh  otak dan juga menjejaskan kemampuan untuk mempelajari  sesuatu yang baru. Oleh itu, amalkan tidur yang cukup di  malam hari kerana ia dapat membantu daya ingatan kita berfungsi.
Mengawal Tekanan
Tekanan hanya akan membuat jiwa anda tidak
tenteram dan menyebabkan kesihatan anda terganggu.  Anda juga lebih cenderung untuk menjadi seseorang  yang tidak peka dengan keadaan persekitaran. Anda tidak dapat berfi kir dengan jelas dan daya ingatan anda juga terjejas. Oleh itu, kawal tekanan anda dengan baik seperti bermeditasi, membaca Al-Quran, yoga, sauna, aromaterapi dan sebagainya.
Berhati-hati Dengan Pengambilan Vitamin atau Makanan Tambahan
Vitamin atau Makanan Tambahan Sesetengah produk yang dijual di kaunter atau farmasi tidak sesuai dengan kita. Ada yang kononnya dapat meningkatkan daya ingatan. Tetapi sebaliknya ada yang memberi kesan sampingan. Oleh itu, lebih baik jika kita mendapatkan vitamin yang diperlukan oleh tubuh badan kita dengan pemakanan yang seimbang atau rujuk dahulu doktor yang bertauliah sebelum membeli makanan tambahan.
Bersenam
Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan peredaran darah ke otak. Oleh itu, daya ingatan kita juga akan menjadi lebih baik. Amalkan senaman walaupun sekadar berjalan kaki.
Elakkan Kemurungan
Kemurungan dalam hidup akan menyebabkan hidup anda tidak ceria. Anda sentiasa berada dalam keadaan tidak segar dan rasa kecewa. Lama kelamaan ia turut menjejaskan daya ingatan anda dan membuat anda tidak hirau dengan persekitaran anda. Ubatilah kemurungan sebelum menjadi serius dengan berjumpa psikiatri atau beramal-ibadah mendekatkan diri kepada Tuhan.
Awasi Pengambilan Ubat
Daya ingatan mungkin menjadi lemah dengan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti pil hormon, ubat darah tinggi, anti-kemurungan dan sebagainya. Jika anda menghadapi masalah daya ingatan disebabkan pengambilan ubat, konsultasi dengan doktor. Jangan mengambil ubat tanpa arahan doktor.
Belajar Sesuatu yang Baru
Cubalah aktifkan pemikiran anda dengan mempelajari sesuatu yang baru misalnya Bahasa Jepun, kursus kemahiran jangka pendek, menjahit, atau menghadiri ceramah dan motivasi.
Permainan
Bermain sesuatu permainan seperti board games dapat merangsang minda. Contohnya, catur, scrabble (Sahibba) dan Monopoli. Selain itu, teknologi sekarang lebih baik seperti permainan komputer dan Playstation. Pilihlah jenis permainan yang mencabar minda.
Fokus
Daya ingatan dapat dilancarkan sekiranya anda sering fokus dalam sesuatu, contohnya matlamat hidup. Anda juga dapat belajar fokus dengan menumpukan fi kiran anda pada sesuatu perkara dan mencatatkan apa yang anda fi kirkan.
Banyak Membaca
Jadikan amalan membaca sebagai kegiatan harian. Membaca dapat meluaskan pengetahuan, mengembangkan minda dan menajam daya ingatan. Cuba ingat sedikit-sebanyak fakta yang terkandung di dalam bahan bacaan.
Bermain Dengan Angka
Asahkan minda anda dengan cuba bermain dengan angka seperti mengingati nombor telefon rakan-rakan. Selain itu, anda boleh menghubungkaitkan angka-angka tersebut dengan sesuatu bagi meningkatkan daya ingatan.
Katakan Berulang Kali
Untuk meningkat ingatan anda tentang sesuatu maklumat atau tarikh, katakan dengan kuat dan berulang kali sehingga anda benar-benar ingat akan maklumat tersebut.
Membaca Al-Quran
Sekiranya anda seorang Muslim, amalkan membaca Al-Quran walau sehelai muka surat setiap hari. Membaca Al-Quran dapat menerang jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik.


