Showing posts with label info am. Show all posts
Showing posts with label info am. Show all posts

Wednesday, January 4

Gaji Minimun Bakal Dilaksana Julai

Berita Harian
Oleh S Anand Kumar
anand@bharian.com.my
2012/01/04

Lebih lima juta pekerja swasta nikmati manfaat

KUALA LUMPUR: Cadangan gaji minimum RM900 yang diputuskan Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) bulan lalu akan dibentangkan ke Kabinet hari ini, manakala pelaksanaannya dijangka berkuat kuasa Julai ini. Ini bermakna lebih lima juta pekerja sektor swasta termasuk tenaga asing di pelbagai industri termasuk perladangan serta pembinaan akan menerima manfaat itu, kecuali sektor pembantu rumah dan pekerja yang mengikuti skim latihan. Sumber berkata, penetapan RM900 dipersetujui sebulat suara, termasuk wakil Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), manakala laporan terperinci MPGN sudah dihantar kepada Kementerian Sumber Manusia, baru-baru ini.

“Jawatankuasa teknikal MPGN sudah selesai menjalankan tanggungjawabnya dan kami difahamkan laporan MPGN itu akan dibentangkan pada mesyuarat Kabinet esok (hari ini) oleh Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S Subramaniam.

“Semua pihak yang terbabit dalam MPGN bersetuju RM900 sebagai gaji minimum. Malah, laporan itu turut disertakan tempoh pelaksanaannya iaitu dalam tempoh enam bulan selepas mendapat persetujuan Kabinet,” katanya kepada Berita Harian semalam.

Pada 2010, bekas Presiden MTUC, Syed Shahir Syed Mohamud, berkata kira-kira 2.2 juta pekerja tempatan menerima gaji pokok di bawah RM1,000 sebulan dengan lebih 1.8 juta daripadanya berpendapatan di bawah paras kemiskinan dan kemiskinan tegar.
MTUC sebagai kesatuan sekerja terbesar mewakili pekerja sektor swasta negara, memperjuangkan isu gaji minimum sejak 1999 bagi memastikan tiada pekerja menerima gaji di bawah paras kemiskinan.

Sumber itu berkata, pelaksanaan gaji minimum mampu mengurangkan kebergantungan terhadap tenaga pekerja asing, selain mampu menarik minat pekerja tempatan untuk bekerja dalam negara.

“Namun, MPGN hanya menetapkan gaji minimum..., tidak membuat sebarang keputusan atau perbincangan lain mengenai elaun sara hidup (COLA) sebanyak RM300 seperti diperjuangkan MTUC sebelum ini,” katanya

http://www.bharian.com.my

Sunday, November 20

BAHASA INGGERIS PUNCA GRADUAN BARU TAK DAPAT KERJA


KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Terdapat banyak kekosongan jawatan dalam negara, namun kekurangan kualiti pemohon terutama berkomunikasi dalam bahasa Inggeris masih menjadi faktor utama mengapa pencari kerja tidak diambil bekerja.

Pengurus Pemasaran Produk Jobstreet.com Sdn Bhd Roslinda A Ghani berkata anggapan bahawa jumlah graduan baru tidak berpadanan dengan kekosongan jawatan dalam negara ini adalah tidak benar.

"Kami sendiri mempunyai kira-kira 24,000 kekosongan jawatan dalam pangkalan data kami sekarang. Jadi peluang pekerjaan di negara ini tidak terbatas, tetapi hanya pemohon tidak mempunyai kualiti yang diperlukan majikan. "Itu sebabnya sesetengah daripada mereka masih menganggur," katanya kepada Bernama ketika ditemui pada Pameran Kerja Pemuda Barisan Nasional (BN) di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.

Roslinda berkata sektor Perisian Teknologi Maklumat (IT Software) mempunyai banyak peluang pekerjaan, tetapi tidak ramai calon tempatan yang mempunyai kelayakan diperlukan.

Eksekutif Kanan K-Workers Development Initiatives (KDI) Azman Hisham Mohd Basir pula berkata selain kurang kelayakan dan kemahiran, generasi-Y terlalu memilih kerja walaupun pelbagai inisiatif telah diambil oleh organisasi untuk membantu mereka mendapatkan kerja, seperti melalui pameran kerja.

