Thursday, April 4

Info - Program Kejurulatihan Hoki Persatuan Hoki Selangor (SHA)

Persatuan Hoki Selangor (SHA) memaklumkan, pihaknya kini membuka pendaftaran kepada mana-mana individu yang berminat mendalami bidang kejurulatihan hoki di negeri itu.

Pada mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan dan Kejurulatihan yang dipengerusikan Naib Yang Dipertua SHA, Noor Azman Surudh Ali baru-baru ini, mereka mengemas kini pangkalan data jurulatih untuk program dan promosi di peringkat sekolah, kelab seta daerah di Selangor.

“Kepada yang berminat menjadi jurulatih, mendaftar di laman rasmi, www.sha.com.my atau menghantar resume ke emel, nesan@sha.com.my . Pendaftaran adalah percuma dan tarikh tutup 15 April ini. “Mereka akan menjalani kursus di bawah SHA selama beberapa bulan dan pada masa yang sama akan didedahkan maklumat bagaimana untuk menjadi pembimbing, meliputi aspek teknikal khususnya bagi meningkatkan kemahiran pemain dalam sukan ini’” kata Setiausaha Kehormat, Kuganeson Poologasingam dalam satu kenyataan media semalam.

*Sumber dari SinarHarian

Maklumat lanjut klik sini

1 comments:

  1. Masih ade kekosongan lagi x? Berapa pembayaran kursus ini? Saya sangat berminat...!

    ReplyDelete