SENARAI JAWATAN KOSONG 2011 TERKINI

DANA PENGGERAK INDUSTRI BUKU NEGARA (PIBN)


Dana Penggerak Industri Buku Negara (PIBN) ialah dana yang disediakan untuk penerbit bumiputera yang menjalankan kegiatan penerbitan buku. Dana ini telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan Malaysia bertujuan untuk meningkatkan jumlah penerbitan buku negara melalui penglibatan kalangan penerbit buku kecil dan sederhana. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan ini mempelawa semua penerbit Bumiputera yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah kod bidang 010100 (bahan bacaan) dan dengan Bahagian Kewangan dan Bekalan DBP untuk memohon bagi mendapatkan kemudahan dana ini.

KATEGORI BUKU YANG DITAWARKAN

Dana ini disediakan bagi penerbit yang berkemampuan untuk menerbitkan buku dalam kategori yang berikut:
  • Buku ilmiah
  • Biografi, autobiografi dan memoir
  • Buku umum bukan fiksyen
  • Buku pengetahuan remaja
  • Buku pengetahuan kanak-kanak

KELAYAKAN PEMOHON

Penerbit yang layak memohon dana ini ialah penerbit yang dikategorikan sebagai penerbit lengkap, dengan kemudahan editorial, pracetak dan percetakan; penerbit separa lengkap, dengan kemudahan editorial dan pracetak dan penerbit kecil, dengan kemudahan editorial/DTP (Desktop Publishing).

CARA MEMOHON

Borang permohonan boleh didapati dengan muat turun di sini

atau dengan menghubungi:
Urus Setia, Dana Penggerak Industri Buku Negara,
Bahagian Pembangunan Penerbitan,
Tingkat 8, Dewan Bahasa dan Pustaka,
Peti Surat 10803,
50926 Kuala Lumpur.
Sila muat turun
a. Tataurusan Dana PIBN
b. Borang Pendaftaran Penerbit
c. Panduan Penyediaan Kertas Cadangan Judul
d. Borang Laporan Cadangan Judul

SENARAI JAWATAN KOSONG 2011 TERKINI

Saturday, February 26

20 SEBAB KENAPA LEPASAN SPM GAGAL MEMILIH KERJAYA

Hari ini saya ingin berkongsikan dengan anda semua mengenai satu topik yang membuatkan adik-adik kita Lepasan SPM 2010 khususnya tertanya-tanya. Kenapa begitu ramai pelajar cemerlang GAGAL untuk mengikuti sebarang kursus kerjaya selepas SPM?

1) Ramai pelajar yang akur dan patuh dengan kehendak ibu bapa.
2) Ramai pelajar salah pilih kursus yang tepat dan bersesuaian.
3) Ramai pelajar yang tiada minat yang mendalam tentang sesuatu kursus.
4) Ramai pelajar yang kurang pendedahan tentang kerjaya selepas SPM.
5) Ramai pelajar gagal temuduga kerana tiada persiapan awal.
6) Ramai pelajar belum pernah menghadiri bengkel atau tiada pengalaman dalam ceramah kerjaya selepas SPM.
7) Ramai pelajar tidak faham tentang pernyataan hasrat kerjaya selepas SPM.
8) Ramai Pelajar dan guru serta ibu bapa tidak faham tentang meritokrasi.
9) Banyak pihak pandang sambil lewa sewaktu memilih kursus.
10) Kurang pendedahan tentang syarat kemasukan Universiti.
11) Ramai pelajar bincang sesama mereka yang tidak tahu apa-apa.
12) Guru-guru kerjaya masih tidak faham dan tidak cekap dalam menjelaskan aspek kerjaya selepas SPM.
13) Ramai pelajar yang berpandukan syarat minima dalam pemilihan.
14) Ramai pelajar yang pilih kursus tidak mengikut apa yang mereka minati.
15) Semua perlu ingat!! Kalau gagal dapat tempat kerjaya atau kursus.Rugi 1 tahun.
16) Ramai pelajar yang degil!! Tidak mahu mendengar pandangan orang lain.
17) Ramai pelajar pilih “U” yang ternama dan hebat sahaja.
18) Ramai pelajar tidak mahu pilih universiti yang jauh-jauh.
19) Ramai pelajar yang dibimbing oleh kakak dan abang yang tidak tahu.
20) Ramai pelajar lebih rendah ikut jejak pelajar lebih tinggi.