Azman berkata KDI yang menyertai Pameran Kerja Pemuda BN untuk kali kedua menyediakan beberapa kursus latihan kritikal untuk pencari kerja di bawah kem Kerja MSC Malaysia termasuk 'Oracle Certified Professional', 'JAVA Platform EE6; Business Process Outsourcing (BPO)' dan 'Crystal Report'.

Sementara itu, Pengurus Bahagian Sumber, Perkhidmatan Sumber Manusia Proton Malek Hashim juga mengakui bahawa terdapat beberapa pemohon yang tidak memenuhi kelayakan yang ditetapkan majikan.

"Kami tidak mempunyai masalah dengan pemegang Ijazah, malah kebanyakan mereka cemerlang, tetapi pemegang Diploma ke bawah masih kurang kualiti... kebanyakannya mempunyai masalah berkomunikasi dalam bahasa Inggeris," katanya.

Malek berkata pameran kerja itu adalah penting sebagai pendedahan yang mudah kepada pencari kerja dan mereka boleh berinteraksi dengan lebih santai dengan semuanya berada di bawah satu bumbung.

Sejumlah 350 syarikat dari pelbagai sektor, menawarkan lebih 30,000 pekerjaan di pelbagai peringkat termasuk untuk pemegang Ijazah, mengambil bahagian dalam pameran tiga hari itu.

-- BERNAMA


sumber : http://bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=628326



Sunday, November 13

Kajian Pengesanan Graduan

Kajian Pengesanan Graduan (Susulan)

Sukacita dimaklumkan KPT sedang menjalankan satu kajian kepada graduan negara yang telah menamatkan pengajian setahun dan ke atas. Maklumat yang diperolehi dari kajian susulan ini diharap dapat membantu institusi pengajian tinggi, bakal-bakal graduan/lepasan sekolah dan para graduan dalam memahami pasaran pekerjaan serta hubungkait pekerjaan dengan bidang pengajian yang diikuti. Petunjuk penting yang
diperolehi daripada hasil kajian ini akan menjadi sumber yang sangat berguna kepada institusi pengajian tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi, pihak industri dan pelabur. Diharapkan para graduan dapat meluangkan sedikit masa bagi melengkapkan soal selidik ini.

Bagi maklumat lanjut, sila dail talian percuma 1-800-222-000 (toll free) atau layari laman web di bawah. Sekiranya saudara/i bukan seorang graduan, diharap dapat memaklumkan kepada saudara mara atau sahabat handai yang berstatus graduan yang sedang mencari pekerjaan.

*Sila layari http://graduat.mohe.gov.my/kajiansusulan atau hubungi 03-88705115 untuk
mendapatkan keterangan lanjut. 


Insentif Menarik Menanti Anda!
Bagi menggalakkan penyertaan, pihak penganjur telah bermurah hati menyediakan pelbagai insentif menarik (ipad2, Samsung Galaxy Tab, Netbook dan lain-lain) kepada peserta bertuah. Mungkin anda adalah salah seorang peserta bertuah tersebut. Kementerian Pengajian Tinggi - Jemputan Kajian Susulan 2011 Penyertaan awal akan membuka lebih banyak peluang bagi memenangi hadiah-hadiah menarik.



sumber : jobsmalaysia.gov.my

Tuesday, March 29

INFO : PEPERIKSAAN MEDSI

9:52 AM
Pengenalan Kepada MEdSI
>
Menurut Holland (1998), keselarasan antara ciri-ciri guru dengan sesuatu kerjaya adalah penentu kepada motivasi, kepuasan kerja, pencapaian, produktiviti dan stabiliti dalam kerjaya. Menurut Parson (1908, dalam Sidek Mohd Noah, 2005), pemilihan kerjaya yang baik adalah seakan-akan sama dengan memadankan pasak bulat ke dalam lubang bulat atau pasak empat segi ke dalam lubang empat segi. Ini bermakna, terdapat keperluan untuk menentukan “individu yang betul untuk kerja yang betul” diberi perhatian sewajarnya dalam pemilihan calon guru.

Berdasarkan matlamat di atas serta parameter penting kriteria pemilihan guru iaitu personaliti, minat, pencapaian, nilai integriti dan kecerdasan emosi, satu instrumen telah dibangunkan oleh Jawatankuasa Pembinaan Instrumen MEdSI yang terdiri daripada sekumpulan pakar dari sepuluh Institusi Pengajian Tinggi

Format MEdSI

Instrumen MEdSI mengandungi 300 item dalam empat bahagian iaitu Personaliti (110 item), Minat Kerjaya (60 item), Nilai Integriti (70 item) dan Kecerdasan Emosi (60 item).

Tujuan MEdSI

Instrumen MEdSI telah dibangunkan untuk mengukur kualiti intrinsik calon guru dari segi Personaliti, Minat Kerjaya, Nilai Integriti dan Kecerdasan Emosi. Maklumat yang diperoleh daripada pengukuran ini digunakan untuk memilih calon guru yang sesuai untuk kemasukan ke program pengajian pendidikan di IPTA.

sumber

MAHUKAN MAKLUMAT LANJUT MENGENAI MEDSI >> KLIK SINI


SENARAI JAWATAN KOSONG 2011 TERKINI

Wednesday, March 2

13 TIPS UNTUK TINGKATKAN DAYA INGATAN

4:22 AM
Anda merasakan anda sudah tua kerana sikap anda yang pelupa? Anda asyik lupa di mana kali terakhir anda
meletakkan sesuatu? Orang di sekeliling selalu marahkan anda kerana lupa tarikh penting, lupa letak barang, lupa makan ubat, lupa fakta, lupa tutup kipas, lupa arah jalan, lupa nama orang dan macam-macam lagi. Sebenarnya, kita dapat meningkat daya ingatan atau mengurangkan risiko menjadi pelupa dengan mengamalkan tips-tips di bawah secara berterusan. Lebih baik jika kita mempraktikkan ketika usia masih muda supaya kelak di hari tua kita tidak menjadi terlalu  pelupa. Antaranya ialah:

Amalkan Tidur Yang Cukup
1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. Namun ada  orang yang suka tidur lewat atau mengabaikan tidur yang  cukup. Badan memerlukan rehat. Keletihan hanya akan  mengganggu maklumat / data yang telah disimpan oleh  otak dan juga menjejaskan kemampuan untuk mempelajari  sesuatu yang baru. Oleh itu, amalkan tidur yang cukup di  malam hari kerana ia dapat membantu daya ingatan kita berfungsi.
Mengawal Tekanan
Tekanan hanya akan membuat jiwa anda tidak
tenteram dan menyebabkan kesihatan anda terganggu.  Anda juga lebih cenderung untuk menjadi seseorang  yang tidak peka dengan keadaan persekitaran. Anda tidak dapat berfi kir dengan jelas dan daya ingatan anda juga terjejas. Oleh itu, kawal tekanan anda dengan baik seperti bermeditasi, membaca Al-Quran, yoga, sauna, aromaterapi dan sebagainya.
Berhati-hati Dengan Pengambilan Vitamin atau Makanan Tambahan
Vitamin atau Makanan Tambahan Sesetengah produk yang dijual di kaunter atau farmasi tidak sesuai dengan kita. Ada yang kononnya dapat meningkatkan daya ingatan. Tetapi sebaliknya ada yang memberi kesan sampingan. Oleh itu, lebih baik jika kita mendapatkan vitamin yang diperlukan oleh tubuh badan kita dengan pemakanan yang seimbang atau rujuk dahulu doktor yang bertauliah sebelum membeli makanan tambahan.
Bersenam
Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan peredaran darah ke otak. Oleh itu, daya ingatan kita juga akan menjadi lebih baik. Amalkan senaman walaupun sekadar berjalan kaki.
Elakkan Kemurungan
Kemurungan dalam hidup akan menyebabkan hidup anda tidak ceria. Anda sentiasa berada dalam keadaan tidak segar dan rasa kecewa. Lama kelamaan ia turut menjejaskan daya ingatan anda dan membuat anda tidak hirau dengan persekitaran anda. Ubatilah kemurungan sebelum menjadi serius dengan berjumpa psikiatri atau beramal-ibadah mendekatkan diri kepada Tuhan.
Awasi Pengambilan Ubat
Daya ingatan mungkin menjadi lemah dengan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti pil hormon, ubat darah tinggi, anti-kemurungan dan sebagainya. Jika anda menghadapi masalah daya ingatan disebabkan pengambilan ubat, konsultasi dengan doktor. Jangan mengambil ubat tanpa arahan doktor.
Belajar Sesuatu yang Baru
Cubalah aktifkan pemikiran anda dengan mempelajari sesuatu yang baru misalnya Bahasa Jepun, kursus kemahiran jangka pendek, menjahit, atau menghadiri ceramah dan motivasi.
Permainan
Bermain sesuatu permainan seperti board games dapat merangsang minda. Contohnya, catur, scrabble (Sahibba) dan Monopoli. Selain itu, teknologi sekarang lebih baik seperti permainan komputer dan Playstation. Pilihlah jenis permainan yang mencabar minda.
Fokus
Daya ingatan dapat dilancarkan sekiranya anda sering fokus dalam sesuatu, contohnya matlamat hidup. Anda juga dapat belajar fokus dengan menumpukan fi kiran anda pada sesuatu perkara dan mencatatkan apa yang anda fi kirkan.
Banyak Membaca
Jadikan amalan membaca sebagai kegiatan harian. Membaca dapat meluaskan pengetahuan, mengembangkan minda dan menajam daya ingatan. Cuba ingat sedikit-sebanyak fakta yang terkandung di dalam bahan bacaan.
Bermain Dengan Angka
Asahkan minda anda dengan cuba bermain dengan angka seperti mengingati nombor telefon rakan-rakan. Selain itu, anda boleh menghubungkaitkan angka-angka tersebut dengan sesuatu bagi meningkatkan daya ingatan.
Katakan Berulang Kali
Untuk meningkat ingatan anda tentang sesuatu maklumat atau tarikh, katakan dengan kuat dan berulang kali sehingga anda benar-benar ingat akan maklumat tersebut.
Membaca Al-Quran
Sekiranya anda seorang Muslim, amalkan membaca Al-Quran walau sehelai muka surat setiap hari. Membaca Al-Quran dapat menerang jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik.