Itu adalah antara beberapa penyebab kegagalan anda dalam mengikuti sebarang kursus kerjaya selepas SPM. Insyallah jika perkara di atas dielak dan sentiasa bermuhasabah diri, anda terutamanya pelajar lepasan SPM akan berjaya!

Ingin mendapatkan Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM yang terkini?
Dapatkan rujukannya di www.LepasanSPM.com

SENARAI JAWATAN KOSONG 2011 TERKINI

Friday, February 25

MASIH BELUM DAPAT KERJA ? RESUME MUNGKIN PUNCANYA

Rakan saya Syed Faiz telah pun mengeluarkan satu ebook panduan yang bakal membantu anda jika anda masih lagi belum mendapat kerja walaupun dah banyak menghantar permohonan pekerjaan numun sehingga kini masih belum menerima sebarang panggilan kerja atau temuduga.

Mungkin kesilapan anda masih belum dipanggil temuduga sehingga kini adalah disebabkan oleh RESUME. Ya.. nampak macam kesalahan kecil kan ? tapi percayalah resume adalah tiket utama untuk mendapatkan kerja


Disebabkan itu beliau menulis sebuah panduan lengkap bagi mambantu pencari-pencari kerja menulis Resume dengan betul dan Memikat Ebook beliau yang bertajuk

RAHSIA MENULIS RESUME..

ok.. dalam ebook panduan ini nanti anda akan dijelaskan sejelas jelasnya berkenaan RESUME .. antaranya Apa tu resume? Bagaimana nak hantar resume?
Proses penapisan resume  Bagaimana nak tulis resume 99% berjaya dipanggil ke temuduga?  7 Teknik memikat << paling penting :)  Apa perlu ada dalam resume?  Selain resume, apa lagi patut saya buat untuk dapat kerja dan banyak lagi .. saya dah baca dan saya rasa ianya mmg lengkap setiap subtopik diterangkan dengan jelas dan mudah difahami

jika dah berpuluh resume anda hantar tapi masih belum dipanggil sebarang temuduga atau panggilan kerja.. saya pasti RESUME anda bermasalah anda ingin mendapatkan ebook ni sila layari http://www.resumekerja.com
Laporan Percuma Rahsia Resume Kerja Klik Sini
SENARAI JAWATAN KOSONG 2011 TERKINI

Tuesday, February 22

CARA MENULIS RESUME DENGAN BETUL DAN MEMIKAT

9:16 AM
Menulis resume memanglah mudah tetapi untuk jadikan ianya memikat agak sukar jika anda tidak tahu caranya. Mencipta resume tanpa perancangan akan menghasilkan sebuah resume yang kucar-kacir jadinya. Oleh itu, anda perlukan bantuan dan sedikit tips bagaimana menjadikan resume anda benar-benar mantap. Mantap dalam perspektif ini adalah, bakal majikan anda seolah-olah dikunci oleh anda. Apa yang anda muatkan di dalam resume anda, bakal majikan tiada alasan untuk menolak resume anda. Inilah yang anda perlukan sebenarnya jika anda sedang mencari pekerjaan iaitu – resume memikat gaya majikan.

Apakah yang dimaksudkan memikat tu?

Baiklah, memikat yang saya maksudkan ini adalah keseluruhan isi kandungan resume anda memenuhi citarasa dan mesra majikan. Walaupun resume anda baru sahaja di semak sambil lalu, tetapi bakal majikan tidak sabar-sabar untuk memanggil anda ke temuduga. Ia seolah-olah jawatan yang anda mohon itu memang disediakan untuk anda. Resume anda pada pandangan majikan menggambarkan diri anda yang sebenar.

Cuba anda lihat, anda meletakkan pertaruhan diri anda ke dalam sehelai kertas…menulis segala informasi yang berkaitan diri anda seperti pencapaian dan tahap pengajian anda. Anda tambahkan lagi dengan elemen-elemen memikat di dalam resume anda. Jika bakal majikan melihat resume anda, kebarangkalian beliau menolak resume anda adalah rendah. Inilah sasaran anda sebenarnya, untuk meyakinkan bakal majikan buat pertama kalinya. Setelah anda berjaya meyakinkan bakal majikan, beliau akan tertarik dengan anda dan berminat untuk mengetahui anda dengan lebih lanjut. Disinilah akan timbulnya panggilan ke temuduga. Untuk ke temuduga, resume anda yang perlu ditonjolkan dahulu. Melalui resume bakal majikan akan dapat menilai siapakah anda. Oleh itu, penting sekali untuk anda memberi tumpuan untuk menghasilkan satu resume yang benar-benar mantap dan mesra majikan.



Resume anda akan berlainan dengan resume orang lain. Resume anda, andalah yang berhak untuk memenuhi kesemua ruang di dalamnya. Cara anda mempromosikan diri melalui resume itulah yang perlu anda fokuskan. Anda di ibaratkan sebagai seorang ajen yang ingin menjual produk anda kepada bakal pelanggan. Produk yang saya maksudkan disini adalah resume anda dan bakal pelanggan yang saya maksudkan ini merujuk kepada bakal majikan anda. Untuk memikat bakal pelanggan anda, cara promosikan produk tersangatlah penting. Hal ini dapat memastikan produk anda terjual. Walau sehebat mana sekalipun produk anda tetapi tiada usaha untuk promosikan produk anda, agak sukar untuk anda lakukan jualan walaupun satu produk.

Sebagai kesimpulan, resume yang hebat ditambah pula anda muatkan unsur memikat di dalamnya akan menaikkan rating untuk resume anda dipilih ke temuduga. Akan tetapi terdapat beberapa perkara yang perlu anda tahu rahsianya. Rahsia yang akan membuatkan bakal majikan terkunci dengan resume anda. Saya yakin anda mampu lakukan yang terbaik demi masa depan anda. Resume yang Hebat akan membantu anda mendapat pekerjaan yang HEBAT :)

Thursday, February 17

Wednesday, February 16

TIPS PEMILIHAN KERJAYA UNTUK LEPASAN SPM




Jadi kepada sesiapa yang berminat untuk mengetahui lebih informasi mengenai kerjaya lepasan SPM, bolehlah memuat turun ebook ini SEKARANG! KLIK SINI UNTUK DOWNLOAD

SENARAI JAWATAN KOSONG 2011 TERKINI

Monday, December 20

TIP CARA TULIS RESUME LENGKAP

4:55 AM
MAKLUMAT PERIBADI (Personal Information)

Maklumat peribadi adalah merangkumi nama, alamat, nombor telefon dan e-mail. Anda boleh juga memasukkan profail ringkas yang merangkumi objektif kerjaya anda.

Pastikan bahawa maklumat peribadi adalah ringkas. Tak payah nak masukkan info yang tidak relevan seperti warna rambut, status, tempat lahir, jumlah anak, jumlah isteri, opsss… Tolong simpan huraian lanjut anda untuk bahagian yang lebih penting.

HOBI/AKTIVITI MASA LAPANG (Interests/ Hobbies)

Majoriti majikan gemar mengambil calon yang mempunyai keseimbangan dalam kerjaya dan hidup. Menerangkan apa yang ada buat di masa senggang dapat menolong future employer menilai karektor anda. Adakah anda seorang yang suka menyertai kerja – kerja amal? Gemar fotografi? Menyelam? Penulisan kreatif? Sebutkan.

Hobi yang dinyatakan tidak semestinya berkaitan dengan kerjaya anda. Malah anda juga boleh memilih untuk tidak menyertakan maklumat berkaitan hobi.

PENDIDIKAN DAN KELAYAKAN PROFESIONAL (Education and Professional Qualifications)

Masukkan maklumat yang paling terkini sahaja. Misalnya, anda baru sahaja tamat pengajian ijazah. Maklumat tersebut adalah mencukupi, ditambah dengan maklumat sekolah menengah.

Tak payah letak maklumat sekolah rendah, tadika dan taska. Sekiranya anda berkeras jugak (degil sungguh) nak letak maklumat sekolah rendah sebab anda lompat darjah dua kali (pandainyeeee… anak sape ni..), anda boleh berkongsi maklumat tersebut semasa temuduga, itupun sekiranya diperlukan. Bukan dalam resume.

Maklumat kelayakan profesional adalah kursus – kursus yang pernah anda ikuti atau persijilan (certification) tambahan yang anda perolehi. Misalnya, kursus keusahawanan, Six Sigma, LCCI cerification, kursus andaman dan sebagainya.