SENARAI JAWATAN KOSONG 2011 TERKINI

Monday, October 11

informasi am : 10 Fakta Mengenai Angkasa

9:46 AM

1. Matahari akan terbit pada setiap 90 minit yang akan membuatkan angkasawan sukar untuk tidur kerana kitaran siang dan malam yang terlalu singkat. Ini bersamaan dengan 16 kitaran siang dan malam dalam masa 24 jam.

2. Angkasawan akan menjadi lebih tinggi kerana ketiadaan graviti. Namun begitu, akan wujud komplikasi terhadap kesihatan seperti sakit belakang dan saraf.

3. Angkasawan akan berhenti berdengkur atau sekurang-kurangnya berdengkur dengan lebih senyap.

4. Sesetengah makanan perlu disediakan dalam bentuk cecair seperti garam dan lada. Ini untuk mengelakkan daripada bahan dalam bentuk serbuk itu terapung dan menyumbat laluan udara atau memasuki mata dan hidung para angkasawan dan menyebabkan malapetaka.

5. Manusia paling lama berada di angkasa pernah direkodkan dipegang oleh Valeri Polyakov seorang angkasawan daripada Russia iaitu selama 438 hari atau bersamaan dengan 4 bulan pada tahun 1995.

6. Hanya 3 orang yang pernah dilaporkan meninggal dunia ketika berada di angkasa iaitu krew angkasawan daripada Soyuz 11, Georgi Dobrovolski, Viktor Patsayev dan Vladislav Volkov pada tahun 1971. 11 orang pula dilaporkan mati ketika melakukan latihan dan 10 orang pula ketika memulakan penerbangan.

7. Hampir setiap angkasawan akan merasa tidak sihat seperti merasakan diri dalam kedudukan terbalik, tidak dapat mengesan kedudukan tangan dan kaki sendiri, sakit kepala atau hilang tumpuan yang dikenali sebagai Space Adaptation Syndrome. Gejala ini akan hilang dalam masa beberapa hari.

8. Paling sukar apabila angkasawan pulang ke bumi ialah, mereka akan kerap menjatuhkan barangan yang dipegang kerana menganggap ia boleh terapung. Sama seperti situasi mereka menyesuaikan diri ketika berada di angkasa.

9. Kebarangkalian untuk menghadapi masalah penglihatan adalah tinggi dengan kewujudan sinaran radiasi kosmik. Dianggarkan kira-kira 39 angkasawan menghadapi masalah berkenaan katarak telah dilaporkan. Radiasi angkasa ini memasuki mata menyebabkan otak memberikan gambaran yang salah seolah-olah ia adalah cahaya.
 
10 Angkasawan akan mandi menggunakan kain atau tuala yang dibasahkan untuk membersihkan diri. Ini untuk mengurangkan penggunaan air.

dibawa khas oleh :-
Ehoza.com - Global Information Community