Ingat! Hanya letakkan kelayakan profesional yang berkaitan dengan jawatan kosong yang anda pohon sahaja. Jangan beria – ia nak masukkan semua maklumat sampaikan kursus kahwin pun nak dimasukkan.

SKIL/KEMAHIRAN (Skills)

Sertakan ringkasan skil: kemahiran mengunakan aplikasi komputer, book keeping, kelajuan menaip, project management, menggubah bunga, penyediaan western food, dan sebagainya yang berkenaan.

Ingat! Hanya letakkan skil yang paling relevan dengan kerjaya anda sahaja. Kalau memohon untuk kerja network engineer , jangan letak ‘mahir menjahit cross-stitch‘. Kena baling dengan telur busuk jawabnya.

BAHASA (Language)

Letakkan seberapa banyak bahasa utama yang anda tahu, berserta tahap penggunaan.
Sekiranya anda tahu bahasa asing seperti bahasa Jepun atau Perancis, pastikan maklumat tersebut turut disertakan.

Contoh:
Language Spoken Written
English 8 10
Malay 10 10
Mandarin 8 6
Arab 10 7

Kriteria bahasa adalah lebih mudah dibaca dalam bentuk jadual. Pilihan jadual juga mempelbagaikan kandungan resume anda supaya tidak nampak mendatar.

PENGALAMAN KERJA (Working Experience)

Maklumat yang paling penting dalam penulisan resume anda adalah pengalaman kerja. Mengapa?

• perkara pertama yang akan dipertimbangkan oleh majikan.
• membezakan antara yang experienced dan fresh graduate .
• memutuskan sama ada anda mampu memikul tanggungjawab yang lebih berat.
• menentukan basic salary anda (fuiyo! penting tu).

Jadi bagaimana mahu mula cerita pasal working experience ini?

• The best would be in reverse chronological order (didahului dengan pengalaman kerja yang paling akhir). Semasa temuduga juga, majikan akan lebih menekankan soalan yang berkaitan dengan pengalaman kerjaya anda yang terkini.

• Nyatakan tarikh (tahun/ bulan) bila anda bermula dan mengakhiri setiap kerjaya. Pastikan tiada ruang kosong atau jarak yang lama di antaranya. Sekiranya ada, pastikan anda boleh menyatakan sebabnya apabila disoal semasa temuduga kelak.

• Terangkan dengan jelas tentang tugas dan tanggungjawab anda untuk setiap kerjaya. Tekankan skil yang paling relevan dengan kerjaya yang anda pohon. Anda boleh menggunakan beberapa perkataan yang power untuk memberikan professional feel kepada penulisan resume anda.

• Hadkan pengalaman kerja anda kepada tiga yang terakhir. Lima paling maksima. Sekiranya anda nyatakan lebih dari itu, majikan mungkin akan mendapat tanggapan bahawa anda suka job hopping (bertukar – tukar kerja).

Fresh graduates : Anda boleh abaikan bahagian ini. Tapi jangan lupa menyatakan tentang kursus atau praktikal yang pernah anda ikuti sekiranya ada.

PENCAPAIAN DALAM KERJAYA (Accomplishments)

Fikirkan. Apakah yang akan membezakan penulisan resume anda dengan yang lain? Calon lain pun ada skil yang diperlukan, calon lain pun ada beberapa tahun pengalaman, calon lain pun ada rujukan yang baik. Jadi apa yang anda boleh buat untuk membezakan atau menaikkan taraf resume anda daripada mereka?
Jawapannya adalah: pencapaian anda dalam bidang kerjaya

Inilah kriteria penghulu dalam penulisan sebuah resume. Biasanya diletakkan selepas atau digabungkan dengan kriteria Working Experience. Sekiranya kriteria ini dihuraikan dengan baik (dan segala aspek resume yang lain dipatuhi), saya jamin bahawa kemungkinan anda dipanggil temuduga adalah 110%. Begitulah kuatnya impak Accomplishments. It can work wonders.
Teknik Menjawab Soalan Temuduga
Tetapi jarang sekali saya lihat kriteria di atas dititik beratkan oleh calon.
Pencapaian dalam kerjaya bermaksud pencapaian atau sumbangan anda yang ketara semasa bertugas. Ia mungkin dalam bentuk keuntungan, penjimatan, pembaik pulihan, pengiktirafan, anugerah dan sebagainya.

Lihat dua contoh di bawah:

Contoh A
Prepared training modules for new hires


Contoh B
Developed comprehensive training modules (Softskill & Product Knowledge) for new hires that lead to 32% increase in service level

Nampak tak perbezaan antara A dan B? Kedua – duanya menerangkan perkara yang sama tetapi ayat B mempunyai 3 kekuatan:

1. pengunaan perkataan yang power – developed, comprehensive
2. penerangan yang lebih fokus – softskill & product knowledge
3. pencapaian – that lead to 32% increase in service level

Ayat manakah yang anda rasa akan menarik perhatian bakal majikan? Tepuk dada dan tanyalah selera.

RUJUKAN (Referees)

Maklumat berkaitan dengan orang yang boleh menjadi rujukan anda. Jumlah optimum adalah empat orang. Dua dari bidang akademi, dua dari bidang pekerjaan. Maklumat yang perlu ada adalah nama, jawatan, syarikat dan nombor untuk dihubungi. Tempoh perkenalan adalah tidak perlu.

Penting! Mintak izin dulu ye? Jangan memandai nak sumbat maklumat orang lain sesuka ati korang. Pentingnya meminta izin adalah supaya rujukan anda bersedia untuk bekerjasama sekiranya dihubungi oleh bakal majikan anda.

Bukan semua syarikat memerlukan rujukan. Jadi, anda boleh memilih untuk tidak menyertakan rujukan. Sekiranya diperlukan, maklumat rujukan boleh diberikan semasa temuduga atau diisi dalam borang temuduga.

GAJI (Salary)

Gaji sekarang (current salary)
Ada yang suka menipu dengan meletakkan amaun yang lebih tinggi untuk current salary, dengan harapan akan mendapat expected salary yang diinginkan. Ketahuilah bahawa majoriti syarikat akan meminta slip gaji terakhir sebelum menawarkan anda kerja. Kalau terbukti anda menipu, lupakan saja peluang anda untuk menjawat jawatan tersebut. Dengan kata lain, anda kantoi.

Gaji yang dikehendaki (expected salary)
Expected salary mestilah setimpal dengan kelayakan dan pengalaman anda. Setiap kali anda bertukar kerja, secara kasarnya anda boleh menaikkan expected salary dengan penambahan RM500 – RM2000 (pastikan setimpal dengan pengalaman). Atau gunakan prinsip kenaikan 30% – 50% dari gaji lama.

Jangan sekali – kali meletakkan gaji yang spesifik. Nyatakan lingkungan gaji yang dikehendaki sahaja.
Jangan lupa letakkan terma ‘Negotiable’ atau yang seangkatan dengannya. All the little details count! Terma ini menggambarkan bahawa gaji yang anda kehendaki masih boleh dirundingkan semasa proses temuduga nanti.

Contoh:
Expected Salary
RM2500 – RM3200 (Negotiable)
RM3200
RM2500 – RM3200 (Nego)
RM2500 – RM3200 (Negotiate)
Salary is fully negotiable
Salary is negotiable, depending on the responsibilities of the position.

Isu gaji paling baik dibincangkan semasa temuduga. Nyatakan gaji yang dikehendaki (expected salary) dalam resume hanya jika diminta berbuat demikian. Dikhuatiri, jika anda meletakkan gaji yang terlalu tinggi atau terlalu rendah, risiko untuk anda diketepikan dari panggilan temuduga juga sangat tinggi.

The bottom line is this: if it’s not asked, don’t volunteer. Senang citer.

Selamat berjaya dalam temuduga anda!

ARTIKAL ASAL :-  http://1khalifah.wordpress.com/2010/01/06/resume-dan-cv-terbaik/

Tuesday, August 24

TIPS RAMAL SOALAN YANG MUNGKIN DITANYA OLEH PENEMUDUGA

11:56 PM

Tips 1 – Ketahui dan fahami apakah bidang kerja anda.
Tahukah anda bahawa kebanyakan penemuduga sering bertanya mengenai pengalaman kerja kita. Jika boleh, mereka akan menyoal kita habis-habisan mengenai kerjaya semasa anda. Kadang-kala soalan-soalan yangditanyakan tersebut memakan masa lebih dari 15 minit untuk selesai. Jadi inilah peluang yang perlu anda ambil untuk menambah markah penilaian temuduga. 

Tips 2 – Peka terhadap isu semasa dan pengetahuan am.
Ini adalah merupakan antara yang paling digemari oleh panel semasa sesi temuduga. Biasanya, isu-isu hangat yang diperkatakan dalam media massa sering menjadi topik soalan utama dari penemuduga. Jadi, anda dapat mengetahui bahawa penemuduga ini sebenarnya ingin mengetahui bahawa anda sentiasa peka terhadap isu semasa atau tidak. Siapa yang rajin membaca akhbar atau menonton berita, tentu tiada masalah apabila untuk menjangka dan seterusnya dapat menjawab soalan yang dikemukakan oleh penemuduga.

Tips 3 - Bertanya pada mereka yang ada pengalaman temuduga kerja kerajaan.
Ya, hal ni juga tidak kurang pentingnya dalam menjangka soalan temuduga yang bakal anda hadapi. Cuba anda bertanya pada rakan-rakan anda apakah soalan yang ditanya kepada mereka semasa mereka menghadiri temuduga tersebut. Ini sedikit sebanyak dapat membantu anda Mana tahu soalan tersebut adalah sama dengan soalan yang bakal ditanya kepada anda. Sudah pasti anda dapat menjawabnya.

Tips 4 – Menganggap diri sendiri sebagai penemuduga.
Haha, tips ni agak istimewa di mana anda perlu membayangkan diri anda sendiri sebagai seorang panel penemuduga. Cuba anda bayangkan, sebagai seorang panel, apakah soalan yang akan ditanya oleh anda jika ingin mengambil seseorang calon untuk mengisi jawatan di tempat kerja anda. Adakah anda akan bertanyakan latar belakangnya, pendidikannya, kerjayanya, kebolehannya,..dan lain-lain. Ini boleh anda bayangkan…

Tips 5 – Baca ebook Temuduga Kerja Kerajaan lah,
Sambil bagi tips sambil promot. Ebook ini akan membantu anda meramalkan soalan-soalan yang bakal ditanya oleh penemuduga. Terdapat 70 koleksi skema soalan dan jawapan yang biasa ditanya dalam temuduga. Juga ebook Teknik Menjawab Soalan Temuduga, ianya amat bagus untuk anda baca. Sudah banyak yang menghantar email kepada saya bahawa hampir 50 – 70% soalan yang ditanya semasa temuduga hampir sama dengan apa yang ada dalam panduan ini.
* kreadit to kerja-kerajaan.com 

ingin mendapatkan ebook panduan lulus temuduga kerja kerajaan klik sini sekarang 

+++++++++++++++

TAWARAN MERDEKA - info kerjaya menawarkan rebet RM10 untuk mereka yang berminat membeli ebook panduan lulus temuduga kerja kerjaan dari 25 ogos  2010 hingga 1 september 2010

CARA UNTUK MENDAPATKAN REBET RM10 
1. lawat laman web jualan menggunakan pautan dibawah :-
2. baca penerangan sehingga tamat, jika berminat , klik order (seperti gambar dibawah)






 
3. Masukkan RM40 ke Salah satu akaun tertera melalui apa-apa cara pun yang anda suka, bank in ke, tranfer atm ke, deposit mesin ke, borang bank in ke..ikut suka
4. lengkapkan borang pengesahan pembelian
5. selepas hantar borang pengesahan, emailkan bukti pembelian kepada info kerjaya ke infokerjaya@ymail.com 
dengan tajuk " KLAIM REBET MERDEKA TEMUDUGA KERAJAAN"
 
PERHATIAN!!!
pastikan pembelian mestilah melalui link affiliate ini http://www.kerja-kerajaan.com/index.php?ref=wmr5439 
tawaran tamat pada 1 september 2010 ..TIADA LAGI REBET SELEPAS DARI TARIKH INI
REBET HANYA AKAN DIBAYAR SELEPAS 1 SEPTEMBER 2010

sebarang pertanyaan tentang REBET dan CARA PEMBELIAN sila hubungi melalui email infokerjaya@ymail.com